
Tahun 2019 telah menyaksikan pelbagai situasi viral berlaku di medan media sosial.
Ada yang viral disebabkan isu semasa dan kontroversi. Namun menariknya, lima tweet paling viral dengan jumlah retweet yang banyak jatuh kepada kandungan yang sopan, kelakar dan memberikan inspirasi.
Di tangga pertama adalah tweet daripada akaun @maiadnan yang memuat naik sebuah video menampilkan Noor Neelofa. Ia berjaya mendapat jumlah retweet tertinggi di Malaysia sepanjang tahun ini iaitu sebanyak 91,400 retweet berserta 87,300 klik pada butang like.
Guys, aku ada tengok dekat twitter ada sorang tu share doa yg neelofa bagi dalam naura shares. So aku cari video dia. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Boleh start hafal dah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Ameen. pic.twitter.com/fc46E2Z69n
— MY (@maiadnan) July 20, 2019
Video tersebut yang direkod semasa program Naura Shares menampilkan perkongsian Neelofa mengenai doa yang selalu diamalkannya.
Lihat 4 lagi tweet popular di Malaysia pada tahun ini seperti berikut.
02
“Kalau Tak Puasa, Sofia Offer Air”
Sofia tanya mummy puasa ke tak.. Kalau tak puasa, Sofia offer air 😆😆 pic.twitter.com/taeXNl3bmz
— Alyaa Alyaa Alyaa (@alyaaoreo) June 1, 2019
03
“Sekali Cair Pulak”
Saja kacau adik tengah main pubg . Sekali cair pulak 🤣 pic.twitter.com/ikFgCNly3q
— – (@Fathyakan) November 11, 2019
04
“Terbang Bersama Abah”

05
“ABC Bersama Sajat”
Semoga pembelajaran menyebut ABC dengan Sajat ini dapat mengembalikan semula sel-sel otak anda 🥰 pic.twitter.com/CaXrH6w5cZ
— izzi (@IzzRaifHarz) September 24, 2019
06
“Escalator Di Dalam Pejabat”
Jarang jarang ada eskelator dalam ofis. 😂 pic.twitter.com/RCrxDsn8U5
— . (@WhyFarouk) June 24, 2019
*
Mana satu yang buatkan korang tersengih seorang? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja Aktif Bersukan Sehingga Mukanya Kebas, Tempurung Kepalanya Perlu Dibelah

Tiada apa kekurangan kepada remaja berusia 22 tahun ini. Dia seorang yang aktif bersukan. Sering bermain futsal, bola serta sukan lasak lain. Sehinggalah suatu hari di tempat kerja, ketika dia sedang bersarapan pagi, dia terasa pipinya kebas sebelum tumbang.
Kongsi Muhammad Adli Asyraf, dia hanya sedar seketika dan bertanya kawan sekerjanya apa yang berlaku sebelum ambulan tiba dan terus tidak sedarkan diri selama empat hari.
Apa yang menyedihkan dari rasa kebas itu, tempurung kepala sebelah kirinya dibelah kerana terdapatnya darah beku di mana pasukan perubatan mengambil tindakan pantas menyelamatkan nyawanya.


Berkongsi kisah 12 November lalu, kata Muhammad Adli Asyraf atau mesra disapa Ayap, dia sedang duduk bersarapan ketika kejadian. Tiba-tiba mukanya terasa kebas dan dia terus terjatuh dari kerusi.
“Kata kawan sekerja, semasa sedar selepas terjatuh itu, saya hanya sempat bertanya apa yang berlaku dan kemudian pengsan kembali. Masa dalam ambulan pun dah tak sedar sehinggalah tiba di hospital.
“Kata mak, dia cuba panggil-panggil saya tapi saya hanya mampu angkat tiga jari dan terus tidak sedarkan diri,” katanya yang dikejarkan ke unit pembedahan kerana hasil xray, terdapat darah beku di bahagian kepalanya. Malah keluarganya juga tiada pilihan lain kerana perlu menandatangani borang persetujuan bedah dengan kadar segera kerananya kritikal.

