
Sejak kebelakangan ini ramai juga yang kami lihat memuat naik makanan daging ‘harimau menangis’ di media sosial dan kecur juga air liur melihatnya. Hiks! Dah ramai peniaga yang menjual makanan ini dan harganya boleh tahan mahal juga ya.
Nah, kalau nak jimat apa kata korang buat sendiri sahaja. Resipi daging harimau menangis ini nampaknya tidaklah terlalu susah.
Jom kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh Syaa Fikaa ini menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni? (MAHN).
Perap daging:
– Daging lembu
– Sos tiram
– Gula kabung
– Lada hitam
– Bawang putih
– Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali minyak masak (dalam 30 minit)
2. Kemudian, baru letakkan sedikit minyak masak dan gaul sebati serta perap selama 2 jam
3. Sedia untuk dibakar


Sos pencicah
– Bawang putih
– Bawang merah
– Gula kabung
– Cili hijau & merah
– Sos tiram
– Nampla
– Perahan limau nipis
– Daun ketumbar



Peringatan untuk korang, jangan overcook daging sebab nanti akan jadi keras. Buat medium saja baru sedap untuk dimakan.
Hm, tengok gambar pun dah sedap kan. Jom kita try!
Selamat mencuba..
Sumber: Syaa Fikaa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mendiang Putera Philip Pernah Kunjungi Sarawak, Sabah & KL Pada..

Seluruh dunia tahu siapakah gerangan Duke of Edinburgh, Putera Philip.
Tambahan pula di kalangan gugusan negara Komanwel seperti Malaysia sendiri, kita pastinya pernah menonton kelibatnya sama ada di kaca televisyen atau di atas talian.
Tapi tahukah korang, mendiang Putera Philip yang telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada minggu lalu pernah bertemu dengan rakyat Malaysia di Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur suatu masa dahulu!
ARTIKEL BERKAITAN : William & Harry Enggan Diri Bersebelahan Di Pengebumian Putera Philip – REMAJA
Disebabkan kebanyakan daripada kita masih belum dilahirkan pada waktu itu, tentunya kita sukar untuk ‘recall’ momen tersebut.
Namun, seorang pengguna Facebook bernama Chang Yi masih ingat peristiwa pada tahun 1959 itu dan telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan Putera Philip melambai ke arah orang ramai di Miri dari kenderaan rasminya.
Sumber Foto : Malay Mail
Dari Kuching, baginda menuju ke Sibu dan Miri sebelum bergegas ke Brunei. Semuanya dikunjungi dalam tempoh kurang 2 hari saja.
Waktu itu juga berdekatan dengan tarikh perayaan Tahun Baru Cina. Lalu, sebuah konsert diadakan demi menghiburkan Putera Philip.
Sabah & Kuala Lumpur
Negeri Di Bawah Bayu ini turut bertuah menerima kunjungan mendiang pada tahun 1959.
Menurut seorang wanita bernama Li Yo Wei kepada FMT, beliau berusia 12 tahun pada waktu itu dan Sabah masih dikenali sebagai Borneo Utara di bawah jajahan Inggeris.

Sumber Foto : FMT
Beliau dan ratusan murid sekolah telah beratur di sepanjang jalan raya di Tanjung Aru dan masih mengingati apabila Putera Philip berjalan di situ. Jelas Li, mendiang mempunyai ketinggian mirip cucu baginda, Putera William yang pernah melakukan kunjungan diraja ke Malaysia pada tahun 2012.
Sekali lagi, Putera Philip mengunjungi Sabah pada tahun 1972. Kali ini, mendiang hadir bersama Ratu Elizabeth II dan Puteri Anne. Peristiwa ini berlaku selepas Sabah menyertai Malaysia secara rasmi pada tahun 1969.

Sumber Foto : FMT
Kuala Lumpur juga tidak terkecuali menerima kunjungan Putera Philip pada tahun 1965. Baginda yang diiringi oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KACANG EDAMAME, ‘Snek’ Popular Orang Jepun Sangat Sihat & Sedap!

