Campak, gaul dan rebus. Siap! 😀

Menu ketika anda sedang berdiet tidak semestinya membosankan. Get creative dengan menghasilkan menu makanan sihat yang amat menyelerakan!

Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja.
Resepi Ikan Rebus Air Asam Sedap Dan ‘Healthy’, Sesuai Yang Nak Diet!Menu ini memang tak pernah jemu tau sebab menu ni memang sedap dan mudah sangat nak buat.

Ini perkongsian resepi Puan Nurul Hawa Nadila Sari melalui page Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Jom tengok!

BAHAN-BAHAN
ikan kembung / pelaling
bawang merah besar – dihiris
cili padi – dihiris
cili besar merah – dipotong
belacan – dibakar & ditenyeh
tomato – dipotong dadu
asam pes asam jawa
limau kasturi
garam & gula

CARA-CARA
1. REBUS IKAN
Mula-mula rebus ikan dengan asam keping, bersama dengan secubit garam dan sedikit air.
Biarkan ikan mendidih dan masak.

Resepi Ikan Rebus Air Asam Sedap Dan ‘Healthy’, Sesuai Yang Nak Diet!

2. KETEPIKAN IKAN
Setelah masak, angkat ikan dan ketepikan.
Buangkan asam keping yang telah direbus tadi.

IKLAN

3. BANCUH AIR REBUSAN DENGAN BAHAN-BAHAN LAIN
Bancuh air rebusan dengan bahan yang telah dihiris.
Boleh tambah air lagj jika inginkan kuah yang lebih.
Masukkan sekali bahan yang dipotong dadu dan dihiris tadi iaitu tomato, cili merah, cili padi dan bawang besar.

Resepi Ikan Rebus Air Asam Sedap Dan ‘Healthy’, Sesuai Yang Nak Diet!

4. MASUKKAN PES ASAM JAWA & PERAHAN LIMAU
Seterusnya masukkan pes asam jawa dan perahkan 2 biji limau kasturi.

5. PERASAKAN
Kemudian masukkan belacan dan bubuh garam serta gula ikut citarasa masing-masing.

Gaulkan sebati.

IKLAN

Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini.

6. SIRAMKAN KUAH KE ATAS IKAN

Akhir sekali, siramkan kuah ke atas ikan rebus tadi.

Dah siap bolehlah hidangkan dengan nasi panas.

Menu nilah yang jadi menu jualan saya, jadi saya bungkuskan begini.

IKLAN

Resepi Ikan Rebus Air Asam Sedap Dan ‘Healthy’, Sesuai Yang Nak Diet!

MUDAH & SEDAP!

Dah siap dah pun resepi ikan rebus air asam.

Nak buat tu pun memang mudah sangat.

Lepas ni bolehlah cuba dekat rumah ya.

Makan dengan nasi putih pun dah sedap dah. Bertambah-tambah nasi dibuatnya walaupun cuma dengan lauk simple ni.

Selamat mencuba!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI