Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Vietnam apabila dia meninggal dunia selepas memicit jerawat dan menggunakan produk sapuan yang tidak disahkan keselamatannya.
Jerawat Dipicit, Bakteria Menyusup Masuk
Menurut kenyataan Hospital Nasional Penyakit Tropika Vietnam, remaja berkenaan mengalami kejutan septik (sepsis) akibat bakteria Staphylococcus aureus yang memasuki tubuh melalui luka jerawat yang meradang di wajahnya. Bakteria ini merebak dengan pantas dalam badan, merosakkan otak dan paru-paru mangsa.
Walaupun menerima rawatan intensif termasuk alat bantuan pernafasan dan penapisan darah, remaja itu tidak menunjukkan tindak balas positif dan akhirnya disahkan meninggal dunia.
Bahaya Picit Jerawat Tanpa Ilmu
Seorang pakar dermatologi dari hospital tersebut menjelaskan, memicit jerawat dengan tangan yang tidak bersih boleh merosakkan lapisan kulit, membuka ruang kepada bakteria berbahaya menembusi kulit dan masuk ke dalam sistem badan.
“Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan jangkitan serius seperti selulitis atau sepsis yang mengancam nyawa,” katanya.
Ads
Beliau turut mengingatkan remaja supaya tidak sewenang-wenangnya memicit jerawat sendiri di rumah. Sekiranya perlu, dapatkan rawatan daripada pusat perubatan atau klinik pakar kulit yang bertauliah.
Elakkan Produk Tidak Sah, Bahaya Tidak Terduga
Kes ini turut dikaitkan dengan penggunaan produk sapuan yang tidak diketahui kandungan serta tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ramai remaja mudah terpengaruh dengan iklan di media sosial, produk murah tanpa memikirkan kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan.
Selain itu, pakar menasihatkan agar:
Ads
✅ Menjaga kebersihan diri, cuci tangan sebelum menyentuh wajah ✅ Tidak menggunakan produk rawatan jerawat atau pemutih kulit yang tidak diketahui asal-usulnya ✅ Memilih produk kosmetik yang non-komedogenik (tidak menyumbat liang pori) ✅ Sentiasa membersihkan wajah dengan sempurna terutamanya selepas memakai solekan
Remaja, Sayangi Diri Sendiri
Kes di Vietnam ini menjadi pengajaran besar buat kita semua. Niat mahu cantik itu tidak salah, tetapi jangan sampai mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan.
Kesihatan kulit memerlukan kesabaran, penjagaan yang betul dan produk yang selamat. Jangan tertipu dengan janji manis ‘kulit flawless dalam masa singkat’ yang boleh membawa risiko besar kepada diri sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun saiz badan adalah perkara peribadi mengenai seseorang itu dan kita tak ada hak untuk mengecam badan sesiapa pun, masih ramai yang seakan tak fahamkan konsep itu dan terus menganak tirikan orang yang bersaiz lebih besar atau yang terlalu kurus.
Haih, dah 2019 pun timbul masalah macam ni.
Terbaru, penyanyi Hollywood iaitu Bebe Rexha telah berkongsi pengalaman dikecam pereka fesyen kerana mereka tidak mahu bekerjasama untuk menyiapkan baju Anugerah Grammy untuk Bebe.
Alasannya kerana Bebe tidak mempunyai bentuk badan model yang berjalan di runway. WHAT?!
Bebe dicalonkan untuk Anugerah Grammy buat kali pertama dalam kategori Artis Baru Terbaik dan sepatutnya, dia sedang teruja untuk menantikan malam anugerah tersebut.
Sekali, isu body shaming pula timbul. Dalam sebuah video Instagram yang dimuat naik olehnya, Bebe berkata. “Akhirnya saya dicalonkan untuk Grammys dan ini adalah perkara terbaik pernah berlaku kepada saya. Selalunya, artis akan pergi dan berbincang dengan pereka fesyen untuk menyiapkan baju karpet merah, kan?
“Pasukan saya juga lakukan perkara yang sama dan ramai pereka fesyen yang menolak permintaan kami kerana badan saya dikatakan terlalu besar? Kalau saiz 6 atau 8 tu terlalu besar untuk kamu, saya tak tahu nak cakap apa dah.”
Tambahnya lagi, “Kamu ingat semua perempuan di dalam dunia ini bersaiz bawah dari 8? Kami semua tak cantik dan tak boleh memakai rekaan kamu?
“Saya tak kisah jika mereka tak sukakan stail fesyen saya atau muzik saya. Tapi tolong jangan beri alasan kamu tidak boleh siapkan baju untuk seseorang kerana dia tidak bersaiz model.”
***
Hhm, biasa dengar kan?
Bebe Rexha bukan artis pertama yang ditolak oleh pereka fesyen kerana saiz badannya. Sebelum ini, Ashley Graham pun pernah mengadu perkara yang sama.
Siapa cakap hendak jadi cantik itu perlukan tempoh waktu yang lama?
Bagaikan mimpi indah, krim kecantikan untuk semua jenis kulit wajah ini mampu melambatkan proses penuaan bahakan mempercepat penyembuhan terhadap masalah kekeringan yang lazimnya dialami gadis-gadis.
Namun begitu, moisturizer juga memainkan peranan penting untuk kulit wajah. Mencuci muka akan menurunkan nilai pH pada kulit dan disebabkan itu, korang perlu mencari moisturizer yang sesuai untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, korang kena pandai pilih produk moisturizer yang sesuai dan berikut merupakan beberapa produk yang boleh korang dapatkan.
Tak dinafikan nak cari produk yang sesuai untuk kulit kita ni bukannya mudah. Tapi bila dah ada yang suggest macam ni, sikit sebanyak dapat membantu korang untuk try and error. Mana tahu berkesan kan?
Sumber: Product Review
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Aweera mengakui selesa tampil dengan imej berjambang dan berambut kembang yang sudah menjadi ‘trademark‘ sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.
Terkini, penampilan pelantun lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini jadi perhatian dengan rambut kemas.
Aweera menerusi satu hantaran di platform media sosial Instagram berkongsikan satu gambar dipercayai selepas memotong pendek rambutnya dan turut meluruskannya untuk kelihatan lebih kemas.
Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu turut mengenakan kaca mata hitam di dalam gambar tersebut sekali gus menambah nilai estetik kepada imej baharunya itu.
“Imej baharu, gaya baharu, suasana baharu yang positif, karakter baharu, jiwa baharu, harapan baharu dan Aweera yang baharu (NeWeera). Rock on!,” tulis penyanyi berusia 32 tahun itu di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, penyanyi berkenaan juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak salun rambut kerana telah berjaya mengubah penampilannya.
Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata pengguna memberikan respon positif dengan memuji imej baharu ditampilkan penyanyi yang berasal dari Utan Aji, Perlis itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!