Edamame, kacang soya muda berwarna hijau yang masih terdapat di dalam pod ini boleh dijadikan sebagai ‘snek’ sihat untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Ia berbeza dengan kacang soya yang telah matang berwarna keputihan. Biasanya edamame ini banyak didapati di restoran Jepun yang menjual sushi.
ARTIKEL BERKAITAN : Air Lai Chi Kang Sedap & Berkhasiat, Buat Sendiri Lagi Berbaloi!

Namun kita juga boleh mendapatkan edamame di pasaraya kerana ia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Edamame ini ada kebaikannya kepada kesihatan.
Manfaat edamame untuk kesihatan.
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
Kacang edamame mengandungi kandungan gizi, vitamin dan antioksidan tinggi yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Jika anda makan edamame secara konsisten, ia mampu menghindari dari pengaruh cuaca buruk yang boleh mengganggu kekebalan tubuh.
2. Mencegah hipertensi dan penyakit jantung
Kacang ini juga bermanfaat untuk menghindarkan anda dari penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada kacang secara aktif dapat menghancurkan lemak yang berkumpul di dalam tubuh yang menjadi pemicu penyakit jantung dan darah tinggi. Kacang ini juga berkhasiat sebagai zat anti inflamasi dan menyembuhkan rasa keradangan dengan cepat.
3. Mengurangi risiko kanser
Kandungan isoflavin pada kacang edamame juga berkhasiat untuk mengurangi risiko kanser prostat dan kanser payudara. Isoflavin merupakan khasiat yang berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia sebagai pencegah sel kanser.
4. Mempercepat proses pembekuan darah
Kandungan vitamin K yang tinggi berfungsi untuk mempercepat proses pembekuan darah. Hal ini sangat bagus untuk anda yang berisiko sering jatuh dan mengalami kecederaan pada kulit untuk meredakannya dengan cepat. Kacang edamame juga berfungsi untuk mencegah osteoporosis dan Alzheimer.
5. Baik untuk sistem pencernaan
Kacang edamame mengandungi kandungan serat tinggi sehingga dapat meningkatkan sistem pencernaan pada manusia. Ini penting untuk anda yang sedang diet. Tidak hanya itu, kandungan karbohidrat kompleks dari kacang ini memberikan manfaat lebih untuk memberikan rasa kenyang lebih lama, sehingga anda dapat menolak keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Hanya Diberi Masa 3 Minggu Untuk ‘Bisa Ngobrol’ Bahasa Indonesia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Negara Yang Menawarkan Gaji Doktor Paling Tinggi Di Dunia

Kerjaya sebagai doktor adalah antara pekerjaan yang mempunyai tanggungjawab besar kepada masyarakat khususnya bagi membantu merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit. Di beberapa buah negara, individu yang bekerja di sektor perubatan menerima gaji yang lumayan, sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.
Di negara kita, gaji doktor tidaklah terlalu tinggi kerana doktor yang masih diperingkat housemanship, purata gaji bulanan yang diterima adalah sekitar RM3,500 hingga RM4,400. Manakala, selepas mendapat gelaran pegawai perubatan (MO), purata gaji mereka akan meningkat sekitar RM4,300 hingga RM5,200 mengikut pengalaman.

Bagi doktor pakar yang berkhidmat di hospital awam pula akan menerima lebih kurang RM10,000 dan doktor pakar swasta kira-kira RM15,000 dan keatas mengikut jenis tahap kepakaran.
Dengar memang banyak kan? Tapi, kalau nak dibandingkan dengan negara luar, boleh dikatakan taraf gaji profesion doktor di negara kita tidaklah terlalu tinggi.
Agak-agaknya, negara mana yang menawarkan gaji doktor paling tinggi ya?
Jom kita semak senarai dibawah.
1. Luxembourg
Purata gaji tahunan doktor am: USD305,000 (RM1.26 juta)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD397,000 (RM1.64 juta)
Menurut OECD, doktor yang mempunyai pengalaman melebihi 8 tahun memperoleh purata gaji mencecah USD25,400 (RM104,695) sebulan dan bagi doktor baru yang berpengalaman sekitar 1 dan 3 tahun, gaji yang diterima adalah lebih kurang USD13,240 (RM54,652 sebulan).
Doktor pakar seperti pakar gastroenterologi menerima gaji sekitar USD33,000 (RM136,000) sebulan.
2. Kanada
Purata gaji tahunan doktor am: USD271,000 (RM1.12 juta)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD339,000 (RM1.4 juta)
Doktor am menerima pendapatan sekitar USD22,600 (RM93,210) sebulan dan bagi doktor pakar pula, USD28,200 (RM116,255). Setiap jam, purata pendapatan bagi doktor am dianggarkan sekitar USD128 (RM530).

