Menu ketika anda sedang berdiet tidak semestinya membosankan. Get creative dengan menghasilkan menu makanan sihat yang amat menyelerakan!
Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja. Menu ini memang tak pernah jemu tau sebab menu ni memang sedap dan mudah sangat nak buat.
Ini perkongsian resepi Puan Nurul Hawa Nadila Sari melalui page Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Jom tengok!
BAHAN-BAHAN
ikan kembung / pelaling
bawang merah besar – dihiris
cili padi – dihiris
cili besar merah – dipotong
belacan – dibakar & ditenyeh
tomato – dipotong dadu
asam pes asam jawa
limau kasturi
garam & gula
CARA-CARA
1. REBUS IKAN
Mula-mula rebus ikan dengan asam keping, bersama dengan secubit garam dan sedikit air.
Biarkan ikan mendidih dan masak.
2. KETEPIKAN IKAN
Setelah masak, angkat ikan dan ketepikan.
Buangkan asam keping yang telah direbus tadi.
Ads
3. BANCUH AIR REBUSAN DENGAN BAHAN-BAHAN LAIN
Bancuh air rebusan dengan bahan yang telah dihiris.
Boleh tambah air lagj jika inginkan kuah yang lebih.
Masukkan sekali bahan yang dipotong dadu dan dihiris tadi iaitu tomato, cili merah, cili padi dan bawang besar.
4. MASUKKAN PES ASAM JAWA & PERAHAN LIMAU
Seterusnya masukkan pes asam jawa dan perahkan 2 biji limau kasturi.
5. PERASAKAN
Kemudian masukkan belacan dan bubuh garam serta gula ikut citarasa masing-masing.
Gaulkan sebati.
Ads
Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini.
6. SIRAMKAN KUAH KE ATAS IKAN
Akhir sekali, siramkan kuah ke atas ikan rebus tadi.
Dah siap bolehlah hidangkan dengan nasi panas.
Menu nilah yang jadi menu jualan saya, jadi saya bungkuskan begini.
Ads
MUDAH & SEDAP!
Dah siap dah pun resepi ikan rebus air asam.
Nak buat tu pun memang mudah sangat.
Lepas ni bolehlah cuba dekat rumah ya.
Makan dengan nasi putih pun dah sedap dah. Bertambah-tambah nasi dibuatnya walaupun cuma dengan lauk simple ni.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan Girl’s Generation (SNSD), Jessica Jung telah mengumumkan konsert solo pertamanya di Malaysia pada 31 Januari 2024 kelak.
Konsert Diamond Dreams Concert Tour ini sekaligus menjadi penampilan pertama Jessica di Malaysia selepas enam tahun.
Sejak memulakan kerjayanya di Korea Selatan pada tahun 2007, Jessica yang popular dengan gelaran ‘Ice Princess’ mula meniti populariti menerusi penglibata dalam kumpulan gadis K-pop, Girl’s Generation.
Bukan hanya bakat suaranya yang digemari ramai, bahkan personalitinya yang kadangkala mempunyai sisi quirky juga membuatkan Jessica lain daripada yang lain.
Biarpun Jessia mengambil keputusan untuk meninggalkan lapan lagi ahli lain, ia tidak bermaksud Jessica melupakan terus bidang nyanyian. Pada November 2023, Jessica akhirnya kembali ke industri muzik dengan melancarkan album mini keempat bertajuk BEEP BEEP.
Menerusi album mini tersebut, Jessica bukan sahaja terlibat dalam penulisan lirik dan muzik; malah dia turut mencipta dua buah lagu berjudul Better Late Than Never serta Set Me Free.
Tambah istimewa apabila Jessica juga menampilkan kolaborasi bersama bekas ahli F(x) iaitu Amber menerusi lagu Get It? Got It? Good.
Sebagai info, tiket untuk Diamond Dreams Concert Tour ini akan mula dijual pada 15 Disember 2023 pada jam petang. Harga tiketnya pula bermula dari RM388 sehingga RM488, RM688 dan harga tiket VIP bernilai RM888.
