
Cuaca-cuaca panas ni, selain air minuman berais, aiskrim juga antara yang selalu menjadi pilihan ramai.
Dapat pula aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins, lagilah syahdu.
ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Guna 4 Bahan, Ini Resipi Aiskrim Roll Oreo Yang Mudah Disediakan
Kalau tekak rasa teringin nak makan aiskrim ini, apa lagi buat saja sendiri. Caranya dikongsi oleh Ameera. Nak buat pun senang, bahan cuma 3 saja. Rasanya sumpah sedap!
Cara buat aiskrim yang rasanya macam aiskrim Baskin Robbins
Bahan-bahan
Whipping cream – 2 kotak
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – setengah tin

Cara membuat:
1.Tidak perlu letak air, blend semua bahan.

2.Selepas semua bahan sebati terus masukkan dalam bekas.

3.Sejukkan dalam peti ais bahagian atas supaya keras selama 4 jam.
Dah siap aiskrim Baskin Robbins buatan sendiri, walahhhhh! Sumpah sedap.

Boleh letak dalam cawan, tabur dengan coklat chip dan sebagainya ikut citarasa.
Ha, mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Artikel ini diambik dan diolah dari VK.
Sumber: Ameera.
BACA LAGI : Resipi Aiskrim Ala ‘Magnum’ Guna Coklat Cadbury, Mudah Disediakan Di Rumah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#GirlPower, Neelofa Menang Di Influencer Awards 2019 Monaco

Beauty with brain! Terbaru Neelofa sekali lagi berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco. Dalam kategori ini bukan calang-calang ya pesaing Neelofa. Caya la!

Neelofa ada berkongsi sekeping gambar di laman instagramnya awal pagi tadi dengan caption:
“RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco.
“This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019,” tulis Neelofa di akaun Instagramnya.
Anugerah berprestij ini merupakan kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan oleh Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Antara selebriti dan personalti yang sempat mengucapkan tahniah buat Neelofa


Untuk info, anugerah ini dicipta secara eksklusif buat individu-individu berpengaruh di laman sosial seluruh dunia itu buat pertama kalinya dianjurkan tahun lalu. Acara ini adalah idea asal oleh anak sulung Puteri Monaco (Puteri Stephanie), Pauline Ducruet yang juga merupakan juri Anugerah ini. Antara juri-juri lain termasuk Pengarah Editorial Majalah PAPER – Mickey Boardman, Pop Culture Expert – Jeetendr Sedev dan Eksekutif Cif British Fashion Council – Caroline Rush.
Tahniah Remaja ucapkan buat Dewi Remaja 2009/2010 kesayangan kami ini. Moga Neelofa terus maju dan mengharumkan nama Malaysia ke peringakat antarabangsa.
Sumber : Instagram Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gejala Menari ‘Non Stop’ Hingga Maut, Wabak Pelik Saint Virus Pernah Landa Dunia

Tatkala dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu, ia mengingatkan kita kembali kepada virus-virus bahaya yang pernah dialami dalam sejarah dunia.
Bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan manusia, impaknya juga mempengaruhi sistem ekonomi dunia, sekali gus memberi tekanan pada kehidupan seharian.
Namun, untuk pengetahuan korang dunia penah dilanda wabak pelik yang bermula dan berlaku di Strasbourg, Perancis apabila epidemik yang dipanggil sebagai Tarian Saint Vitus ini menyebabkan orang ramai akan menari tanpa henti.
Bermula daripada seorang wanita, Frau Troffea pada 17 Julai 1518, Frau pada awalnya cuma menari di lorong rumahnya dari pagi sehinggalah malam tanpa henti walaupun diarahkan untuk berhenti.

Disebabkan terlampau penat, beliau pengsan. Sedar daripada pengsan, Frau Troffea sambung semula biarpun kakinya berada dalam keadaan bengkak.
Terpengaruh Menari Tanpa Sedar
Peliknya, ramai yang terpengaruh ikut sama menari apabila melihat Frau menari dan dalam masa seminggu sahaja, mereka yang dijangkiti dikatakan lebih daripada 30 orang dan terus meningkat hingga 400 orang dalam masa sebulan.
Sehinggakan mereka sendiri seakan tidak mampu mengawal lagi diri dan menyebabkan ramai yang meninggal dunia kerana terlampau penat, serangan jantung dan angin ahmar.
Bimbang dengan keadaan ini, pihak berkuasa kemudiannya menyediakan pentas siap dengan iringan ahli muzik dan penari profesional yang dikhaskan untuk mereka yang dijangkiti menari kerana percaya pada teori ‘mereka akan berhenti menari sekiranya menari dengan lebih lama’.

