Pemanis mulut sering menjadi pilihan kerana masyarakat kita sudah terbiasa menikmati hidangan manis selepas makan. Tambah pula jika ia adalah pemanis mulut yang menyejukkan, tatkala cuaca panas membahang, memang confirm laris dijual. Hiks!

Kali ini, Remaja nak berkongsi satu lagi hidangan pemanis mulut yang enak dimakan sewaktu cuaca panas. Buko pandan adalah pemanis mulut sejuk yang berasal dari Filipina, disajikan dengan rasa lemak berkrim, dipenuhi rasa pandan. Ia diperbuat dengan pelbagai bahan seperti isi kelapa yang lembut dan manis, susu pekat manis, dan jeli pandan.

Berikut adalah resipi yang dikongsi oleh Amber Amber di laman Facebook Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan.

Bahan-bahan buko (A)

– Isi kelapa dihiris halus (2 biji)
– 1 mangkuk sago dicuci dan direbus
– 1 mangkuk agar-agar perisa kelapa pandan buatan sendiri dan dipotong dadu
– 1 tin nata de coco perisa asli atau laici
– Cheddar cheese

Resipi Buko Pandan Cheese, Makan Sejuk-Sejuk Confirm ‘Terangkat’

IKLAN

Bahan-bahan kuah (B)

– Air kelapa daripada 2 biji kelapa
– 500 gram atau separuh kotah fresh cream
– 2 kotak susu full cream
– 3 tin susu cair
– 2 tin susu pekat
– Air daripada nata de coco pun boleh masukkan sekali, jangan dibuang
– Perisa kelapa pandan
– Pewarna hijau

Resipi Buko Pandan Cheese, Makan Sejuk-Sejuk Confirm ‘Terangkat’

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan A dan parutkan cheese di bahagian atas sajian

IKLAN

2. Campurkan semua bahan B, ikut selera masing-masing. Buat manis sikit sebab nanti bila dicampurkan dengan semua bahan, ia akan menjadi kurang manis

3. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais.

4. Kalau nak makan terus, boleh campurkan dengan kiub ais. Siap!

IKLAN

Resipi Buko Pandan Cheese, Makan Sejuk-Sejuk Confirm ‘Terangkat’

Sedikit tip yang dikongsikan, Amber tidak campur air biasa dan gula pasir dalam bahan kuah. Semua kemanisan datang daripada susu pekat dan fresh cream. Jadi, kalau korang nak buat dalam kuantiti yang banyak, tambah sahaja susu full cream banyak sikit, adjust kemanisan menggunakan susu pekat.

Kalau tak suka cheese, tak letak pun memang dah rasa sedap. Makan sejuk-sejuk baru sedap tau. Selamat mencuba!

Sumber: Amber Amber

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI