“Seth didiagnosis mengalami autisme tahap satu. Doakan untuk Seth dan keluarga kami.” katanya.
Reda dengan ketentuan Ilahi, Shila bersyukur dan lega apabila dapat merawat anaknya yang mengalami sindrom itu pada usianya yang sekarang.
“Doktor sarankan untuk Seth menjalani terapi dan dihantar ke sekolah kanak-kanak autism.
Ads
“Jadi bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan tidak. Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik,” ujarnya lagi.
Ads
Sekadar info, Seth adalah anak hasil daripada perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada 2018, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.
Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ubai pada 5 Ogos tahun lalu. Mereka baru saja dikurniakan seorang anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti biasa, bila tiba bulan baru mesti ramai yang dah tak sabar nak tunggu kemunculan k-drama terbaru yang akan ditayangkan. Kali ini, ada lebih kurang 8 buah k-drama yang korang boleh layan sepanjang Disember ini.
Kang Yeo Joo (Jo Ye Jeong) merupakan seorang penulis novel jenayah terkenal yang berurusan dengan kes-kes pembunuhan kejam. Dia terus menerus sering berfikir tentang bagaimana membunuh orang untuk cerita novelnya itu.
Kang Yeo Joo bernikah dengan Han Woo Sung (Go Joon) seorang peguam yang mengendalikan isu-isu penceraian. Dia menulis memo kepada isterinya yang menyatakan bahawa “Jika saya curang, saya mati”.
Diadaptasi daripada siri webtoon popular, drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar, Lim Ju Gyeong (Moon Ha Young) yang tidak mempunyai keyakinan terhadap kecantikan wajah aslinya dan sentiasa bersolek. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang pelajar yang mempunyai sejarah silam yang disembunyikan.
Drama ini tampil berbeza dengan k-drama yang lain, menceritakan tentang profesion seorang wartawan yang sudah hilang semangat terhadap pekerjaannya. Han Jun Hyeok (Hwang Jung Min) bertemu dengan seorang praktikal yang berani dan tidak takut untuk mengatakan apa sahaja yang dia mahu. Apabila dia bertemu dengan Han Jun Hyeok sebagai mentornya, dia mula mengimpikan untuk menjadi wartawan yang ada prinsip.
Menampilkan dua bintang berbakat, Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun, drama ini menceritakan tentang tentang seorang lelaki dari zaman moden yang mana jiwanya terperangkap dalam badan permaisuri dari dinasti Joseon.
Drama romantis ini menampilkan dua pasangan yang dibintangi oleh Siwan, Shin Se Kyung, Sooyoung SNSD dan Kang Tae Oh. Ki Sun-Gyeom pernah menjadi pelari pecut kebangsaan. Kerana satu insiden, dia bersara dari arena sukan dan bekerja sebagai agen sukan. Oh Mi Joo merupakan penulis sari kata untuk filem, mereka ditakdirkan bertemu dan tiba-tiba jatuh cinta.
Selain Mr. Queen, drama ini juga menampilkan genre historical yang berkisar tentang seorang pengawai penyiasatan rahsia kerajaan menyamar untuk merungkai skandal rasuah, menegakkan keadilan dan menyelesaikan masalah penduduk.
Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya, hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia. Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk mencuba dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
8. City Couple’s Way of Love: My Lovely Camera Thief
Park Jae-Won (Ji Chang-Wook) merupakan seorang arkitek yang bersemangat dan jujur. Ketika dia berjalan di sebuah bandar dan menikmati pemandangan sambil mengambil gambar menggunakan kameranya dia bertemu dengan seorang wanita, dia tidak dapat melupakan wanita itu yang mencuri hatinya dan menghilangkan diri.
Lee Eun-O (Kim Ji-Won) bekerja sebagai pegawai pemasaran bebas. Dia suka membuat perjalanan tanpa perancangan. Semasa dalam perjalanannya, Lee Eun-O bertemu Park Jae-Won di tempat yang pelik. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Yoon Sun-A dan berpura-pura memiliki keperibadian yang bertentangan dengan dirinya yang sebenarnya. Lee Eun-O jatuh cinta kepada Park-Jae Won.
Filem Dilan 1990 pernah mencipta fenomena bukan hanya di Indonesia, malah di negara kita juga memberikan reaksi positif tentang kisah cinta remaja ini.
