Resipi Mudah Durian Crepe, Boleh Buat Sendiri Je Lebih Sedap & Jimat

Share

Boleh dikatakan hampir semua masyarakat di Malaysia selalu excited bila tiba musim durian. Korang boleh lihat macam mana sesaknya laluan bila penjual durian membuka gerai di tepi jalan.

Memang ‘berhantu’ raja buah ni. Dari orang dewasa hingga ke kanak-kanak semuanya tak pernah menolak kalau dah namanya durian.

Selain daripada makan begitu saja, buah durian ini juga banyak dijadikan sebagai ramuan di dalam masakan. Daripada jenis makanan tradisional seperti talam dan pengat durian, sehinggalah diinovasi menjadi makanan moden.

Contohnya, paling digemari oleh anak-anak muda adalah durian crepe

.

Kami nak kongsikan kepada korang resipi mudah durian crepe daripada page buatoranglapo yang boleh dibuat sendiri di rumah dan jauh lebih menjimatkan.

Bahan-bahan:

– 4 sudu besar tepung gandum
– 2 sudu besar tepung ubi
– 1 sudu besar tepung kastard
– 1 sudu besar tepung jagung
– 1 sudu besar gula halus
– 1 biji telur
– 1 sudu kecil minyak masak
– 40ml susu segar
– 150ml air
– 1 sudu kecil esen vanilla
– Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

1. Masukkan gula, telur, minyak, susu segar, air, esen vanilla dan juga pewarna ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati

2. Ayakkan kesemua tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau lagi hingga sebati

3. Tapiskan adunan supaya tiada tepung yang masih berketul

4. Panaskan kuali (non-stick pan), tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan ratakan

5. Biarkan sehingga permukaan crepe kering. Kemudian, terus angkat (tak perlu terbalikkan)

Bahan-bahan inti durian

– 200ml susu segar
– 1 sudu kecil gula
– 1 sudu kecil tepung kastard
– 100gm isi durian
– 100ml krim putar bukan tenusu

Cara-cara:

1. Kacau susu bersama gula dan tepung kastard di dalam periuk sehingga tepung hancur

2. Letakkan periuk tadi di atas dapur. Masak sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan

3. Masukkan isi durian dan kacau sebentar sehingga sebati. Angkat dan ketepikan

4. Pukul whipping cream sehingga kental

Cara melipat:

1. Ambil satu kulit (crepe). Pastikan bahagian bawah adalah permukaan yang licin

2. Letakkan whipping cream, kalau nak senang guna piping bag

3. Kemudian, letakkan sedikit inti durian di atas whipping cream

4. Pipekan lagi whipping cream untuk menutupi inti durian tersebut

5. Lipat crepe tersebut kepada bentuk segi empat. Tarik sedikit kulit supaya durian crepe menjadi cantik dan kemas

6. Siap!

Tak ada la susah sangat kan? Kalau di kedai korang kena beli mahal tapi tak puas makan. Jadi lebih baik buat sendiri, makanlah sampai puas.

IKLAN