Siapa sangka, anak Malaysia berusia 13 tahun kini menjadi perhatian dunia selepas menamatkan musim perlumbaan ESBK Talent 2025 dengan penuh bergaya di Litar Estoril, Portugal minggu lalu.

Nama Qabil Irfan Azlan mungkin pernah dikenali hanya dalam kalangan kecil peminat MiniGP dua tahun lalu, tetapi hari ini podium nombor satu sudah jadi ‘rumah keduanya’. Bahkan lebih manis, gelaran juara keseluruhan ESBK Talent 2025 hadir lebih awal daripada jangkaan!

Dengan enam kemenangan musim ini dan kutipan 252 mata, Qabil meninggalkan pencabar Eropah jauh ke belakang. Sekaligus membuktikan pelumba muda Malaysia bukan sahaja mampu bersaing, malah mendominasi di bumi orang.

Remaja Kelahiran Terengganu Harumkan Nama Negara Di ESBK Talent 2025, Bapa Jadi Tulang Belakang Perjuangan

Ads

“Sejak Qabil berusia empat tahun lagi saya nampak bakatnya. Dari hari itu, saya nekad buat apa saja untuk bantu dia. Kadang-kadang terpaksa berkorban apa yang ada,”

Lan Jawa, ayah Qabil.

Kisah Pengorbanan Seorang Ayah

Di sebalik kehebatan Qabil di atas litar, ada seorang ayah yang menjadi tulang belakang sejak hari pertama. Azlan Abdul Rahman atau mesra disapa Lan Jawa, bukan sekadar penyokong. Beliau sanggup menjual dua kereta kesayangannya demi memastikan perjalanan anaknya tidak terhenti separuh jalan.

Dia adalah jurulatih, mentor dan sahabat kepada Qabil. Setiap kali anaknya terjatuh, dialah yang menghulur tangan. Setiap kali Qabil kecewa, dialah yang meniup semangat untuk bangkit kembali.

Remaja Kelahiran Terengganu Harumkan Nama Negara Di ESBK Talent 2025, Bapa Jadi Tulang Belakang Perjuangan

Ads

“Saya bersyukur pada Allah kerana memberi rezeki ini. Terima kasih semua yang mendoakan Qabil, terima kasih pada sahabat yang menyokong daripada awal. Alhamdulillah, saya lega melihat hasilnya hari ini,”

Lan Jawa.

Bukan Sekadar Kejuaraan

Bagi Qabil sendiri, setiap piala bukan sekadar miliknya, tetapi milik ayah dan semua yang percaya sejak langkah pertamanya. Dan buat Lan Jawa, kemenangan anaknya lebih besar daripada sekadar kejuaraan — ia adalah tanda bahawa setiap titik peluh dan pengorbanan tidak sia-sia.

Remaja Kelahiran Terengganu Harumkan Nama Negara Di ESBK Talent 2025, Bapa Jadi Tulang Belakang Perjuangan

Ads

“Dua minggu itu hanya tentang dia. Masak bersama, buat aktiviti bersama… semua dilakukan bersama untuk kurangkan tekanan. Saya beri fokus sepenuhnya pada dia,” jelas Lan Jawa tentang rutin mereka di Eropah.

Kini, nama Qabil Irfan bukan sahaja harum di tanah air, tetapi sudah menggegarkan dunia. Di balik sorakan kemenangan, kisah kasih sayang seorang ayah dan pengorbanannya akan terus jadi inspirasi buat remaja Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. SUMBER: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads