Ujian Allah terhadap hambaNya berbeza-beza. Ada diuji dengan kesusahan, ada diuji kesenangan (kesenangan juga adalah ujian sama ada tahu bersyukur, mahu bersedekah atau tidak). Ada pula diuji dengan pangkat dan jawatan, ada diuji dengan kesakitan. Apa pun ia adalah ujian Allah buat hamba-hambaNya untuk menguji keimanan mereka.
Penderitaan seorang remaja Syahidah Rashid, 18 yang menderita kanser kulit sejak enam tahun lalu semakin teruji apabila keseluruhan kulitnya melepuh. Akibat rasa sakit, pedih akibat seluruh tubuh melepuh, Syahidah juga menghadapi kesukaran bergerak berikutan lututnya kerap sakit kebelakangan ini.
Ibunya, Kamsiah Mohamed Arsad, 55, berkata, anak bongsu daripada lapan beradik itu dilahirkan secara normal dan jarang sekali sakit sehingga mengalami demam panas ketika berusia 13 tahun.
Menurutnya, pada mulanya Syahidah hanya demam biasa, namun menjadi serius apabila tumbuh ruam di pipinya selain mengalami sakit sendi.
“Anak saya jarang sakit, kalau demam sehari pun dia masih pergi sekolah, namun pada tahun 2014 keadaan berubah apabila dia kerap demam.
Ads
“Bila pergi hospital doktor tak dapat kenal pasti dia sakit apa, bila kerap demam saya bawa dia ke klinik dan hanya diberi ubat tahan sakit dan ubat sapu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Kamsiah yang merupakan ibu tunggal dan menghidap asma kronik berkata, keadaan Nur Syahidah menjadi makin teruk apabila kulitnya menggelupas dan rambutnya menjadi gugur sehingga botak.
Katanya, kulit di seluruh anggota badan Nur Syahidah melepuh seolah-olah melecur terkena api.
Ads
”Pada Disember 2014, Nur Syahidah demam panas, tekanan darahnya rendah manakala jantungnya berdegup laju. Ketika mendapat rawatan di hospital, barulah doktor dapat sahkan anak saya menghidap kanser kulit.
“Sejak itu Nur Syahidah kerap tidak ke sekolah kerana alami kesakitan, jika terkena panas matahari sikit pun muka dia akan jadi merah, melecet dan keluar darah,” katanya.
Kamsiah yang menjalankan perniagaan tapai secara kecil-kecilan berkata, kebiasaannya untuk membawa Nur Syahidah ke hospital dia akan menggunakan perkhidmatan e-hailling.
Ads
Katanya, kini dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk memudahkan anaknya bergerak terutama untuk ke hospital.
“Bantuan lain Alhamdulillah cukup, saya dapat bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
“Cuma kalau boleh nak belikan sebuah kerusi roda kerana saya tak mampu. Sekarang anak saya sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang kerana platelet darahnya turun,” katanya.
Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat (nombor akaun 220696118980) atas nama Nur Syahidah. Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang tukang gunting rambut di India telah meraih perhatian pengguna media sosial apabila memotong rambut pelanggan menggunakan api.
Tidak seperti kebiasaan tukang gunting rambut lain yang menggunakan gunting atau pencukur, lelaki berkenaan sebaliknya menggunakan api yang disembur pada rambut pelanggannya.
Dalam klip video yang dikongsikan di platform X, tukang gunting tersebut dilihat sedang merapikan dan menggayakan rambut seorang lelaki.
Dengan reaksi muka bersahaja dan gerakan tangan pantas, tukang gunting rambut tersebut pada akhir video dilihat berjaya menggayakan potongan rambut yang menarik untuk pelanggannya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang kagum melihat kebolehannya menggunakan alatan tersebut.
