Kuih Akok adalah kuih tradisional yang popular dalam kalangan penduduk Pantai Timur. Rasanya yang manis dan berlemak sesuai untuk hidangan minum petang atau menjadi pelengkap juadah berbuka puasa.
Tapi masalahnya kalau beli di bazar tak dapat seperti yang kita inginkan. Jadi apa kata kita buat je sendiri Kuih Akok homemade dengan resipi perkongsian saudari Sitisarah Hamid ni.
Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
2 keping nise /gula melaka besar (kalau yang kecil guna 3 keping)
1 cawan santan
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
1/4 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masak gula melaka atau nise dengan air hingga larut. Sejukkan. 2. Kemudian satukan semua bahan termasuk air gula melaka tadi. Kisar hingga sebati. Boleh juga jika kacau guna tangan sahaja.
Ads
3. Adunan Kuih Akok siap untuk dibakar. Tuang adunan ke dalam acuan dan biarkan masak. Boleh guna mesin pembakar kek cawan sebegini.4. Kuih Akok sedia untuk dinikmati.
NOTA:Jika tiada mesin kek cawan ni, boleh sahaja bakar menggunakan sandwich maker, dimasukkan ke dalam tray muffin dan dibakar di dalam ketuhar atau menggunakan acuan Kuih Cara dan dimasak di atas dapur gas. Semuanya menjadi.
Ads
Sangat mudah. Pasti puas hati dapat makan kuih ni panas-panas untuk berbuka puasa nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukankah sudah dimaklumkan oleh pihak pawagam setiap kali sebelum mana-mana filem ditayangkan, JANGAN RAKAM.
Namun begitulah tebalnya sifat ‘ignorant’ yang ada pada diri sesetengah individu.
Kali ini, pempengaruh terkenal Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Noor Neelofa telah menjadi mangsa cercaan warganet setelah gadis berusia 20 tahun itu ‘terkantoi’ merakamkan babak filem House of Gucci yang baru mula ditayangkan di pawagam; lalu memuat naik klip tersebut di akaun media sosialnya.
Dalam keterujaan untuk menonton filem yang diminati, tangan pula gatal untuk merakam sesetengah babak filem tersebut.
Perbuatan ini sekaligus membuatkan ramai warganet bengang.
Bukan saja filem tersebut belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara (pada waktu Ameera dijemput untuk menontonnya).
Sifat ‘ignorant’ atau tidak ambil peduli seperti ini juga adalah punca mengapa pihak pawagam terpaksa bertindak lebih tegas terhadap rakan media serta selebriti lain. Untuk pengetahuan korang, satu prosedur baharu yang dipraktikkan sekarang sewaktu rakan media dijemput untuk menonton tayangan perdana filem akan datang adalah untuk mneyerahkan telefon bimbit kepasa staf pawagam atau penganjur sebelum kami dibenarkan masuk ke pawagam.
Biarpun rakan media memahami relevan di sebalik prosedur ini agar tiada sesiapa merakam babak filem, ia sedikit sebanyak ‘meragut’ peluang kami untuk menerima sebarang talian kecemasan sewaktu berada di tempat duduk pawagam.
Menerusi hantaran oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Arsya Ridzuan, dia membuat aduan terbuka menerusi ciapan dan mempersoalkan sama ada pawagam Golden Screen Cinema (GSC) akan membenarkan perbuatan ini dilakukan.
“Hi @GSCinemas, mengapa (tingkah laku) ini dibenarkan di pawagam anda? Dan, mengapa perbuatan ini masih dilakukan? 2022,” catatnya yang tidak memahami mengapa masih wujud mindset penonton sedemikian walaupun kes seperti ini telah berulang kali ditularkan.
Nampaknya, pihak GSC tidak terus berdiam diri dan membalas semula dengan menulis, “Melakukan rakaman kandungan filem adalah dilarang sekeras-kerasnya. Kami mengambil serius mengenai insiden ini dan telah menghubungi serta melaporkannya kepada pemilik untuk tindakan lanjut. Terima kasih kerana memberi pencerahan!”
Wakil GSC turut menambah bahawa pihak pengedar filem House of Gucci iaitu United International Pictures telah sedia maklum mengenai perkara ini untuk sebarang tindakan lanjut daripada pihak mereka.
Bukan niat sesiapa untuk menjatuhkan kecaman terhadap Ameera saja. Kami pasti, ramai lagi penonton yang pernah merakamkan babak filem di pawagam sebelum memuat naiknya ke media sosial.
Namun Ameera (dan selebriti lain) harus sedar bahawa mereka membawa imej yang dijadikan ikutan ramai orang terutamanya dalam kalangan remaja. Sekiranya Ameera terlepas daripada sebarang tindakan hanya kerana popularitinya, nescaya lebih ramai lagi pihak yang akan terus berkelakuan tidak endah dengan peraturan serta amaran yang ditetapkan oleh pihak pawagam selepas ini.
Kemas Kini : Jujurnya, kami pun musykil jika sebarang tindakan yang bakal dikenakan akan mengubah persepsi Ameera. Ini setelah dia memuat naik hantaran di Instagram Story (foto di bawah) seakan memberi mesej bahawa dia tidak kisah lagi dengan cercaan daripada mana-mana pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap ibu bapa pasti berimpian untuk melihat anak membesar dengan sihat. Namun sebagai hambanya, setiap ujian yang mendatang juga tidak menjadikan seseorang itu harus mengalah kepada sebarang bentuk ujian.
Inilah yang dilalui oleh seorang anak kecil, Kyfa Nishka Al Kautsar (indahnya namanyamu sayang) yang berusia 3 bulan. Dalam usia semuda itu, pada usianya 21 hari, Nishka sudah diuji di diagnos dengan kanser otak menjadikan dirinya pesakit termuda dikesan mengidap kanser berbahaya ini.
Di laman fb Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser memaparkan kisah adik Nishka yang mampu membuat hati meruntun melihatnya. Semoga cepat sembuh sayang dan membesar dengan sihat. Mari kita berdoa agar adik Nishka sentiasa dalam rahmat Allah taala dan membesar dengan sihat.
Nishka kini menggunakan Ryles Tube untuk minum susu pada usianya 3 bulan. Moga cepat sembuh sayang
POHON DOA UNTUK NISHKA
Ini Kyfa Nishka Al Kautsar. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar.
Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.
Dan ketika anak-anak lain seusianya sedang dibelai dicium, dalam hangat suasana keluarga yang menyambut dan meraikan kehadirannya ke dunia, Nishka bertarung dengan kanser yang ganas di wad onkologi.
Nishka sudah tiga jalani jalani pembedahan membuang tumornya namun hanya 30 peratus saja berjaya dibuangNishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua.
Dia sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan.
Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.
Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.
Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa.
Segalanya begitu meruntun perasaan.
Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.
Mohon sama-sama kita panjatkan doa untuk adik Kyfa Nishka Al Kautsar, Semoga dilembutkan ujian ini untuknya.
Bukanlah niat kami untuk menakutkan korang, tetapi ini adalah situasi yang harus dijadikan sebagai penbagai pengajaran oleh kita semua.
Sewaktu seorang pejalan kaki cuba untuk melintas jalan raya sebelum lampu trafik dekat Jalan Ampang, individu yang hanya dikenal pasti sebagai seorang wanita itu telahpun dilanggar oleh sebuah kenderaan.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang berhampiran susur keluar Flamingo itu dilaporkan terjadi apabila wanita ingin mempercepatkan langkahannya semasa melintas jalan (mungkin kerana cuaca hujan).
Namun sebelum menghampiri bahu jalan tersebut, dia melangkah ke hadapan tanpa menoleh dahulu ke arah kenderaan di laluan paling kiri yang sedang bergerak. Akibatnya, wanita tersebut dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Proton Wira.
Biarpun kami tidak pasti sama ada mangsa tercedera parah ataupun ringan akibat insiden itu, berdasarkan sebuah video yang sempat direkodkan oleh kamera dashcam seorang pengguna jalan raya menunjukkan wanita tersebut cuba dibantu oleh orang ramai.
Tak kiralah jika korang ingin melintas jalanraya pada waktu puncak seperti ini ataupun ketika jalan lengang, jangan sesekali terlupa untuk menoleh ke kanan dan ke kiri demi memastikan keadaan selamat untuk korang lintas, okay.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.