Rezeki Tunai Umrah Di Waktu Pandemik, Safwan Nazri Bawa Ibu Ke Tanah Suci

Share

Bukan semua diberikan kesempatan untuk melakukan ibadah umrah atau haji lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik COVID-19 ini.

Namun, sudah menjadi rezeki finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri apabila dia berpeluang menunaikan umrah bersama ibu dan rakan-rakannya baru-baru ini.

Instagram: @safwannazri
Instagram: @safwannazri

Safwan pernah berkongsi cerita bahawa sepatutnya dia dan rakan seperjuangan, Harris Annuar akan menunaikan umrah pada dua tahun lepas, namun semuanya tergendala gara-gara pandemik COVID-19.

Alhamdulillah, niat baik anak muda ini akhirnya termakbul apabila dia dan rakan-rakan yang lain mendapat jemputan ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah. Namun begitu, pemergian mereka ke sana tidak dapat disertai oleh Harris Annuar kerana mempunyai tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.

Instagram: @safwannazri
Instagram: @safwannazri

Dalam sebuah hantaran di laman instagramnya juga, Safwan turut berkongsi kapsyen yang menarik perhatian warganet tentang kasih sayang terhadap seorang ibu.

Tidak akan Miskin seorang anak yang mengeluarkan Hartanya untuk membahagiakan Ibunya ❤️

No one will ever love you as much as your mother 🥺

Rata-ratanya memuji sikap Safwan yang menyatuni ibunya dengan baik dan berdoa jika mereka juga diberikan kesempatan untuk membawa ibu mereka ke tanah suci Makkah.

Kami di Remaja juga mendoakan agar segala urusan Safwan Nazri dan kumpulannya di tanah suci Makkah dipermudahkan. Semoga mendapat umrah yang mabrur.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IKLAN