3. Switzerland
Purata gaji tahunan doktor am: USD237,000 (RM979,000)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD256,800 (RM1.06 juta)
Negara ini tersenarai antara salah satu ekonomi yang paling stabil di dunia dan disebabkan itu gaji bagi banyak sektor disini adalah sangat tinggi.
4. Amerika Syarikat
Purata gaji tahunan doktor am: USD230,000 (RM949,300)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD363,400 (RM1.5 juta)
Gaji yang diterima oleh doktor di negara ini bergantung kepada lokasi tempat kerja dan juga jantina. Secara umumnya, doktor lelaki menerima pendapatan 36 peratus lebih tinggi berbanding doktor wanita.
Purata gaji bulanan bagi doktor am adalah sekitar USD19,200 (RM79,108), manakala doktor pakar adalah USD30,800 (RM127,261).
Pakar bedah ortopedik menerima pendapatan tahunan tertinggi sebanyak lebih kurang USD443,000 (RM1.83 juta), diikuti oleh pakar kardiologi dengan USD409,000 (RM1.69 juta), pakar dermatologi dengan USD380,000 (RM1.57 juta) dan yang paling rendah adalah pakar kanak-kanak sebanyak USD204,000 (RM842,000).

5. Iceland
Purata gaji tahunan doktor am: USD182,000 (RM751,000)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD202,000 (RM834,000)
Doktor am di negara ini menerima purata gaji bulanan sekitar RM62,600, manakala doktor pakar pula sekitar RM69,500.
6. Australia
Purata gaji tahunan doktor am: USD140,000 (RM577,836)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD247,000 (RM1.02 juta)
Doktor am di Australia menerima purata gaji bulanan sekitar USD11,700 (RM48,153) dan doktor pakar adalah USD20,600 (RM85,000).

7. Republik Ireland
Purata gaji tahunan doktor am: USD136,000 (RM561,000)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD187,000 (RM771,000)
Di negara ini, doktor pakar menerima purata gaji bulanan sekitar USD15,600 (RM64,271), manakala doktor am memperoleh USD11,300 (RM46,731) sebulan.
8. Belanda
Purata gaji tahunan doktor am: USD117,000 (RM483,000)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD252,000 (RM1.04 juta)
Di Belanda, pekerjaan doktor ditawarkan dengan gaji yang tinggi, keadaan yang baik, waktu kerja yang lebih pendek dan cuti yang banyak.
Purata gaji bulanan seorang doktor am adalah sekitar USD9,750 (RM40,240) dan USD21,000 (RM87,000) bagi doktor pakar.
9. United Kingdom
Purata gaji bulanan doktor am di negara ini yang bekerja selama 41.8 jam seminggu adalah kira-kira USD9,800 (RM40,514) manakala doktor pakar menerima sekitar USD10,500 (RM45,000).
10. New Zealand
Purata gaji tahunan doktor am: USD96,000 (RM386,000)
Purata gaji tahunan doktor pakar: USD138,000 (RM571,000)
Doktor yang dibawah penyeliaan (housemanship) biasanya menerima purata gaji bulanan antara USD4,466 (RM18,435) dan USD5,572 (RM23,000). Doktor am pula menerima USD8,000 (RM33,000) dan doktor pakar sebanyak USD11,500 (RM47,550).
Kos melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan juga bukan calang-calang harganya. Jadi, rasanya memang berbaloilah dengan gaji yang mereka perolehi ini. Tambah pula, dengan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat sewaktu situasi pandemik COVID1-19 yang melanda dunia, semuanya dibayar selaras dengan tanggungjawab yang digalas.
Sumber: Iluminasi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

