Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor bakal berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila dijadualkan bertemu Juara Dunia ONE Atomweight Muay Thai, Nadaka Yoshinari, dalam perebutan gelaran dunia pada ONE SAMURAI 4, 17 Oktober depan.
Pertarungan yang berlangsung di Ariake Arena, Tokyo, Jepun itu bakal menyaksikan Rifdean atau lebih dikenali dengan julukan ‘Magic Boy’ cuba merampas tali pinggang kejuaraan milik Nadaka di gelanggang lawannya sendiri.
Misi tersebut bukan mudah buat Rifdean apabila Nadaka kini merupakan antara petarung Muay Thai paling digeruni di pentas antarabangsa.
Rifdean Masdor berdepan rekod hebat Nadaka
Jaguh Jepun berusia 25 tahun itu membawa rekod luar biasa dengan 41 kemenangan berturut-turut, selain masih belum tewas sepanjang penampilannya bersama ONE Championship.
Dalam ONE Championship, Nadaka merekodkan lima kemenangan daripada lima pertarungan, termasuk dua kemenangan menerusi KO atau technical knockout (TKO).
Petarung southpaw itu turut terkenal dengan kepantasan, ketepatan serangan dan kemampuan bertahan yang menjadikannya antara petarung Muay Thai paling teknikal generasi masa kini.
Nadaka muncul juara sulung divisyen atomweight selepas menewaskan Numsurin Chor Ketwina menerusi keputusan sebulat suara pada ONE 173, sebelum mempertahankan kejuaraannya dengan menundukkan seteru lamanya, Songchainoi Kiatsongrit di ONE SAMURAI 1.
Ads
Rifdean bukan pencabar yang boleh dipandang mudah
Namun, Rifdean juga bukan pencabar yang boleh dipandang mudah.
Sepanjang beraksi di pentas ONE, petarung negara itu mencatat tujuh kemenangan dan satu kekalahan, termasuk lima kemenangan berturut-turut serta memiliki kadar penyudah sebanyak 71 peratus.
Nama Rifdean Masdor semakin mendapat perhatian selepas menamatkan cabaran Javad Mozafari pada pusingan pertama, sekali gus membolehkannya meraih kontrak bernilai AS$100,000 (RM408,980) untuk menyertai barisan utama ONE Championship.
Kemenangan bergaya itu turut menghadiahkan Rifdean bonus persembahan sebanyak 350,000 baht (RM43,304).
Ads
Selepas kemenangan tersebut, Rifdean secara terbuka menyuarakan hasrat untuk mencabar Nadaka dan membuktikan bahawa dirinya sudah bersedia untuk bersaing dengan petarung terbaik dalam divisyen atomweight.
Kini, peluang yang dinanti akhirnya tiba.
Peluang Rifdean Masdor cipta sejarah di Tokyo
Sekiranya berjaya menewaskan Nadaka di Tokyo, Rifdean bukan sahaja bakal membawa pulang tali pinggang kejuaraan dunia, malah berpeluang mencipta satu lagi sejarah buat arena Muay Thai negara.
Ads
Dia berpotensi menjadi petarung Muay Thai kedua Malaysia merangkul tali pinggang dunia ONE Championship selepas Aliff Rakib terlebih dahulu mencipta sejarah dengan menjulang gelaran Juara Dunia Interim ONE Strawweight Muay Thai.
Pertembungan ini sekali gus menjadi peluang besar buat Rifdean Masdor untuk mengukuhkan namanya di pentas Muay Thai antarabangsa. Berdepan juara yang memiliki rekod kemenangan luar biasa di Tokyo menjadikan misi tersebut satu ujian besar buat petarung negara itu dalam usahanya memburu gelaran dunia.
Selain pertarungan Nadaka-Rifdean, ONE SAMURAI 4 turut dijadualkan menyaksikan beberapa aksi tumpuan lain termasuk pertembungan Superlek Kiatmoo9 dan Jonathan Di Bella serta Jonathan Haggerty menentang Hiroki Akimoto.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular di kalangan remaja. Apatah lagi di negara kita sendiri terdapat banyak pulau-pulau cantik yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dan bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.
Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai berdekatan dengan hotel.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.
Jadi apakah barang kalis air yang perlu kamu ada? Jom ikuti perkongsian istimewa daripada Remaja kali ini.
Telefon Pintar
Flagship iPhone terkini, iPhone X tururt dilengkapi ketahanan air yang baik
Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone X yang terbaru mempunyai tahap waterresistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar yang lain seperti Samsung S9, Google Pixel 2, LG G6 dan Huawei Mate 10 Pro.
Jam GPS
Jam tangan Garmin ini antara pilihan popular
Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.
Beg kering kalis air
Keperluan paling penting, beg kalis air!
Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.
Kasut kalis air
Kasut kalis air
Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, kamu bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki kamu cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.
