Restoran Di Hospital Menawarkan Menu Berasaskan Ganja. Dipercayai Mampu Mengurangkan Kesakitan Dan Keletihan

Share

Pernahkah anda bayangkan daun ganja diletakkan di antara sandwich kegemaran anda ataupun ditabur ke atas sup untuk meningkatkan lagi aroma? Ini bukanlah kisah dongeng, sebaliknya benar-benar berlaku di Thailand.

Sebuah restoran di Hospital Chao Phya Abhaibhubejhr yang terletak di daerah Prachin Buri telah mula menghidangkan resipi berasaskan ganja yang digelar ‘happy meal’ bulan ini. Keputusan ini dibuat setelah kerajaan Thailand mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan ganja sebagai narkotik.

Sumber gambar: via Reauters/Jorge Silva

Ekoran itu, firma yang mendapat kebenaran kerajaan memperoleh hak untuk menanam pokok tersebut.

Menurut Pakakrong Kwankao yang merupakan ketua projek di hospital terbabit, “Daun ganja, apabila diletakkan di dalam makanan atau dengan julah yang sedikit… ia mampu membantu pesakit untuk pulih dengan lebih cepat dari penyakit.”

Sumber gambar: via Reuters/Jorge Silva

Hospital ini merupakan pemula dalam projek yang mengkaji kebolehan dan juga kegunaan ganja bagi mengurangkan kesakitan dan keletihan. Selain itu, daun ganja boleh menaikan selera makan, menjadikan tidur lebih nyenyak dan juga mood seseorang akan menjadi lebih baik.

Untuk pengetahuan pembaca, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara menghalalkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan sejak dari itu telah membukan beberapa klinik medikal ganja.

Sumber: Reuters

IKLAN