Resident Evil: Welcome to Raccoon City Tampil Dengan Enam Karakter Popular

Share

Sony Pictures bakal melancarkan sebuah lagi filem baharu Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia dan Hannah John-Kamen.

Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam filem ini, kawasan yang pernah menjadi tempat berkembang bagi syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar Midwestern yang hampir mati.

Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar dengan kejahatan yang hebat. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat menyelamatkan diri.

Jika sebelum ini siri Resident Evil sarat dengan aksi, namun Resident Evil: Welcome to Raccoon City lebih memaparkan kisah horror yang sangat menarik bagi menarik peminat permainan video ini yang sinonim dengan adengan penuh aksi.

Apa yang menariknya kali ini mereka menampilkan enam karakter Resident Evil iaitu Chris Redfield, Claire Redfield, Jill Valentine, Albert Wesker, Leon S Kennedy dan Ada Wong.

Namun begitu, sekiranya korang tidak pernah bermain permainan video ini, ia masih lagi mudah untuk difahami dan korang tidak akan terganggu dengan plot cerita yang mengelirukan. Semuanya diceritakan dengan jelas dalam naskhah yang berdurasi 1 jam 47 minit ini.

Seperti menonton filem-filem zombie yang lain, Resident Evil: Welcome to Raccoon City juga tampak biasa dengan aksi-aksi zombie dalam filem sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam. Filem arahan Johannes Roberts ini bakal ditayangakan di seluruh pawagam tanah air bermula 6 Januari.

Selamat menonton!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN