Salad merupakan satu menu universal yang sangat mudah disediakan. Baik salad yang dihasilkan daripada rimbunan dedaun hijau mahupun salah berasaskan protein, menu ini sangat senang disediakan.

Apa yang pasti, rasa enak menjadikan makanan ini satu pilihan yang popular.

REMAJA sendiri pernah mencuba menu yang dihasilkan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid. Resipi salad kentang yang dikongsikannya cukup enak dan ‘mewah’! Jom kita lihat bagaimana cara untuk membuat.

Resipi Salad Kentang ‘Mewah’, Idea Menarik Sajian Mengenyangkan

BAHAN UTAMA

5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk

4 biji telur – rebus sehingga masak

1 biji bawang besar – cincang halus

¼ biji lobak merah – cincang halus

IKLAN

½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus

½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus

2 sudu makan daun bawang – dihiris

2 sudu makan daun sup – dihiris

1 batang saderi – dicincang halus

Resipi Salad Kentang ‘Mewah’, Idea Menarik Sajian Mengenyangkan

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Masak Lemak Cili Api Udang Pucuk Gelugor, Resipi Tradisi Penambah Selera

BAHAN SOS

½ cawan mayonis

1 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs

2 sudu teh serbuk lada hitam kasar

IKLAN

1 sudu teh gula

2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis

CARA MEMBUAT

  1. Lenyek telur rebus menggunakan garfu.
  2. Kemudian masukkan bahan sos dan gaul rata.
  3. Masukkan sayur-sayuran dan gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan kentang dan gaul. Sedia untuk dihidang!

Senang dan mudah bukan? Anda boleh juga memasukkan isi ayam yang direbus atau dibakar dan kemudian dicarik-carik sebagai salah satu lagi bahan tambahan kepada salad kentang ini. Selamat mencuba.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI