Resipi ‘Potato Chip’ Ranggup Dan Sedap. Tak Perlu Beli Lagi Lepas Ni

Share

Snek merupakan makanan ringan yang sering dicari di waktu petang. Biasanya, waktu-waktu beginilah perut mula rasa lapar dan inginkan ‘sesuatu. Kali ini, kami nak kongsikan satu resipi mudah iaitu potato chip macam yang korang selalu beli tu.

Jika dibeli di luar, sebungkus potato chip rasa sikit sangat dan rasa tak puas makan kan? Jadi, apa kata kita cuba resipi yang telah dikongsi di Inspirasi Resepi ini.

Kentang Goreng Rangup ( Potato Chip)

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ml air
Sedikit penrencah maggi kari
Sedikit penrencah pasti sedap Knorr
Minyak untuk menggoreng
Cara nak buat potato chip

  • Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisah kupas buah.
  • Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi.
  • Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
  • Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
  • Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah sedap Knorr atau apa-apa yang anda suka ikut tekak sendiri. (sebagai perasa)

Senang dan puas hati. Selamat mencuba!

Sumber– Inspirasi Resepi

IKLAN