Remaja sebagai sebuah jenama media yang telah bertahan lebih 40 tahun di Malaysia hadir dengan kempen terbaharu Remaja-On-Road yang bakal menjadi sebuah signature event yang berterusan.
Remaja yang sebelum ini terkenal dengan pencarian berkaliber bakat muda seperti Hero Remaja dan Dewi Remaja serta kempen memperkasakan bahasa kebangsaan menerusi Saya #RemajaMalaysia, kempen Remaja-On-Road merupakan sebuah wadah untuk mendekati golongan pelajar yang berada di bangku universiti dan persekolahan (menengah atas).
Merangkumi acara sehari bersama golongan pelajar, antara pengisian yang bakal diketengahkan adalah sesi YouthTalk, Beauty Camp dan Remaja Talent Casting. Pengisian sesi YouthTalk akan merangkumi topik perbicaraan bersama panel terpilih mengenai isu semasa dan pemantapan minda bagi para pelajar yang bakal menamatkan pengajian.
Sesi Beauty Camp pula akan menampilkan jurusolek atau penata gaya profesional bagi memberi tip kepada para pelajar untuk menerima ilmu tentang penjagaan penampilan diri yang tepat. Kemuncak acara Remaja-On-Road akan disudahi dengan sesi Remaja Talent Casting di mana pihak editorial Remaja akan melakukan sesi uji bakat terbuka kepada pelajar untuk menonjolkan bakat mereka. Pelajar yang terpilih bakal diberi peluang untuk muncul dalam rancangan digital terbitan Remaja.
Ads
Sepanjang tahun, pihak Remaja akan berkolaborasi dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah sebagai rakan strategik bagi menjalankan kempen ini. Dari utara ke selatan tanah air, dengan adanya kempen ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada golongan pelajar untuk menerapkan nilai positif dan seterusnya maju untuk menempuhi fasa selepas pengajian.
Edisi pertama Remaja-On-Road bakal diadakan pada 22 Mac 2023 bertempat di UiTM Shah Alam hasil kolaborasi bersama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM. Sesi YouthTalk dengan tajuk “Penjenamaan Pada Era Digital” bakal menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Ben Ali (Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn. Bhd), Shaza Bae (Hos, Pelakon & Juara Dewi Remaja 2019) dan Rahiman Rahizar (Ikon MASMED). Sesi ini akan dikemudi oleh Mellya Azizi (Hos, Aktivis Politik & Sukarelawan).
Sesi Beauty Camp pula akan dikendali oleh jurusolek profesional terkenal, Ayang Kamell. Kedua-dua sesi ini akan disiarkan secara langsung menerusi Instagram dan TikTok Remaja.
Ads
Menurut Fiezreen Ahmad, selaku Editor Pengurusan Remaja, “Remaja sejak dahulu menjadi satu platform pengembangan bakat dan personaliti. Daripada pencarian Dewi Remaja ke pencarian Hero Remaja yang berjaya mencungkil bakat anak seni alaf baharu ternyata memberi indikasi jenama Remaja relevan hingga ke hari ini.
“Kemudian diwujudkan pula kempen Saya #RemajaMalaysia bermula tahun 2019 bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja. Sepanjang lebih tiga tahun penganjuran, para pelajar universiti dan sekolah menengah dari seluruh pelusuk negara menyertai kempen ini menerusi Pertandingan Esei dan Pengucapan Awam.
Ads
“Kini tiba masanya, Remaja bergerak setapak lagi ke hadapan menerusi pendekatan penganjuran acara di premis IPT dan sekolah. Diharapkan kempen Remaja-On-Road akan menjadi satu wadah untuk para pelajar menimba ilmu daripada panel industri dan turut berkongsi pandangan tentang isu yang dibincangkan.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah memperagakan aksi memberangsangkan untuk menduduki tangga kelapan keseluruhan dalam kategori terbuka wanita di Kejohanan Terbuka Ski Air Dunia IWWF di Lake County, Florida, Amerika Syarikat, semalam.
Peluncur berusia 20 tahun itu layak ke final pertama di kejohanan dunia dengan mencatatkan lompatan sejauh 46.0 meter (m) bagi acara ‘jump’, hanya sedikit di bawah catatan peribadi terbaik 47.2m, untuk menduduki tangga kelapan keseluruhan.
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.
