Resepi Cucur Jagung ‘Simple’ & Sedap, Makan Sekali Mesti Nak Lagi!

Share

Musim-musim hujan ini mesti perut asyik lapar memanjang. Setiap saat rasa macam mulut nak mengunyah je walaupun dah makan nasi.

Hmm..apa kata kita try resepi baru mengunakan jagung iaitu cucur jagung.

Resepi ini dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail, mesti sekali makan terus nak lagi!

RESIPI CUCUR JAGUNG

Bahan-bahannya :-

Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air

Cara-caranya :-

  1. Kupas bersih jagung, dan hiris isinya. Masukkan ke dalam bekas.

2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.

3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.

4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.

Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

IKLAN