Bagi yang mendapatkan tiket VIP, korang akan mendapat peluang untuk memenangi poster bertandatangan dan SoundCheck. Haa, jadi Golden Stars pastikan korang dapatkan tiket dengan segera pada minggu ini ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja ‘berlayar’ di minggu pertama pentas Big Stage musim 5 yang berlangsung semalam, penyanyi lagu hit Casablanca yang juga salah seorang peserta program realiti itu, Naufal Azrin telah menjadi bualan hangat warganet apabila mengenakan sut berwarna merah yang menampakkan sedikit bahagian dadanya.
Bukan setakat busana yang dikenakan penyanyi itu, rantai dan gelang tangan yang dipakai Naufal pada malam semalam juga mengundang rasa kurang senang warganet.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mula mempertikai busana yang dipakai Naufal sewaktu melakukan persembahan sehingga mengimbau kembali perwatakannya yang begitu terkenal dengan imej ketuhanan.
“Pergh semakin slay. Tetapi itulah kenal Naufal dulu bukan macam ini. Yang mana kenal dia sebelum viral dengan lagu itu, tahulah dia bagaimana. Apa-apa kita doakan yang terbaik untuk dia dan kita sekali. Iman kita naik turun. Jadi, doakan semoga Allah sentiasa bersama kita ke jalan yang benar,” komen seorang peminat.
“Nak naufal azrin yang dulu…” komen juga pengikut lain.
“Aduh, buka dada pula dah sekarang… dulu aku respect gila mamat ini.. suara sedap tuannya pun nampak tenang sahaja, pemakaian pun helok… but lately ini, makin hmm mengecewakan.. terlalu over bagi seorang lelaki yang baik…” komen lagi seorang pengikut.
Selain itu, ada segelintir warganet turut menitipkan nasihat kepada pihak pengurusan kepada Naufal agar lebih cakna dengan pemakaian penyanyi itu pada minggu akan datang.
Sekadar informasi, gandingan duo Korea Selatan iaitu Hoondoo merangkul anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (hasil pemilihan juri tetap) sekaligus memperoleh markah tertinggi untuk minggu pertama iaitu 81 peratus.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah tentu ramai yang rindu untuk pergi melancong selepas beberapa bulan sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Berita baik buat masyarakat di Sabah, beberapa sektor utama telah dibenarkan beroperasi secara berperingkat di negeri itu, namun mereka perlu mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sektor tersebut termasuklah pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya.
Sektor pelancongan dalam negeri (domestik) dan semua operasi perhotelan dibenarkan beroperasi kecuali fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat dan seminar, spa, sauna, gimnasium, kolam renang, dewan makan dan buffet kekal ditutup.
Tarikan pelancong hidupan liar yang diuruskan oleh Taman-Taman Sabah seperti Tabin Wildlife, Danum Valley dan Maliau Basin dibenarkan beroperasi.
Danum Valley
Pusat santuari termasuk Pusat Pemulihan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kinabatangan Wildlife Sanctuary serta KK Wetland juga dibenarkan dibuka.
Pusat Pemulihan Sepilok
Aktiviti kebudaayaan yang meliputi kegiatan seni visual, pakaian dan makanan tradisional, muzik serta tari (tidak melebihi 10 orang), penyelidikan dan Pendidikan budaya turut dibenarkan beroperasi.
Kerajaan Sabah juga telah memutuskan untuk mengizinkan lebih banyak penerbangan domestik beroperasi.
Wah, sudah tentu ini merupakan khabar baik buat si kaki travel. Apa salahnya ambil peluang ini untuk kita bercuti di dalam Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara sendiri.
Namun begitu, sebelum korang mengambil keputusan untuk melancong, pastikan keadaan sudah benar-benar selamat dan patuh pada SOP yang telah diarahkan.
Jangan pula ada yang berpusu-pusu ‘menyerang’ pusat pelancongan itu nanti.