Buat penggemar filem aksi nama Sylvester Stallone sememangnya tidak asing lagi terutamanya dengan penampilan dalam banyak filem box-office sejak usia mudanya.
Kini walaupun usia semakin meningkat, Sylvester Stallone masih lagi gagah membawa dirinya menjadi antara bintang aksi paling berpengaruh di dunia.
Pada tahun 2013, dia bersama Arnold Schwarzenegger telah tampil sebagai seteru dan kawan dalam filem ‘Escape Plan’. Ia mencapai satu kutipan yang sangat memberangsangkan dan mereka berdua membuktikan aura pelakon senior masih lagi berbisa.
Dengan harapan itu, Sylvester Stallone sekali lagi muncul di dalam filem sekuel bertajuk ‘Escape Plan 2: Hades’. Namun adakah ia mampu memberikan impak dan kejayaan seperti filem pertama.
REMAJA sempat memenuhi jemputan TGV Pictures selaku pengedar rasmi filem ini mengikuti tayangan perdana ‘Escape Plan 2: Hades’ semalam.
Tanpa kelibat Arnold Scwarzenegger, filem sekuel ini membariskan banyak muka-muka yang cukup familiar dan terkenal seperti Dave Bautista, Xioming Huang, Jesse Metcalfe, 50 Cents, Jaime King, Wes Chatham dan Chen Tang.
Ray Breslin (Sylvester Stallone) yang merupakan pakar keselamatan penjara kini memiliki syarikat keselamatannya tersendiri. Antara pekerja profesionalnya yang cukup terlatih ialah Shu Ren (Xioming Huang), Luke (Jesse Metcalfe), Kimral (Wes Chatham) dan Hush (50 Cents).
Ads
Selepas satu kejadian maut melibatkan seorang wanita semasa menjalankan misi menyelamat, Ray telah memecat Kimbral yang pada hematnya tidak mengikuti arahan dan menyebabkan kemalangan itu berlaku. Berang dengan pemecatannya Kimbral segera beredar dan meninggalkan syarikat tersebut.
Setahun kemudian takdir menemukan mereka sekali lagi. Shu Ren kini berdepan masalah besar apabila mendapati dirinya berada di sebuah penjara yang paling ketat di dunia. Dia berada di situ selepas terlibat dalam satu usaha menyelamatkan sepupunya, Yusheng yang memiliki teknologi satelit bernilai berbilion ringgit.
Dan di sinilah bermula kisa bagaimana mereka mencari akal untuk melepaskan diri. Tapi adakah ia mampu mengikuti kejayaan filem pertama dahulu?
Okay, pertama sekali REMAJA ingin kongsi perkara positif filem ini. Pertama sekali barisan pelakonnya. Tidak salah jika REMAJA katakan bahawa kalau tiada Sylvester Stallone, filem ini tidak akan ke mana. Malah mungkin ramai penonton yang ingin ke panggung menyaksikannya adalah kerana nama Sylvester Stallone.
Ads
Kedua, kemunculan barisan pelakon dan nama besar yang lain memberikan tarikan yang cukup istimewa. Sekurang-kurangnya kehadiran mereka di layar mampu memberikan sedikit senyuman buat kami ketika menontonnya.
And that’s all.
Itu sahaja perkara yang boleh REMAJA puji. Secara sinikalnya, REMAJA boleh rumuskan filem ini seolah-olah filem parodi daripada filem asal. Tanpa menonton filem pertama sekalipun penonton akan faham dengan jalan ceritanya. Dari segi penghasilannya ia jauh berbeza daripada filem pertama dari segi konsep, sinematografi serta perkembangan watak.
Mungkin pada masa akan datang Sylvester Stallone perlu lebih berkeras dalam menentukan hala tuju filem lakonannya. Ini merupakan salah sebuah filem yang mungkin tidak mahu dikenangnya pada masa akan datang.
RATING: 2/5
Ads
PERADUAN REMAJA x ESCAPE PLAN 2: HADES
5 x HADIAH UTAMA
T-shirt ‘Escape Plan 2: Hades’
5 x HADIAH KEDUA
Chest bag ‘Escape Plan 2: Hades’
3 x SAGU HATI
Botol Air
Like FB & IG Majalah Remaja dan jawab soalan di bawah. Emelkan jawapan ke mohd_farizul@ideaktiv.com
1. Siapakah pengedar rasmi filem ‘Escape Plan 2: Hades’ di Malaysia?
2. Namakan watak yang dibawa oleh Dave Bautista di dalam filem ini?
3. ‘Escape Plan 2: Hades’ ditayangkan di Malaysia bermula pada __________
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai isteri tentu setuju dengan fakta ini. Bila masa bercinta, lelaki nampak lain, masih ingat tarikh-tarikh penting termasuk tarikh first date. Tapi bila memasuki alam rumahtangga, banyak tarikh-tarikh terlupa termasuklah tarikh lahir anak-anak, ada kalanya tarikh nikah dan lebih sedih tak ingat tarikh hari jadi isteri.
Fuhh boleh jadi perang besarkan kalau jadi begini?
Bagi orang muda-muda remaja, time masyuk bercinta mungkin korang ingat perkara begini lawak, takkanlah kita boleh lupa tarikh penting orang yang kita sayang tapi cuba masuk ke alam rumahtangga, baru korang sedar kenapa hal begini timbul.
