Berita

Rezeki Raya! Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara Mula Dibayar 13 Mac Ini

Share

Berita baik buat penjawat awam!

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook hari ini memaklumkan bantuan itu adalah bagi membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.


Menurut kenyataan itu lagi, BKK turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

“BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.

“Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pemberian BKK ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu.

Dengan pembayaran yang dijadualkan pada pertengahan Mac, bantuan ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada penjawat awam dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

KUALA LUMPUR 12 AUGUST 2015. (GAMBAR FAIL) Pengurup wang berlesen mengira mata wang ringgit disebabkana nilai mata wang Malaysia jatuh kepada RM 4.02 berbanding sedolar Amerika Syarikat setakat hari ini. NSTP/ Zulfadhli Zulkifli.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
Fath