Akibat sikap tidak endahkan hujan kilat, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik ketika sedang mengecas telefon.
Menurut laporan Daily Star, seorang remaja perempuan di Brazil dilaporkan maut selepas kilat menyambar kawasan rumahnya ketika dia sedang mengecas telefon.
Foto Kredit : Via Pexels
Menurut portal itu, mangsa yang berusia 18 tahun sedang mengecas telefonnya sebelum kilat menyambar rumah mangsa Ahad lalu.
Dia yang terkena renjatan elektrik dilaporkan pengsan sebelum dibawa ke hospital oleh keluarganya. Hasil pemeriksaan, mangsa didapati telah meninggal dunia.
Bukan mangsa pertama, remaja perempuan ini merupakan individu ketiga yang direnjat ketika panahan kilat di kawasan tersebut dalam minggu lalu, tulis portal itu.
Selain jangan main cas handphone ini tip perlu diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Ads
Foto Kredit : Via Pexels
1. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI LUAR dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
Ads
4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.
6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.
Ads
7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.
9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.
10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
Sebagaimana kita tahu, EURO 2020 pada tahun ini sudah melabuhkan tirai dengan kejuaraan di tangan Itali selepas mengalahkan England hasil jaringan gol penentu Azzuri. Manakala England terpaksa akur dengan kekalahan apabila gagal menjaringkan gol dalam pusingan penalti.
Namun, timbul rasa tak puas hati dan dikalangan penyokong terutamanya penyokong pasukan England sehingga timbul pelbagai petisyen yang dibuat untuk mengadakan perlawanan semula England menentang Itali bagi piala Euro 2020.
Untuk pengetahuan semua, setakat ini , petisyen tersebut telah ditandatangani oleh kira-kira 80 ribu orang di change.org.
Malah, beberapa insiden kekasaran pemain Itali yang tidak diambil tindakan oleh pengadil perlawanan dipersoal dalam perlawanan akhir EURO 2020 itu.
Antaranya, pemain sayap England, Saka dikasari Giorgio Chiellini dengan cara yang sangat ‘klinikal’, namun kapten pasukan Itali itu tidak diarahkan keluar padang oleh pengadil dan aksi tackle yang dilakukan pemain Itali, Jorginho terhadap Jack Grealish dianggap meragukan namun tak juga dilayangkan kad merah.
Menurut laporan Givemesport, Sharon Guilmen, individu yang bertanggungjawab membuat petisyen ini merasakan keputusan perlawanan tak adil kerana banyak kekasaran yang dilakukan pemain-pemain Itali.
Sementara itu, tiga pemain muda England iaitu Bukayo Saka, Marcos Rashford dan Jadon Sancho turut menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman dalam laman sosial selepas gagal menyempurnakan sepakan masing-masing. Hal ini turut mencetus rasa marah Persatuan Bolasepak England (FA) dan pengurus, Gareth Southgate.
Untuk info, Itali memenangi Euro kedua mereka selepas menang piala termasyhur di Eropah ini pada tahun 1968, menewaskan pasukan Yugoslavia. Mereka hampir melakukannya pada tahun 2000 sebelum tewas kepada Perancis, dan pada tahun 2012 mereka dikecewakan oleh Sepanyol.
Tapi begitulah adat permainan kan, mesti ada yang menang dan mesti ada yang kalah. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Tapi korang rasa pihak EURO nak ke buat sekali lagi perlawanan ni? Penulis rasa tak kot…
Korang nak sambut tahun baru sambil ditemani kenderaan baru? Sekarang semuanya bakal jadi kenyataan!
Semalam, Honda telah mengeluarkan satu model baru Honda City Hatchback menarik bagi mengantikan model Honda Jazz yang tidak lagi ditawarkan di pasaran Asia Tenggara.
Menerusi laman web rasmi Honda, sekeping foto teaser telah pun didedahkan dengan menampilkan bahagian sudut bumper depan dengan lampu LED vertikal. Cun habis guys!
Model hatchback ini ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan enjin petrol tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V. Honda Malaysia juga bakal memperkenalkan model hatchback dikuasakan enjin petrol elektrik i-MMD, e:HEV RS hibrid sekitar pada awal tahun hadapan.
Harga-harga yang diumumkan oleh pihak Honda Malaysia adalah harga kenderaan atas jalan tanpa insurans termasuk rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST), waranti mileage tanpa had selama lima tahun dan 5 kali kos buruh percuma untuk servis.
Manakala untuk model e:HEV RS hibrid pula, Honda Malaysia memberikan waranti selama lapan tahun, mileage tanpa had untuk bateri lithium-ionnya.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CARETA
Untuk info, model Honda Jazz terakhir yang dibuat di Malaysia telah meninggalkan kilang pengeluaran pada pertengahan Oktober lalu.
Bagi ketiga-tiga varian petrol, model hatchback ini dikuasakan dengan 1.5-Liter DOHC i-VTEC 4-Silinder yang menghasilkan 119hp, 145Nm tork, dipadankan dengan kotak gear CVT automatik dan menggunakan pacuan roda hadapan (front wheel drive / FWD).
Manakala untuk varian hibrid pula, ia dikuasakan dengan unit rangkaian kuasa hibird i-MMD yang mempunyai enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson 96hp dan 127 Nm tork, serta dua motor elektrik iaitu generator motor unit (MGU).
Teknologi MGU berfungsi sebagai motor penghidup dan pengecas semula bateri hibrid, bersama satu lagi motor utama yang digelar sebagai Traction Motor.
Pasal warna, jangan risau kerana ia didatangkan dengan lima pilihan warna, Ignite Red serta Meteorite Grey Metallic sebagai warna baharu dan Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic sama seperti ditawarkan pada model City Sedan.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CARETA
Memetik laporan Paultan.org, pihak Honda Malaysia telah menerima kira-kira lebih 2,000 tempahan sejak tempahan untuk model hatchback ini dibuka kepada orang ramai pada awal November lepas.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang model Honda City Hatchback ini, bolehlah melawat mana-mana cawangan pusat pameran dan jual berhampiran anda dalam masa terdekat atau layari laman web rasmi Honda Malaysia di sini.
Sumber : Honda , Paultan.org
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agak geli dan menjijikkan! Namun ini realitinya, demi ‘mengisi’ perut Geng Plastik Hitam, peniaga sanggup sorokkan nasi dan lauk-pauk dalam tandas dan mesin basuh.
Seorang peniaga yang disyaki melakukan kegiatan jual beli kepada orang tidak berpuasa dalam operasi di Tangok, Bachok, Kelantan didapati menyorokkan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais telah dirampas.
Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, berkata, pihaknya memberi amaran kepada peniaga tersebut iaitu seorang wanita berusia 40-an yang juga pemilik rumah berkenaan.
Operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah itu menjual makanan dan minuman kepada ‘geng plastik hitam’.
“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas.
“Selain itu, kita juga menemukan teh O ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut memberi nasihat kepada peniaga berkenaan agar tidak menjual makanan kepada individu tidak berpuasa.
Selain wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang. Wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika anda pernah mengulang lagu Tetap Dalam Jiwa berkali-kali atau kagum melihat evolusi muzik Isyana Sarasvati sejak album Explore! sehingga LEXICON, berita ini pasti...