
Aktor terkenal, Datuk Remy Ishak menzahirkan rasa terujanya apabila diberi peluang membawa watak antagonis dalam filem adiwira tempatan yang cukup ikonik, Keluang Man.
Dalam filem ini, Remy memegang peranan sebagai Shamsir, satu karakter yang katanya sangat bermakna buat dirinya secara peribadi.
Membesar bersama siri animasi Keluang Man seperti kebanyakan generasi 90-an, Remy mengakui ini adalah antara projek paling istimewa pernah disertainya.
BACA: Shweta Sekhon Belajar Semula Bahasa Punjabi Demi Keluang Man -“Saya Lagi Fasih Berbahasa Melayu…”
Bagi Remy, peluang untuk menjadi sebahagian daripada Keluang Man bukan sekadar satu lagi projek lakonan biasa. Ia adalah impian zaman kecil yang kini jadi kenyataan.
“Pernah juga saya terfikir mengenai perkara ini dan sekarang Keluang Man telah direalisasikan. Alhamdulillah saya juga terpilih untuk bersama-sama Keluang Man.
BACA: Keluang Man Kembali! Superhero Ikonik 90-an Kini ‘Live-Action’ Di Pawagam
“Saya rasa teruja dan sangat berterima kasih kepada Astro Shaw sebab saya masih lagi ada dalam minda mereka untuk terlibat sama dalam Keluang Man. It’s like a dream come true,” jelasnya lagi.
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run, Wonda Kopi serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Jangan lupa set tarikh korang! Keluang Man bakal di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.