Kalau korang nak tahu kenapa lelaki selalu pelupa, rupanya inilah sebabnya.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr Clifford Jack dari Mayo Clinic seperti disiarkan oleh CNN, di dapati memori atau daya ingatan orang lelaki tidak sebaik perempuan. Malah ukuran otak lelaki untuk mengawal kenangan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan perempuan.
Lelaki sebenarnya kerap lupa kerana dia tahu ada orang perempuan boleh tolong fikirkan. Tak percaya tanyalah pada semua pasangan hal nie..
“Ini benar. Memori dan volume otak lelaki lebih buruk daripada perempuan apabila dirinya memasuki usia 40-an dan seterusnya,” kata Dr Clifford Jack.
Dalam satu kajian yang dilakukan pada 1246 individu antara usia 30-95 tahun, Jack menemukan bahawa memori mulai menurun untuk dua jantina iaitu lelaki dan perempuan seawal usia 30 tahun. Namun memori lelaki lebih buruk dari perempuan secara keseluruhan setelah usianya memasuki 40 tahun.
Fuhh, patutlah orang lelaki selalu pelupa! Hikz.
Dalam pada itu, pakar saraf Dr Charles Decarli berkata, bahagian otak yang mengawal memori (hippocampus), lebih kecil jika dibandingkan dengan perempuan terutama selepas memasuki usia 60 tahun ke atas.
“Hippocampus lelaki mulai hilang sedikit pada usia lelaki muda tetapi akan semakin jatuh ke bawah bila usia semakin tua dan ini berbeza dengan perempuan yang lebih tua,” katanya.
So, dah tahukan kenapa lelaki selalu pelupa. Jadi orang perempuan la tolong ingatkan agar tak rasa kecil hati kalau pasangan terlupa.
Tapi jangan pula orang lelaki ambil kesempatan berfikir kerana anggap ada orang tolong fikirkan untuknya. Kalau tidak sampai bila-bila gig memori di otak yang masuk berbilion maklumat tu jadi kosong sampai bila-bila. Hikz!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang kata, susah untuk sesebuah drama dan filem itu untuk mencapai sekuel yang sama hebatnya dengan karya pertama.
Namun berdasarkan kepada respon daripada peminat drama tular, Kampung People di saluran TV3, musim keduanya yang mula ditayangkan pada malam ini meneruskan plot cerita dan lakonan yang sama mantap seperti musim pertama dahulu.
Pujian berterusan diberikan kepada Riena Diana yang membawakan watak Lailer apabila dia sememangnya menghidupkan drama tersebut sehingga membuatkan penonton ‘melekat’ di hadapan kaca televisyen.
Menerusi teruramah istimewa program Wanita Hari Ini bersama Riena, Rasyidi Ishak dan Kamarul Eqifshah, Riena menjelaskan tiada apa-apa perubahan drastik pada wataknya kali ini.
“Watak Lailer masih sama seperti musim pertama, cuma apa yang membuatkan watak itu lebih menarik pada musim ini adalah kita tak tahu pengakhiran hubungannya dengan Jekfer.
“Pada musim pertama, mereka bercinta. Untuk musim ini, kita tidak tahu sama ada mereka akan berkahwin atau tidak.
“Selain itu, Kampung People 2 juga mempunyai penambahan watak baharu iaitu Abang Karim. Jadi kalau nak tahu jika kami bertiga ini akan terlibat dalam cinta tiga segi, kenalah tonton musim kedua bermula malam ini.
Apabila ditanya jika Riena mempunyai menyukai punchline kegemaran daripada musim kedua ini, pelakon berusia 23 tahun itu menjawab dia amat menyukai panggilan barunya jika memanggil Jekfer.
“Sebelum ini, Lailer tak ada nama panggilan spesifik seperti ‘sayang’ kepada Jekfer.
“Tapi pada musim ini, dia mula memanggil teman lelakinya itu ‘baby boo Jekferr’. (ketawa) Panggilan itu membuatkan saya rasa dua watak itu lebih rapat dan mudah mencapai chemistry.
Haa.. speaking of chemistry, Riena ni ada apa-apa ke dengan pelakon Hun Haqeem di luar set penggambaran?
“Eh tak ada (ketawa),” jelas sebelum menyatakan dia berharap agar pelakon terus terhibur dengan musim kedua ini seperti musim terdahulu.
“Enjoy saja menonton, janganlah letak expectation yang terlalu tinggi. Kami masih sama, cuma kami ada penambahan karakter. Itu membuatkan musim ini lebih kelakar kerana kita ada kak Adibah Noor sebagai nenda cun.
“Riena rasa korang akan jadi ‘senget’ sekali macam Kampung People bila menonton.”
Jangan lupa untuk menonton Riena, Hun Haqeem, Rasyidi Ishak, Elly Mazlin, Kamarul Eqif dan ramai lagi pada setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada jam 9.00 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makanan ringan choco jar kini mendapat tempat dikalangan masyarakat, bukan hanya kanak-kanak malah turut menjadi kegemaran orang dewasa. Mana tidaknya, bila makan choco jar ni tak sedar pun dah habis sebalang.
Disebabkan ia menjadi ‘kegilaan’, maka ramai orang yang mengambil peluang untuk menjual makanan ini, dan harganya juga boleh mencecah sehingga RM15.
Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hiks!
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal. Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.
Berbaloi kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bahan-bahan:
– 500gm coco crunch bersaiz kecil
– 500gm coklat beryl’s
– Setengah cawan minyak masak
Cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil
2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk
3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.