Lebih sebulan selepas sebahagian tempurung kepalanya dibuang terdapat lekukan besar di kepalanya.
Ayap yang kini cuti sakit dan bekerja di Henry Butcher berkata, pada pembedahan pertama di KPJ Hospital Damansara, bil rawatannya mencecah RM83 ribu.
Menurut bapanya, Jasni bin Abdullah, 56 tahun, kos rawatan agak tinggi kerana sebahagian tempurung kepala anaknya dibuang.
“Insuran dari pejabatnya hanya RM50 ribu. Nasib baik jugalah ketika bulan empat hari itu, saya baru pencen. Duit baki pembedahan sebanyak RM33 ribu itu saya guna dari duit bersara,”katanya ketika ditemui di rumahnya, Blok B, PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Sebagai bapa dia bertanya kepada pakar perubatan bagaimana kemungkinan penyakit anaknya itu terjadi.
“Kata doktor, mungkin kerana terlalu aktif bersukan, ia merisikokan bahagian urat di kepala. Masa yang sama, biar anak tiada kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, dalam kes anaknya doktor meletakkan darah tinggi sebagai penyebabnya,” katanya ketika ditemui.
Ayap yang kini menjalani fisioterapi tiga kali seminggu belum pulih sepenuhnya. Kerisauan bapa ini terhadap anak ketiganya ini masih lagi tinggi kerana Ayap belum disahkan pulih lagi biarpun sebahagian tempurung kepalanya dibuang.
Kata Jasni, memandangkan bil perubatan agak tinggi di mana dia sudah tidak lagi bekerja dan isterinya juga sama, dia bertindak memindahkan anaknya ke Pusat Perubatan Hospital UKM (PPHUKM). Hasil dari angiogram yang dilakukan terdapat lagi darah beku di salur otak anaknya.
“Inilah yang risaukan hati kami semua. Kata doktor pakar yang merawatnya, jika darah beku ini tidak dibuang dan jika pecah, risiko dan nyawa anak dalam bahaya kerana sudah ada sejarah sebelum ini.
“Kos pembedahan membuang darah beku yang doktor cadangkan antara RM60 ribu ke atas. Pembedahan memasang tempurung implan pula mencecah RM20 ribu lebih. Soal kewangan agak tinggi ini merisaukan hati tetapi masa yang sama, anak perlu jalani pembedahan secepat mungkin. Doktor cadangkan Januari 2019 ini tetapi buat masa ini wang belum mencukupi. Masa yang sama buat masa ini anak makan sejenis makanan yang diberikan oleh doktor pakar untuk otaknya yang mana satu kotak mencecah RM2000,”katanya kelihatan risau.

Sementara itu, bagi ibu Ayap, Hasanah Hassan 50 tahun berkata, dia menguruskan segala keperluan anak bujangnya kerana buat masa ini Ayap belum boleh berdiri dengan stabil.
“Kalau tak pegang dia akan jatuh. Perlu dibantu lagi. Alhamdulillah juga memorinya tidak terjejas kerana kalau itu yang berlaku risiko nyawa akan lebih terancam,’katanya yang selalu mendoakan anak ketiganya itu kembali pulih seperti sebelum ini.
Bagi anda yang bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan demi meringankan beban keluarga ini demi pembedahan Ayap, boleh salurkan bantuan ke akaun CIMB Bank atas nama Muhammad Adli Asyraf Jasni di nombor akaun 7057679401.
Mana tahu hari ini kita bantu orang dan esok lusa orang bantu kita pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Isu Yuran PIBG”, Hanya Sumbangan, Bukan Wajib Bayar, Rupanya Pekeliling PIBG Dah Dikeluarkan Sejak 1989

Di sebalik 10 fakta tentang PIBG yang tular semalam, ternyata isu yuran PIBG ini mendapat perhatian dari orang ramai.
Ada yang mengatakan jika tidak mahu bayar, pelajar tidak berhak untuk menikmati segala kemudahan disediakan di sekolah seperti kipas dan sebagainya.
Sesuatu yang harus difahami dan dinyatakan oleh pihak kerajaan, persekolahan di Malaysia adalah percuma bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. Ini seperti dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad pada November tahun lalu, kerajaan secara purata membelanjakan sebanyak RM8,900 untuk seorang murid setahun dan jumlah itu merangkumi pelbagai perkara dalam memastikan pendidikan terbaik diberikan kepada mereka. Sumber : Utusan Online.
Sebab itulah bila timbulnya isu yuran PIBG, maka ramailah yang mula bersuara. Apa yang kita perlu faham tentang yuran PIBG ini ialah, ianya adalah SUMBANGAN dan bukan yuran yang wajib dibayar.