Speaker mudah alih
Ultimate Ears Wonderboom
Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connectionblutooth atau Wi-Fi. Terbaru, produk dari Ultimate Ears iaitu Waterboom telah diperkenalkan di Malaysia oleh Hot Gadgets Distribution. Mereka bertindak sebagai wakil jualan tunggal jenama Ultimate Ears di Malaysia.
Pada majlis pengenalan Hot Gadgets Distribution bersama media hari ini di Sunway Lagoon, mereka mengumumkan tiga jenama iaitu Ultimate Ears, Geneva dan A&S dibawakan eksklusif hanya menerusi pihaknya. Sebelum ini, Hot Gadkets turut menjadi pengedar tunggal bagi jenama audio multimedia antarabangsa seperti AKG, JBL dan Harman Kardon.
Cinematic Bar with Dolby Atmos 800 merupakan antara produk audio terbaru A&S yang diperkenalkan hari ini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak mata cantik? Satu tip yang boleh kami kongsi kan adalah dengan memantapkan lagi teknik penggunaan eyeliner.
Jadi perempuan, mestilah harus sentiasa nampak cantik kan? Apa kata korang cuba dulu 7 trik mudah ini untuk menonjolkan gaya fresh setiap hari.
Pilih warna yang sesuai
Untuk wanita Asia, antara warna yang sesuai korang boleh cuba ialah warna hitam, coklat, atau plum. Pastikan eyeliner boleh disesuaikan dengan warna eye shadow yang dipakai.
Kesan smokey eyes
Guna eye shadow yang sama warna dengan eyeliner. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.
Untuk yang bermata bundar
Cukup sekadar menarik garisan bermula dari tengah dan bukan dari hujung mata. Untuk yang mempunyai mata bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.
Kesan mata yang lebih tajam
Jangan buat dari hujung dalam mata, tapi mulakan dari tengah dan seterusnya buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.
Sebelum membuat garisan di bawah mata
Taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.
Membentuk garis mata yang tebal
Gunakan eyeliner berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semula jadi, gunakan pensil alis. Klik siniuntuk lihat eyeliner dan kosmetik lain dari NITA Cosmetics. Menarik dan berbaloi!
Letakkan siku pada permukaan yang mendatar
Cara ini dilakukan kalau tak nak tangan bergoyang semasa menghasilkan garisan.
Mulakan dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang menghala ke arah luar mata.
Senang je kan? Lepas ni boleh la try sendiri dan lihat hasilnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi K-Pop terkenal Korea Selatan, Nana, dilaporkan mengalami detik cemas apabila kediamannya di pinggir bandar Seoul diceroboh seorang lelaki bersenjata awal pagi Sabtu lalu. Insiden mengejutkan itu bukan sahaja mengancam keselamatan dirinya, malah melibatkan ibunya yang turut berada di lokasi kejadian.
Menurut laporan polis Guri, suspek yang dipercayai berusia lingkungan 30-an memecah masuk ke rumah mewah milik Nana atau pemilik nama sebenar Im Jin-ah (34), dengan niat merompak. Lelaki tersebut didakwa membawa senjata tajam dan mengugut kedua-dua wanita itu sambil menuntut wang serta beberapa barangan berharga.
Dalam keadaan genting itu, Nana dan ibunya bertindak berani apabila mereka berjaya menahan penceroboh tersebut dalam satu pergelutan fizikal. Tindakan berisiko itu akhirnya menyelamatkan mereka daripada kemungkinan kecederaan lebih serius sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.
Bagaimanapun, akibat pergelutan itu, Nana dilaporkan mengalami kecederaan ringan, namun ibunya berada dalam keadaan lebih kritikal apabila tidak sedarkan diri selepas insiden tersebut. Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke hospital tempatan dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.
Dalam pada itu, media tempatan Korea Selatan turut melaporkan bahawa suspek berjaya ditahan dan kini sedang disiasat atas tuduhan rompakan bersenjata dan pencerobohan kediaman. Pada masa yang sama, polis turut memuji keberanian Nana serta ibunya yang bertindak pantas mengekang keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Sementara itu, agensi Nana mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa selebriti tersebut serta ibunya sendiri yang berjaya menahan suspek sehingga pihak berkuasa tiba serta suspek turut dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas ditahan.
Sekadar info, Nana sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila mula dikenali pada tahun 2009 sebagai ahli kumpulan K-pop popular, After School. Walaupun kumpulan itu kini tidak lagi aktif, Nana terus mengembangkan kerjaya sebagai pelakon dan semakin dikenali menerusi karya berjudul Mask Girl, Confession, Kill It dan Justice.
Selain kerjaya lakonan, Nana juga baru-baru ini kembali aktif dalam bidang muzik apabila melancarkan album solo pertamanya pada September lalu, sekaligus menandakan perkembangan baharu dalam perjalanan seninya meskipun berdepan detik mencemaskan seperti yang berlaku baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!