Ribuan Ringgit Dihabiskan Fazura Untuk Hargai Staf Sendiri

Share

 

Murah rezeki Kak Faz!

Demi menghargai pasukan yang telah menabur khidmat dalam menjayakan perniagaannya, aktres Nur Fazura baru-baru ini dilihat sibuk menyusun dan mengagihkan beg-beg berjenama mewah, Coach untuk diberikan kepada para pekerjanya yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

Kelibat Fazura, 39 itu dapat dilihat dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh DJ Sonic Hussein. Turut kelihatan dalam video tersebut ialah suaminya, Fattah Amin sewaktu berada di kaunter pembayaran.

Difahamkan, nilai belian yang dihabiskan oleh Fazura di butik fesyen yang berasal dari Amerika Syarikat itu telah mencecah puluhan ribu Ringgit!

“Fazura berhabis puluhan ribu ringgit untuk hargai staf. Fazura juga belanja saya beg! Terima kasih,” tulis DJ Sonic.

Perkongsian berkenaan telah menarik perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen dengan memuji betapa baik hatinya bos seperti Fazura kerana tidak pernah berkira dengan ahli pekerjanya terutamanya menjelang bulan Syawal ini.

Terdahulu, jelitawan itu dilapor media tempatan berjaya meraih RM5.4 juta dalam tempoh sejam apabila 200,000 helai koleksi tudung terbaharunya, Rahmat Ramadan habis terjual secara atas talian pada bulan Februari lalu. Setiap helaian dijual pada harga RM27, lantas menjadi penyebab utama ramai pelanggan ‘menyambar’ sebelum kehabisan stok.

BACA LAGI : Biar semua orang dapat pakai, Fazura dedah rahsia kenapa kual tudung mampu milik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN