Zaman viral sekarang mudah saja untuk kita berjimat kerana ramai yang berkongsi resipi sedap yang sebenarnya mudah untuk disediakan sendiri.
Seperti yang dilakukan oleh jmaolla, gadis ini berkongsi resipi aiskrim homemade yang diinspirasi daripada aiskrim milo. Bahan-bahan yang digunakan biasanya memang ada di rumah, jadi modalnya tidak sampai RM5 pun.
Huh, berbaloi kan?
Walaupun rasanya mungkin tidaklah setanding aiskrim berjenama yang dibeli, namun ia cukup sekadar untuk memenuhi citarasa sendiri dan keluarga tersayang. Dengan kos yang jauh lebih murah, sudah pasti kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar.
Jom kita try resipi aiskrim milo yang dikongsi oleh jmaolla ini.
Ads
Bahan-bahan:
– 1 tin susu cair (apa-apa brand pun boleh), harganya baru dalam RM2 lebih
– 2 sudu besar susu pekat
– 2 sudu besar ovalette
– 4 atau 5 sudu besar milo/ serbuk koko (kalau tak nak manis sangat boleh guna serbuk koko)
– Choc chip (jika mahu)
Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali milo/serbuk koko ke dalam mangkuk
2. Putar guna mixer dalam 10 ke 15 minit. Penting untuk putar lama-lama sebab nak bagi ovallete tersebut gebukan bahan
Ads
3. Masukkan milo/serbuk koko dan putar sampai konsistensinya sama seperti gambar di bawah. Bila angkat mixer bentuknya akan sama
4. Selepas itu, korang bolehlah letak choc chip dan sebagainya
Ads
5. Masukkan dalam bekas aiskrim yang tidak digunakan
6. Kemudian, letak ke dalam petia ais untuk dibekukan dan siap untuk dimakan
Okay apa lah maknanya thread ini kalau tak diakhiri dgn video tiktok dari saya sekian trimas pic.twitter.com/TmsJHqpSqw
Kalau sudah minat namanya, apa-apa pun kita sanggup lakukan.
Tak sah kalau netizen Malaysia terutamanya K-poppers tidak menyebut nama kumpulan K-pop ataupun ahli K-pop di Twitter setiap hari. Tak sah juga sekiranya dunia K-pop tidak menjadi salah satu daripada 10 topik paling trending di Malaysia pada setiap hari!
Foto Via Soopmi
Itulah kekuatan yang dimiliki oleh idol kegemaran korang di Malaysia, peminat mereka di sini tidak sesekali jemu untuk melayan perkembangan terbaru idol masing-masing di Twitter. Sekaligus melonjakkan lagi populariti yang mereka ada.
Menerusi satu perkongsian analisis dari akaun rasmi Twitter Korea semalam, Malaysia telah tersenarai dalam 20 negara teratas yang banyak membuat hantaran twitter berkaitan K-Pop.
Senarai yang dikongsikan juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ketujuh. Negara Indonesia pula masih kekal di tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut.
Pergh, hebat tu!
Antara negara lain yang berada di lima tangga teratas adalah Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Amerika Syarikat.
Pada kali ini, terdapat peningkatan rekod baharu sebanyak 7.8 bilion tweet telah dimuat naik berkaitan K-pop telahpun dikongsikan oleh pengguna secara global sepanjang tahun 2021. Hal ini sekaligus menunjukkan peningkatan sekitar 16 peratus jumlah ciapan di seluruh dunia berbanding daripada tahun sebelumnya.
Sementara itu, ini adalah 10 lagu K-pop paling kerap disebut di Twitter.
Antara kumpulan K-pop yang dimaksudkan termasuklah ENHYPEN, TXT, TREASURE, aespa dan ITZY. Perkara ini juga terbukti selepas sejumlah video muzik mereka sering menjadi trending di Youtube.
Fuh, dasyat juga penangan peminat Kpop di Malaysia ni eh…
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat kepada situasi politik hari ini, ternyata boleh dikatakan anak muda kurang cakna berkaitan hak mereka khususnya dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui mereka pada masa depan.
Fakta yang perlu diambil serius, dikatakan kira-kira lima juta orang pengundi muda belum mendaftar biarpun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang antaranya had umur mengundi kepada 18 tahun diluluskan.
Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kini pengundi muda menggalas tanggungjawab berat untuk menentukan calon pemimpin masa hadapan pilihan mereka.
Yang Dipertua PAS(YDP) Kawasan Marang itu berkata, cabarannya ialah bagaimana kaedah untuk mendekati anak-anak remaja. Mereka berdepan untuk membuat pemilihan memilih kepimpinan negara.
“Kita bimbang terhadap kelompok yang berfikiran liberal memimpin negara, kelompok yang berfikiran liberal ini tidak seperti kita, yang selalu mengikuti program tarbiyah. Tidak ada cara lain selain mendekati anak muda dengan tarbiyah”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Amanat Yang DiPertua’ di Dewan Majlis Daerah Marang, dekat sini pada 13 Februari lalu.
Program tersebut turut dihadiri oleh mantan YDP PAS Kawasan itu, Dato Haji Yahaya Ali, Naib YDP PAS Kawasan, Ariffin Deraman dan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Cikgu Hassan Awang.
Seterusnya kata beliau lagi, “Menjadi harapan untuk melihat anak muda khususnya di Kawasan Marang dapat memainkan peranan penting dalam DUN masing-masing untuk membentuk sahsiah anak muda”.
Justeru itu, jangan sembang tentang mahu menukar pemimpin kalau daftar pengundi pun malas dilakukan.Fikir-fikir sendiri!
Program realiti, The Masked Singer Malaysia musim ke-4 akhirnya melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan Bunga Matahari ataupun penyanyi di sebalik kostum tersebut, Stacy sebagai juara dengan markah keseluruhan sebanyak 80.91%.
Di sebalik keghairahan penonton untuk menantikan siapakah identiti Bunga Matahari selama ini, ramai juga teruja menantikan kemunculan istimewa tiga bekas juara The Masked Singer Malaysia terdahulu iaitu Aina Abdul (musim pertama), Shila Amzah (musim kedua) dan Ayda Jebat (musim ketiga).
Menariknya, Aina dan Shila muncul sebagai duo di atas pentas semalam dengan memakai busana tribute kepada kostum masing-masing ketika bertanding satu ketika dahulu.
Aina umpamanya memilih busana rekaan Hasz Hishaam yang mempunyai siluet menyerupai Bunga Raya menyala manakala Shila yang kini berbadan dua juga memilih rona merah sebagai tribute kepada kostum buah Rambutan yang pernah digayakan dahulu.
Haszhishaam ketika dihubungi REMAJA telah berkongsi beberapa fakta menarik di sebalik pembikinan busana Aina Abdul itu.
Kata pereka duo yang terdiri daripada Hasz Moza dan Hishaam Shamsul, busana ‘Bunga Raya’ tersebut hanya memakan masa tiga hari untuk disiapkan dengan kerjasama ketua penata gaya Aina, Abu Shaef Hamza.
“Abu mewakili pasukan Aina telah mengetengahkan idea busana berkonsepkan Bunga Raya memandangkan itu adalah karakter Aina ketika bertanding. Selebihnya, kami yang menentukan rekaan agar busana Bunga Raya kali ini tidak terarah kepada bentuk kostum tetapi lebih ke arah busana yang vogue.
“Kami sebenarnya telah ‘dirisik’ lebih awal. Cuuma memandangkan Hishaam tiada selama beberapa minggu, proses pembikinannya hanya bermula pada minggu lalu dan kami ambil masa tiga hari untuk siapkan,” ujar mereka.
“How big can we go? Itulah yang ditanya oleh penata gaya. Jadi kami pun membentuknya sebesar semalam..” – Hasz hishaam
Biarpun penonton melihat busana Aina semalam kelihatan dempak dan mungkin sukar untuk diangkut naik ke atas pentas, hakikatnya ia tidak seberat yang disangka.
“Reliving my alter ego, Bunga Raya” catat Aina Abdul.
Titip Hasz Hishaam, struktur kelopak Bunga Raya terbabit dirangka menggunakan dawai dan berat keseluruhan busana hanyalah kira-kira 15 kilogram sahaja. Ia dibantu dengan penggunaan jenis fabrik lightweight agar Aina selesa beraksi di atas pentas.
Bagi korang yang baru mengenali gerangan pereka duo ini, mereka terlebih dahulu melakukan pertunjukan debut bersempena acara KL Fashion Week pada tahun lalu bertemakan warna-warna alam: hijau, kuning dan jingga hangat. Ia juga menampilkan sejenis lagi bunga iaitu Bunga Matahari sebagai komponen utamanya.
Ditebak sama ada bunga bakal menjadi identiti Hasz Hishaam selepas ini, baik Hasz mahupun Hishaam tidak menolak perkara tersebut.
“Bagi kami, bunga juga adalah sebentuk straightforward statement, mudah difahami dan boleh diterima oleh pemerhati serta sang pemakai.
“Sekiranya ada yang merasakan elemen bunga sebagai ‘costume-y‘, kami tidak boleh menutup mulut mereka. Itu bergantung kepada preference masing-masing.
“Sama seperti pemakaian warna-warna terang dan neon yang tidak boleh diterima oleh semua orang, begitu jugalah busana bertemakan bunga-bungaan yang pernah kami siapkan. Tidak semua orang berani untuk memakainya.
“Tapi apa yang pasti, mereka yang berani memakainya adalah insan yang paling secure dengan identiti dirinya sendiri,” simpul pereka muda itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!