Bagaimanapun, ramai juga netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap tindakan itu kerana dianggap berisiko menyebabkan api menyambar pelanggan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata kisah lelaki jadian yang menukar identiti mahu menjadi wanita membuka pekungnya sendiri apabila pada malam pertama perkahwinan, saat mahu melakukan hubungan suami isteri, akhirnya terbongkar bahawa isterinya adalah seorang lelaki.
Laporan Sinar Harian, seorang lelaki menjadi mangsa penipuan setelah berkahwin dengan dengan seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB).
Foto dan video di Instagram mengenai pasangan pengantin baharu itu tular hingga menjadi bualan hangat penduduk, lapor Tribun News
Menurut akaun Instagram tersebut, pengantin lelaki melaporkan kes itu ke Balai Polis Kediri, sebelum kes itu kemudiannya dipindahkan ke Balai Polis Lombok Barat.
Pada entri itu, gambar pasangan pengantin selepas akad nikah dimuat naik namun wajah pengantin 'wanita' dilindungi.
Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Lombok Barat, Iptu Ketut Sandiarsa mengesahkan kejadian itu.
Menurut Sandiarsa, pengantin lelaki, Muh, 31, menjadi mangsa penipuan Mit Alias Sup, 25, iaitu pengantin perempuan yang kemudian diketahui lelaki.
Mit adalah warganegara Pejeruk, Ampenan, Mataram.
"Mereka mengenali di laman sosial dan bercinta, akhirnya mendirikan rumah tangga pada 2 Jun lalu.
"Pendedahan mengenai jantina Mit terbongkar selepas Muh mahu melakukan hubungan kelamin malam pertama namun terkejut 'isteri' menolak dan melarikan diri dari rumah.
"Curiga melihat tindakan itu, akhirnya Muh menyelidik latar belakang dan terkejut mengetahui isterinya adalah lelaki," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan telah jatuh ke kedudukan terendah setakat ini dengan berada di tempat ke-63 dalam senarai 100 Lapangan Terbaik Skytrax World. Kedudukan ini telah jatuh merosot apabila tahun lalu KLIA mencatatkan tempat ke-54.
Pencapaian tertinggi KLIA adalah pada tahun 2001, dimana lapangan terbang tersebut berjaya mendapat tempat kedua dalam senarai.
Sejak tahun 2013, kedudukan KLIA telah terkeluar daripada ranking 10 terbaik, dan jatuh ketempat ke-14.
KLIA
Berikut merupakan kedudukan KLIA mengikut tahun; 20 (2014), 19 (2015), 24 (2016), 34 (2017) and 44 (2018).
Walau bagaimanapun, KLIA2 berjaya berada di kedudukan 10 teratas dalam senarai Terminal Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia, dengan kedudukan tempat ke-6. Namun begitu, kedudukan ini adalah satu kejatuhan prestasi KLIA2 kerana pada tahun lalu lapangan terbang ini menduduki tempat ketiga.
KLIA2
Anugerah ini dipilih oleh pengguna dalam tinjauan kepuasan pengguna lapangan terbang global.
Skytrax adalah syarikat perundingan syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang berpusat di Britain dan tinjauan ini dibuat untuk pelanggan membuat pilihan sendiri tentang lapangan terbang yang mereka anggap terbaik untuk diiktiraf sebagai anugerah pilihan penumpang.
World Airport Awards adalah anugerah tahunan yang dianggap sebagai penanda aras kualiti untuk industri lapangan terbang dunia dalam menilai perkhidmatan dan kemudahan pelanggan.
Tahun ini, Lapangan Terbang Changi Singapura mendapat tempat teratas untuk tahun kelapan berturut-turut.
Changi International Airport
Kejatuhan kedudukan lapangan terbang di Malaysia mungkin sedikit sebanyak akan mempengaruhi sektor pelancongan di negara kita. Diharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat memperbaiki dan memperbaharui di perkhidmatan di KLIA agar lapangan terbang kita mampu bersaing dengan lapangan antarabangsa negara lain.