Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.
Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki?
Ini merupakan 5 rahsia murah rezeki mengikut perkongsian yang telah dibuat oleh PU Amin di laman twitternya.
1. Sediakan makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah
Mungkin amalan ini memang diterapkan oleh si pencinta kucing dan dalam tidak sedar, sebenarnya cara ini juga boleh menjemput rezeki
Ads
2. Asingkan sedikit duit gaji untuk anak yatim dan orang miskin
Kalau tak dapat banyak, asingkan sedikit pun jadilah. Lama-kelamaan korang akan rasa satu perasaan yang tenang dan happy bila dapat bantu orang yang lebih susah
3. Ready kan duit kecil dalam poket untuk sedekah
Ads
Contohnya, kalau korang pergi pasar malam, ada ramai individu yang kurang upaya menjual tisu atau pun menyanyi demi mendapat pendapatan buat mereka. Jadi, hulurkan la sedikit wang buat mereka. Dapat beri RM1 pun mereka dah berterima kasih pada kita
4. Bagi duit dekat mak ayah
Ini paling utama. Walaupun mak ayah korang pun masih bekerja, berikanlah mereka duit juga untuk ambil berkat doa orang tua. Tanpa doa mereka pun korang tidak akan berjaya hingga hari ini
Ads
5. Beli mineral satu kotak letak dekat masjid pada hari Jumaat
Paling mudah, sedekahkan air mineral kepada Jemaah solat Jumaat di masjid yang berhampiran
Sama-samalah kita berusaha mengamalkannya. Selebihnya, tawakallah kepada Allah kerana hanya Dia pemberi rezeki seluas-luasnya. Asalkan kita mahu berusaha dan berbuat baik sesama manusia, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita nanti.
Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan ini.
Wallahualam..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keadaan banjir teruk yang sedang melanda beberapa buah negeri kini telah mengundang kegusaran kepada mayarakat Malaysia. Iyalah, siapa je yang tak risau memikirkan ahli keluarga dan keadaan rumah masing-masing di kampung halaman.
Pelbagai arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi memastikan penduduk di kawasan terjejas selamat dan dalam keadaan sejahtera. Namun, masih ada segelintir yang tidak mempedulikan keselamatan diri sendiri dan meneruskan kehidupan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Video yang dimuat naik oleh akaun Facebook LUMUT Perak semalam telah menunjukkan seorang pemandu Perodua MYVI yang tidak mempedulikan keadaan banjir yang telah menenggelamkan pekan Kota Tinggi.
Meskipun nombor kenderaan berwarna putih itu tidak dapat dikenal pasti, kami sebenarnya agak kagum dengan kebolehan model MYVI untuk meneruskan perjalanan walaupun dikelilingi air banjir yang mencecah paras lampu hadapan kenderaan.
Tak rosak ya kereta masing-masing!
Warganet yang menonton video tersebut nyata terhibur dengan lagak berani itu.
Keranji Dalam Perahu merujuk kepada model MYVI sebagai, “Raja Amfibia, tiada jalan tiada masalah Boleh berenang.”
Mohd Addin mengakui kehebatannya dan berkata, “Inilah kuasa MYVI, sentiasa menjadi raja di jalan.” Kata Shah Non, “Myvi kereta paling berjaya yang Perodua pernah hasilkan.”
Komen Kancha Delima pula, “Made in Malaysia, Ferrary, bumper pun tak lepas banjir ni.”
Lagak MYVI yang tidak ubah seperti kenderaan 4 x 4 ini membuatkan kami semua tertanya-tanya, apakah sebenarnya rahsia pemandu MYVI yang tidak takut langsung dibadai arus banjir.
Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.
Jika sebelum ini namanya disebut atas sikap prihatinnya membantu adik Ainul Mardhiah dalam pembedahan membuang tumor, kali ini pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Imperial College London, Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana adalah antara doktor yang terbabit dalam kajian keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap manusia sihat di United Kingdom (UK).
Doktor muda berusia 33 tahun itu mengumumkan penglibatannya untuk merekrut sukarelawan dalam ujian percubaan vaksin COVID-19 yang pertama di UK, di twitter rasminya.
Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan itu sedang melakukan percubaan vaksin itu di National Institute for Health Research (NIHR) Imperial Clinical Research Facility Imperial College yang diketuai oleh Dr Katrina Pollock. Beliau juga terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada untuk beberapa minggu akan datang.
Selain itu juga, The Health Secretary UK, Mr Matt Hancock memberitahu kerajaan UK telah memperuntukkan sebanyak 22.5 juta pound untuk menyokong fasa 2 ujian klinikal Imperial Project dan akses kepada beribu sampel dan juga permulaan untuk mereka melakukan percubaan fasa yang lebih besar.
Pusat pengajian terkenal dunia, Universiti Oxford juga menerima dana sebanyak 20 juta pound untuk mereka menjalankan juga ujian vaksin mereka.
Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana idola Malaysia ini jelas sekali bukan saja bijak, malah gaya fesyennya juga membuatkan ramai anak muda terpesona.
Sumber : Twitter Dr Amalina Che Bakri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia bakal memperbesar skop perkhidmatan e-hailing ini dengan menawarkan pengalaman baharu buat pelanggan mereka.
Lapor Astro Awani, AirAsia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat elektric vertical take-off and landing (eVTOL).
Berita ini telah disahkan sendiri olah Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi perkongsian di laman instagram yang berbunyi, “Akan bermula (dari) Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya dalam masa 11 minit,”.
Difahamkan, perkhidmatan secara ride sharing atau perkongsian penumpang oleh AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) ini melibatkan kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon.
Sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL akan disewa oleh AirAsia. Ini sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem yang lebih canggih untuk keselesaan pelbagai segmen dan pengguna sasaran.
Bagaimanapun, perincian berkenaan operasi e-hailing ini masih belum didedahkan. Malah kita masih perlu menunggu pelancarannya hanya seawal tahun 2025.
Hm, ada lebih kurang tiga tahun lagi untuk kita merasa perjalanan dari KLIA ke KL Sentral hanya 11 minit. Agak-agaknya berapa pula harga e-hailing udara ini ya?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.