Namun, inisiatif ini tidak berjaya apabila mangsa epidemik ini meningkat secara mendadak!
Ramai yang menyumbangkan teori mereka mengenai punca bermulanya wabak ini. Sebagai contoh:
- Para paderi berpendapat epidemik ini berpunca daripada sumpahan Orang Suci Katolik, Saint Vitus yang merupakan seorang pendendam.
- Pada abad ke-20, pengkaji percaya mereka termakan sejenis roti yang dijangkiti kulat Ergot yang menyebabkan si pemakannya berhalusinasi dan menari tanpa henti.
- Ajaran sesat yang percaya lebih lama mereka menari, lebih banyaklah harta yang akan dikurniakan kepada mereka.
- Namun yang paling diterima orang ramai ialah teori daripada seorang ahli perubatan, John Waller bahawa ianya bermula akibat daripada gangguan psikologi, Psikogenik yang menyebabkan emosi seseorang itu tertekan.
Seorang ahli fizik pada abad ke-16, Paracelsus percaya Frau pada awalnya menari hanya kerana mahu menjengkelkan suaminya kerana masyarakat pada ketika itu percaya wanita yang menari adalah lambang kepada satu pemikiran bebas dan tidak sopan.
Namun teori ini tidak diterima kerana Paracelsus dikenali sebagai seorang misogini.
Keadaan Frau yang semakin kritikal ini menyebabkan pihak berkuasa bandar terpaksa mengheret beliau ke Gereja Saint Vitus untuk memohon keampunan.
Magisnya, penyakit tersebut berjaya disembuhkan! Selepas itu mereka yang dijangkiti akan dibawa ke Gereja Saint Vitus untuk disembuhkan.
Sumber:
- Jon (Meremang)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antrum The Curse! Filem Seram Ini Bagai Ada Sumpahan, Banyak Dunia Haramkan Tayangannya

Bagi peminat filem seram, elemen-elemen menakutkan yang dipapar dari satu babak ke satu babak bagai satu keseronokan untuk terus menontonnya. Debaran, kejutan dan lain-lain elemen seram dipaparkan adakalanya membuatkan jantung berdetak laju.
Bagi peminat filem seram, satu perkongsian dari saudara Mohd Fendi di fb Misteri, Sejarah, Rare dan Fakta Dunia mengenai satu filem seram Antrum The Curse yang dihasilkan pada tahun 1979 benar-benar menakutkan. Ini kerana filem yang mengisahkan pemujaan syaitan ini seolah terkena sumpahan dan ada saja musibah bagi penontonnya hingga banyak dunia mengharamkannya.
Bagaimana pun bagi peminat generasi masa kini, korang boleh menontonnya tetapi ada elemen seram yang sudah dibuang yang menjadi punca kematian penontonnya. Malah file mini sudah ditukar nama Antrum: The Deadliest Film Ever Made. Ia pertama kalinya telah ditayangkan pada 7 February 2020 yang lalu. Kini ia dapat ditonton di beberapa platfrom digital seperti Amazon, Google Play, iTunes dan banyak lagi.
Baca kisah sebenar di sebalik filem seram ini
Pada tahun 1979, sebuah filem seram yang diberi judul Antrum telah berjaya dihasilkan. Filem tersebut dikatakan mempunyai sumpahan tersendiri dan menjadi penyebab kematian kepada sesiapa yang menontonnya.
Filem ini pertama kalinya ditayangkan di sebuah panggung wayang Budapest pada tahun 1988. Tanpa sebab yang dapat dijelaskan, panggung wayang tersebut mengalami kebakaran sehingga menyebabkan 56 orang penonton meninggal dunia.

Kejadian yang hampir serupa kembali berlaku sewaktu penayangan filem Antrum di sebuah panggung wayang di San Francisco pada tahun 1993. Sebuah letupun yang besar telah berlaku sehingga menyebabkan 30 orang penonton meninggal dunia.
Filem Antrum kemudiannya diharamkan di banyak negara dan telah dihapuskan kerana dipercayai mempunyai sumpahan yang sangat menakutkan.
Menurut catatan yang pernah direkodkan, filem tersebut mengandungi banyak unsur satanic dan pemujaan syaitan.
Setelah menghilang lebih daripada 20 tahun, salinan filem Antrum kemudiannya berjaya ditemukan semula. Dua orang pengarah iaitu David Amito dan Michael Laicini bercadang untuk menayangkan semula filem tersebut dengan menghilangkan beberapa unsur seram di dalamnya dan diberi judul baru iaitu Antrum: The Deadliest Film Ever Made.

Menurut mereka berdua, filem Antrum yang asli mengandungi beberapa bahagian rahsia yang hanya mampu dilihat oleh penonton tertentu. Bahagian rahsia itulah yang menjadi penyebab kepada kematian mereka yang menontonnya.
Antrum: The Deadliest Film Ever Made pertama kalinya telah ditayangkan pada 7 February 2020 yang lalu. Kini ia dapat ditonton di beberapa platfrom digital seperti Amazon, Google Play, iTunes dan banyak lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