Ratu ski air negara itu kemudian menamatkan saingan di tempat ke-12 selepas mengumpul 7,130 mata di pusingan awal tetapi catatan itu adalah kali pertama selepas merekodkan lebih 7,000 mata dalam tempoh lebih setahun tetapi malangnya terlepas pusingan final dengan tempat ke-13.
“Secara realistik, peluang untuk menembusi kelompok tiga terbaik dunia dalam kategori terbuka wanita hanya disasarkan pada 2027, tahun Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA.
“Saya harap untuk menampilkan prestasi yang baik di Kejohanan Dunia 2027, empat tahun dari sekarang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jurulatihnya dari Chile, Larry Gisler, berkata pencapaian tersebut telah meningkatkan reputasinya sebagai seorang peluncur tiga acara yang banyak meningkatkan dan sudah pasti akan menjadi pencabar kedudukan podium pada kejohanan dunia pada 2025.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan hip-hop Zeppo Youngsterz yang pernah tular kerana video klip mereka meminta sumbangan dana untuk ke pertandingan tarian Body Rock akhirnya berjaya membuktikan bahawa setiap sen yang dihulurkan jelas bermanfaat apabila diumumkan berjaya menduduki tempat pertama pertandingan tersebut.
Dalam rayuan video berdurasi 48 saat di Instagram tersebut, kumpulan hip-hop Zeppo Youngsterz berkata mereka adalah satu-satunya rakyat Malaysia pada peraduan itu, dan akan bersaing dengan krew tarian profesional lain dari Filipina, Jerman, Kanada dan Mexico.
Hasil daripada video klip tersebut, mereka berjaya meraih dana yang mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan yang terdiri dari kos tiket penerbangan, penempatan dan sebagainya. Antara penyumbang terbesar ialah dari Syarikat Tune Protect dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri.
Bahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli sendiri turut serta hadir memberi semangat kepada pasukan penari tersebut sebelum mereka berlepas di KLIA1.
Turut komen meraikan kejayaan mereka ialah wakil rakyat Muar, YB Syed Saddiq yang sebelum ini turut menderma dan mempromosikan pengumpulan dana kumpulan tersebut di media sosialnya.
“Hebat! Tahniah dan terima kasih kerana mengibarkan bendera Malaysia setinggi-tingginya,” komennya.
Sekadar info, Zeppo Youngsterz telah ditubuhkan pada 2011 dan dianggotai oleh belia tempatan yang berumur antara 13 hingga 32 tahun. Mereka menggabungkan unsur hip-hop dan seni mempertahankan diri ke dalam rutin mereka.
Pada tahun 2020, mereka telah mewakili Malaysia dalam pertandingan Body Rock Asia di Filipina, di mana mereka menduduki tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam apa jua bentuk pertandingan, tentunya ada yang akan muncul sebagai menang dan ada juga yang akan berada di blok kekalahan.
Begitu jugalah keadaan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Hanya ada seorang sahaja Perdana Menteri yang akan dilantik bagi memimpin Malaysia bagi lima tahun yang akan datang. Manakala calon-calon daripada gagasan lain pula selepas ini akan berkhidmat di blok pembangkang.
Dalam masa kurang sejam dari sekarang, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Meskipun keputusan telah diumumkan, Seri Paduka Baginda tetap mengingatkan kepada semua pihak agar kekal bersederhana menunjukkan respon balas.
Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Seri Paduka Baginda menitah agar semua pihak menghulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara.
Malaysia kata Seri Paduka Baginda bukan dimiliki oleh sesetengah pihak sahaja. Malaysia adalah ‘harta pusaka’ milik semua rakyat yang lahir di sini dan memanggilnya sebagai tanah air mereka, manakala para pemimpin pula hanyalah pemegang amanahnya dan akan mewariskannya kepada generasi muda.
Sebagai rakyat, sama-samalah kita berharap agar kita tidak lagi dibebani dengan kemelut politik seperti yang berlaku sepanjang lima hari parlimen Malaysia tergantung. Sebaliknya, rakyat wajar diberikan panduan dan laluan untuk menikmati kerancakan ekonomi dan pembangunan negara dalam masa lima tahun yang akan datangl. Semua ini hanya boleh terlaksana jika pemimpin negara memberikan perkhidmatan terbaik mereka kepada rakyat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
e
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!