Tahun lalu, filem tersebut telah pun melancarkan sekuelnya yang bertajuk Dilan 1991 dan hanya dalam masa lebih kurang setahun, kesinambungan filem ini telah pun diterjemahkan menerusi naskhah ketiga yang berjudul Milea: Suara Dari Dilan.
Filem Milea: Suara Dari Dilan ditayangkan pada Februari 2020 di seluruh Indonesia, dan mungkin kerana situasi pandemik yang melanda dunia sekarang, filem ini tidak ditayangkan di pawagam Malaysia.
Namun begitu, filem ini sudah pun ditayangkan menerusi Netflix sejak Sabtu lalu.
Seperti dua filem sebelum ini, Milea: Suara Dari Dilan juga mendapat sambutan hangat dari penonton di Indonesia kerana berjaya merekodkan seramai 1 juta penonton dalam masa hanya 3 hari tayangannya di pawagam.
Ceritanya bermula apabila Dilan menceritakan tentang apa yang terjadi dengan dirinya dan Milea pada awal 90-an sambil menaip kisah hidupnya di dalam komputer dan mengulas kenangan manis bersama Milea Adnan Husein.
Jika sebelum ini Dilan 1990 dan 1991 diceritakan daripada perspektif Milea, filem kali ini pula penonton dibawa bersama dalam dunia yang dibawa oleh Dilan. Hm, tajuk filem pun Milea: Suara Dari Dilan kan, so kami pasti penonton akan mudah memahami jalan ceritanya kali ini.
Cuma, pada kami sekuel terbaru ini sepertinya terlalu banyak flashback dari filem-filem sebelum sehinggakan ada part yang dirasakan terlalu perlahan dan mengundang rasa bosan kerana penonton seakan disajikan dengan ‘babak ulangan’ filem Dilan.
Sementara di Twitter pula, ramai yang berkongsi kesedihan dan seakan menyalahkan Milea dalam kisah cinta mereka kali ini. Nak tahu kenapa? Haa, kenalah tengok sendiri. Hiks!
Ada juga desas-desus yang mengatakan penulis novel Dilan ini sedang menulis kesinambungan novel ini dalam siri keempat. Wow!
Sama-sama kita nantikan.
P/S: Baru berangan-angan nak tonton Milea: Suara Dari Dilan di pawagam tapi apa kan daya hajat tak kesampaian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anita Mui merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, khususnya buat generasi 80-an dan 90-an yang membesar dengan karya seni selebriti dari Hong Kong ini.
Pemilik nama sebenar Mui Yim Fong ini pernah meraih beberapa anugerah dan pencapaian terbaik sepanjang karier beliau dalam industri hiburan kira-kira 20 tahun yang lalu.
Mendiang Anita Mui meninggal dunia di usia yang agak muda, iaitu 40 tahun kerana kanser ovari. Perjalanan hidupnya kini difilemkan dengan menampilkan latar tempat di Hong Kong dari tahun 1980-an hingga 1990-an.
Filem Anita menyingkap kisah perjalanan biduanita hebat ini menempuh segala pahit manis sepanjang bergelar anak seni. Ia menceritakan kisah Anita sewaktu kecil lagi sehingga beliau didiagnos kanser ovari pada tahun 2003.
Peminat dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan Anita Mui di dalam filem ini dan mungkin ada juga yang tidak pernah mengetahui kisah sebenar yang berlaku disebalik kehidupan figura ini.
Filem yang dibintangi oleh barisan pelakon seperti Louise Wong, Louis Koo, Terrance Lau, Fish Liew, Gordon Lam ini juga memperlihatkan hubungan akrab antara Anita dan kakaknya, Ann Mui dan rakan selebriti Leslie Cheung yang juga turut terselit berita kematiannya akibat bunuh diri.
Apa yang menariknya, lakonan Louise Wong yang memegang watak sebagai Anita harus dipuji kerana karakter dan gayanya memang seakan sama seperti primadona itu.
Secara keseluruhannya, Anita dilihat sebagai seorang lagenda Hong Kong yang merupakan wanita hebat, tabah dan tidak banyak menyerlah dengan kisah sensasi. Penonton akan dibawa dengan pelbagai emosi suka duka melihat kisah sebenar aktres ini.
Nah, tak perlulah kami nak cerita panjang lagi, korang boleh saksikan sendiri filem Anita di seluruh pawagam tanah air bermula 12 November ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!