Pihak sekolah tidak berhak untuk menahan sijil peperiksaan pelajar jika mereka gagal membayarnya. Mungkin untuk lebih mudah faham, bolehlah baca artikel ini.
- Bayaran PIBG adalah sukarela. Ia adalah sumbangan BUKAN YURAN.
- Walaupun keluarga mampu tidak semestinya wajib membayar sumbangan (yuran) PIBG.
- Di sinilah tugas kepimpinan PIBG diperlukan. Mereka harus mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa.
- Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibu bapa yang akan menyumbang kepada PIBG secara sukarela.
- Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusan sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atu ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.
- Perkara 38 (a) Di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) secara jelas melarang paksaan apatah lagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks, penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan PIBG.
- Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat oleh ibu bapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukan akta ini.
- Jadi, adalah sangat musykil jika ada sebahagian orang yang mendakwa keputusan peperiksaan ditahan jika tidak membayar sumbangan PIBG ini.
- Lagi satu dah namanya sumbangan/derma, jadi pihak berkaitan tak perlu tetapkan berapa yg harus disumbangkan oleh ibu bapa.
- Sila share agar yang lain tahu..
Tapi walau bagaimanapun, duit yang dikutip itu tetap digunakan untuk tujuan pembelajaran dan kebajikan anak-anak di sekolah. Kalau mampu apa salahnya kita ringankan beban pihak lain kan? Demi masa depan anak-anak juga. Maklumlah mereka adalah harapan negara pada masa akan datang.
Sumber :- Otai Bersih
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3629 Votes Tak Puas Hati Dengan BELANJAWAN 2021, Wang KWSP & 4 Isu Lain Punca Rakyat Bengang

Selepas tiga hari Belanjawan 2021 diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz “suara-suara ketidakpuasan hati” rakyat masih berlegar di media sosial khususnya isu berkaitan pengeluaran KWSP dari akaun 1 serta peruntukan besar diperoleh oleh JASA.
Tak hairanlah, satu poll undian sama ada korang semua berpuas hati atau tidak dengan Belanajawan 2021 telah dibuat oleh StrawPoll. Baru sehari undian dibuka, seramai 3739 undian diperoleh dari suara orang ramai.
Mendukacitakan sebanyak 3629 votes (setakat berita ini ditulis) mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2021 dan hanya 2.94 peratus votes mewakili seramai 110 votes mengatakan mereka berpuas hati dengan pengumuman belanjawan tersebut.

Ermmm, ini bermakna memang ramai yang tidak berpuas hati dan ia disalurkan melalui votes tersebut.
Masa yang sama, di page Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki kira0kira 20 jam lalu berkongsi lima perkara utama dibangkitkan rakyat mengenai Belanjawan 2021 yang wajar dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen.

Terima kasih atas semua pandangan dan maklum balas yang telah diberikan. Saya telah menyampaikan semua pandangan-pandangan ini dalam Mesyuarat Khas Persiapan Perbahasan Belanjawan Negara 2021 yang dipengerusikan Pengerusi BN kelmarin.
Insya-Allah, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi Pembahas pertama mewakili BN pada hari Selasa diikuti Ahli-ahli Parlimen BN yang lain. Secara rumusannya terdapat 5 perkara utama yang dibangkitkan oleh rakyat dan insyaAllah akan terus diperjuangkan oleh BN dalam sesi perbahasan, antara lain:
- ISU KWSP
Saya telah mencadangkan berpandukan suara rakyat untuk dibenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP maksimum sebanyak RM10,000 dan tidak perlu bersasar kerana ia bersifat sukarela.
Implikasi hanya sekitar RM40 bilion iaitu hanya 4% daripada keseluruhan dana semasa KWSP sekitar RM940 bilion.2. ISU MORATORIUM
Perlanjutan tempoh moratorium secara automatik juga antara yang dibangkitkan oleh ramai rakyat yang sedang sengsara akibat Covid-19.3. FOKUS SAKSAMA KEPADA M40
–Menilai kembali bantuan agar golongan M40 tidak dikesampingkan kerana kesan Covid-19 turut memberi impak besar kepada golongan M40.4. ISU MAHASISWA
–Lebih kurang 1.3 juta pelajar universiti Awam dan Swasta turut terjejas akibat Covid-19, termasuklah isu kewangan melibatkan rumah sewa, pembelaran atas talian.
– Cadangan awal Pemuda UMNO agar diberikan bantuan RM50 sebulan untuk 12 bulan dalam bentuk E-Wallet untuk dimanfaatkan bagi pembelian data telefon bimbit.
– Juga cadangan dikembalikan baucar buku, kad siswa khas dan juga cadangan mengembalikan semula program MyBrain15 sebagai salah satu inisiatif pemulihan dan penjanaan semula ekonomi negara pasca Covid-19.5. Mengkaji semula kesesuaian peruntukan yang terlalu besar untuk mengembalikan JASA pada ketika ini.
Untuk makluman, 2 isu pertama iaitu KWSP dan Moratorium tidak memberikan kesan kepda Belanjawan Negara 2021. Banyak lagi perkara yang akan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan memfokuskan kepada kehendak dan suara hati rakyat.
TERUSKAN BERI PANDANGAN ANDA DI RUANGAN KOMEN UNTUK MANFAAT PEMBAHAS-PEMBAHAS NANTI.
#Belanjawan2021
#Bajet2021
#pemudajurubicararakyat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

