Tarikh keramat pada 9 Mei 2018 akan terpahat dalam sejarah negara kita. Buat pertama kalinya dalam sejarah kita anak Malaysia menyaksikan perubahan kerajaan sejak negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa perubahan itu diraikan dengan sebegitu hebat oleh ramai rakyat Malaysia. Mengapa tidak kerana ia secara simboliknya membawa satu harapan baru, satu cita-cita yang baru, satu impian untuk melihat negara tercinta menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Dan itulah tema utama yang dibawa oleh filem ‘Rise: Ini Kalilah’ yang terhasil daripada inspirasi kisah benar yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh Plihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Sepanjang temppoh itu kita sendiri telah menyaksikan bagaimana ramai rakyat Malaysia yang bersatu hati untuk membantu satu sama lain untuk pulang mengundi. Kempen berserta hashtag ‘#UndiRabu’ dan ‘#PulangMengundi” telah tular di media sosial.
Ia satu perkara yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara dengan skala kesatuan, komitmen dan kesungguhan daripada masyarakat pelbagai peringkat usia tidak mengira bangsa dan agama demi melaksanakan tanggungjawan kepada pertiwi.
Filem yang diterbitkan oleh WebTVAsia ini juga cukup unik dengan membariskan tiga orang pengarah dari tiga latar belakang dan bangsa berbeza. Sentuhan dan garapan dibawa trio Nik Amir Mustapha, Saw Teong Hin dan Prem Nath seakan senada dengan penyatuan pelbagai kaum demi melihat sebuah harapan baru dibawa ke layar perak.
Ads
Sepanjang menonton filem ini pada tayangan gala berlangsung malam tadi, REMAJA tidak dapat mengelak daripada memutar kembali momen-momen ketika pulang mengundi dan menjadi saksi bagaimana kita rakyat Malaysia mencurahkan segala usaha dan keringat demi memastikan setiap undi dimasukkan ke dalam peti.
‘Rise: Ini Kalilah’ membawakan enam kisah berbeza dengan setiap satu daripadanya membawakan konflik, strugle dan juga pencarian identiti jati diri sama ada untuk individu, keluarga, komuniti, pihak berkuasa dan juga kerajaan itu sendiri.
Enam kisah tersebut membawa tema-tema kecil yang REMAJA lihat membawa nilai-nilai tersendiri. Sebagai contoh Cerita Fizah (lakonan Mira Filzah) yang mengisahkan bagaimana seorang pelajar Malaysia di luar negara yang enggan melibatkan diri dalam politik, malah tidak mendaftar sebagai pengundi pun. Namun keputusannya untuk membawa pulang kertas undi telah membangkitkan rasa tanggungjawab serta sayang pada negara dalam dirinya yang telah lama pudar.
Lima cerita yang lain iaitu Cerita Marcus, Cerita Selva, Cerita Azman, Cerita Leong dan Cerita Shanti juga membawa mesej yang senada. Garapan tiga pengarah berbeza telah menghidupkan sebuah garapan yang cukup teratur dan tidak berserabut. Pembawaan watak-watak berbeza daripada aktor terkenal negara ternyata tidak mengecewakan terutamanya Remy Ishak yang membawakan watak sebagai Azman, anggota pasukan keselamatan yang lurus dan bergelut dengan tanggungjawabnya kepada negara dan keluarga.
Persembahan pelakon seperti Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan dan Mark O’dea juga mencuri perhatian REMAJA. Setiap seorang daripada mereka menghidupkan jalan cerita dengan lakonan yang cukup baik.
Siapa sangka filem yang menjalankan penggambaran dalam kira-kira tiga minggu sahaja muncul dengan hasil yang cukup baik. Cuma kadangkala ia sedikit terasa seperti dihasilkan dengan terburu-buru. Tapi itu bukanlah satu komplen yang besar buat REMAJA.
Ads
Bukan senang untuk menyatukan enam kisah berbeza dalam sebuah filem dengan jumlah pelakon yang cukup ramai. Walaupun kisah ini merupakan fiksyen yang lahir daripada inspirasi kisah benar, REMAJA tidak sesekali merasakan filem ini sebagai sebuah nashkah propaganda kerajaan baru.
Tidak dinafikan memang ada suara-suara yang cenderung ke arah itu. Jujur dari kami, tontonlah filem ini sebelum membuat andaian. Lihat secara terbuka dan kenang kembali apa yang berlaku pada PRU14 yang penuh bersejarah yang lalu.
‘Rise: Ini Kalilah’ akan mula ditayangjan di seluruh negara bermula pada 13 September 2018.
Ini kisah dari rakyat Malaysia untuk Malaysia.
