The wait is over and may the force be with us. Selepas The Force Awaken (TFA) menerima ulasan cukup berbeza daripada pelbagai pihak, bagaimanakah pula nasib The Last Jedi (TLJ) yang kali ini diterajui oleh Rian Johnson (yang sebelum ini pernah mengarahkan Looper, The Brothers Bloom dan siri TV, Breaking Bad).

Personally, tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa TLJ merupakan antara filem Star Wars paling ‘cantik’ pernah dihasilan. Dan menerusi instalasi terbaru ini banyak scene perang dan pertarungan gasak yang berlaku tidak kiralah di galaksi, di permukaan ruang atmosfera mahupun aksi lighsaber yang cukup mengagumkan.

TLJ berlaku hampir sambungan terus daripada TFA di mana Rey telah berjaya menemui Luke Skywalker yang sekian lama menyembunyikan diri di sebuah pulau dan planet paling terpencil. Walaupun karakter Rey tidaklah terlalu berubah namun banyak persoalan daripada TFA terjawab. Hubungan unik antara Rey dan Luke juga merupakan dinamik yang agak seronok disaksikan.

Luke sebagai seorang old grumpy sarcastic old guy tegas dengan pendiriannya manakala Rey seorang aperantis muda yang mempunyai satu potensi cukup besar namun masih tidak tahu arah tujuannya. Performance Mark Hamill memang statusnya legendary!

Review – Star Wars: The Last Jedi, Kesinambungan Cereka Opera Angkasa Legenda

IKLAN

Review – Star Wars: The Last Jedi, Kesinambungan Cereka Opera Angkasa Legenda

Pihak Resistence dalam keadaan terdesak dan mereka diasak habis-habisan oleh First Order. They’re desperate for survival. Kemunculan mendiang Carrie Fisher banyak memberikan bittersweet moment khususnya kepada peminat setia Star Wars. Walaupun sudah meningkat usia namun General Leia Organa cukup berkaliber. Ini merupakan risalah ‘selamat tinggal’ yang cukup indah dimanifestasikan di dalam TLJ.

Pertembungan Kylo Ren dan Rey juga menjadi teras utama TLJ. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku antara mereka berdua terutamanya dengan sedikit preview menerusi trailer. Without giving so much, apa yang penulis boleh katakan, you’re wrong. Banyak kejutan serta pendedahan yang menjadikan TLJ sebuah filem yang hebat.

IKLAN

Review – Star Wars: The Last Jedi, Kesinambungan Cereka Opera Angkasa Legenda

Review – Star Wars: The Last Jedi, Kesinambungan Cereka Opera Angkasa Legenda

IKLAN

Kemunculan salah satu karakter legenda daripada filem terdahulu juga cukup membuat penulis tersenyum. And as i said before, ia bukanlah disumbat secara paksa. Adegan itu wujud kerana ada purpose dan melengkapkan jalan certa.

Mnakala karakter paling banyak dikembangkan kali ini ialah Poe Dameron. Jika menerusi TFA tak banyak adegannya boleh kita saksikan. Tapi kali ini Poe kills it. Karakter arc Poe dalam TLJ juga yang paling mentyerlah. Sifat leadership Poe juga ditonjolkan sekaligus memberi hint bahawa dia bakal menjadi seorang ketua dalam filem akan datang.

Karakter baru, Rose juga agak menarik dengan side plotnya bersama Finn. Mereka berdua ada misi penting perlu dilaksanakan demi survival pihak Resistance. Kemunculan Porg yang sebelum ini dikatakan bakal mengantikan ewok tidaklah annoying seperti dijangka. Ia comel memang tidak keterlaluan jualan mainannya akan terus meningkat.

Rating: 4/5

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI