Remaja Tak Tahu Kenang Budi, Benam BMW Ke Dalam Tasik Kerana Ingin Kereta Lain

Share

Selalunya kalau kita bertuah untuk menerima apa-apa pemberian dan hadiah daripada orang lain, secara automatik kita akan tersenyum, ketawa mungkin dan mengucapkan terima kasih. Kan?

 

Well, itu tidak berlaku pada seorang remaja dari New Delhi India ini. Sempena hari lahirnya, ibu bapa kepada remaja berusia 22 tahun ini telah menghadiahkannya sebuah kereta BMW berharga 3.5 juta Rupee (kira-kira 

RM206,167).

Model kereta BMW M3.
Keadaan kereta selepas terbenam.

Namun setelah ‘dikejutkan’ dengan pemberian itu, remaja tadi memberontak kerana dikatakan tidak mendapat kereta idamannya iaitu sebuah model Jaguar berharga 5 juta rupee (kira-kira RM294,521).

Walaupun berbeza kurang RM80,000, tapi BMW kot! Dan dapat secara PERCUMA. Tak kan kau tak happy lagi?!

Remaja tersebut nyata tidak gembira dan bertindak untuk

wait for it

membenamkan kereta BMW berwarna putih itu tadi ke dalam sebuah sungai, merekod video ketika kereta perlahan-lahan tergelincir dan menghantarkan video itu kepada ibu bapanya.

Sebagai seorang millenial, penulis tak terkejut apabila dia juga memuat naik video itu ke media sosial.

Well buddy, that is a wrong decision. Video tersebut menjadi viral dan rata-rata netizen di India mengecam tindakannya itu sebagai “anak yang tidak mengenang budi”. Lantas netizen remaja dari negara lain juga mengecamnya.

Apa yang terjadi kepada kereta BMW itu masih tidak jelas. Yang pasti, penduduk sekitar, seorang diver dan sebuah jentera telah digunakan untuk menarik semula kereta ke darat setelah ia tersangkut di tebing sungai.

Ish, anak macam kau ni memang tak layak terima apa-apa hadiah!

Sumber: Daily Mail

IKLAN