RATING: 3.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia yang serba serbi memerlukan wang sekarang ni, mungkin ramai yang sedang mencari part time job untuk memenuhi segala keperluan harian mereka.
Belum lagi kalau kita lihat kadar pengangguran negara yang semakin membimbangkan. Masih ramai graduan dan individu yang masih mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan.
Selain berusaha mencari di laman web job vacancy, sebenarnya korang juga boleh cuba menerusi aplikasi GoGetter.
Perkara ini telah pun dikongsi oleh Siti Najihah di laman twitternya yang menjelaskan bahawa semua kerja-kerjanya sebelum ini dia dapat melalui aplikasi ini. Daripada jadi runner, personal shopper Duckscarves, sort baju running event dekat warehouse, wrap buku dekat rumah orang dan jadi facilitator team bulding.
Walau bagaimanapun, hanya verified gogetter saja yang boleh view semua semua job yang ada di aplikasi tersebut.
Selagi tak register, korang takkan nampak job yang ada. So, ini yang korang perlu buat.
Download apps, kemudian tekan “Be a gogetter”
Rupanya ramai juga dah buat part time job melalui GoGetter ni. So, guys kalau ada yang nak cari kerja or side income, korang boleh la try cari job dalam aplikasi ni.
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka gula-gula getah yang dimakan selebriti dan diludahkan semula ada nilainya?
Sekeping gula-gula getah yang dikunyah dan diludah oleh bintang Hollywood terkenal, Robert Downey Jr. ditawarkan untuk dijual di laman jualan terkemuka, eBay pada harga bermula AS$55,000 iaitu RM243,243.
Menurut laporan Wion News, orang ramai didakwa sanggup membayar harga yang tinggi hanya untuk memiliki chewing gum yang dimakan si pemegang watak Tony Stark dan Iron Man dalam karya terkenal, Marvel.
Kemudian, gula-gula getah itu telah diletakkan oleh Downey Jr. di Walk Of Fame (WOF) milik pengarah filem Iron Man, Jon Favreau sebagai jenaka.
Bagaimanapun, fakta bahawa gula-gula getah yang dibuang oleh Downey Jr. dianggap sebagai komoditi yang tidak ternilai adalah membingungkan.
Saluran berita ABC melaporkan bahawa ia akan dihantar di dalam bekas plastik kepada pembelinya.
Sekadar info, Downey Jr. mempunyai ramai peminat terutamanya selepas kejayaan besar dia memegang watak Iron Man menerusi filem Marvel.
+++Update terkini tdalam gaun tamat pengajian hitam dan topi hitam padan dihiasi dengan bintang emas dan “entang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terasa begitu pantas masa berlalu, seperti baru sahaja kita menyempurnakan sahur pertama di bulan Ramadan, kini Syawal pula menjelma. Sedar tak sedar sudah hari ke tiga kita menyambut Aidilfitri .
Walaupun beraya di musim PKPB akibat Covid19, namun kemeriahannya tetap dirasai!
Namun kekeliruan mula timbul apabila ada yang menggabungkan niat puasa enam serentak dengan puasa ganti (qada). Banyak hujah dan persoalan yang berlegar terutamanya di media sosial mengenai perkara ini. Justeru, kami memetik semula penjelasan terkini (Jun 2019) dari Mufti Wilayah Persekutuan tentang isu ini.
Menerusi rakaman dari berita RTM , Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menjelaskan terdapat dua pandangan ulama di mana yang pertama terdapat pandangan puasa sunat enam dan puasa ganti hendaklah diasingkan. Ada pula pendapat kedua menyatakan hukum menggabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat enam dibolehkan.
Melihat pandangan yang berbeza pastinya ramai antara kita menjadi ragu-ragu untuk melakukan amal ibadah ini bukan.
Jika dilihat di umat Islam di Malaysia cenderung mengikuti Mazhab Imam Syafie, justeru itu mengikuti pandangan dari Imam Syafie dimana amal ibadat puasa sunat enam dan puasa ganti dilakukan secara berasingan.
Kenali Apa Itu Puasa Sunat Enam
Puasa sunat enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal. Selain itu, puasa sunat enam ini juga boleh dikerjakan secara berselang-seli dalam bulan Syawal.
Untuk pengetahuan semua sebenarnya besar fadhilat serta ganjaran mengerjakan puasa sunat enam ini. Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu’anhu, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun” – Hadis riwayat Imam Muslim
Cara niat puasa sunat enam
.
“Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala”
So,kesimpulannya lebih afdal kita lakukan puasa sunat enam dan puasa ganti secara berasing, jom puasa sunat enam Syawal esok!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.