Hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada remaja 19 tahun yang mencuri tabung masjid baru-baru ini telah pun diketepikan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menurut Bernama, hakim Abd Halim Aman berkata, sebaliknya hukuman penjara dan denda ke atas Daniel Iskandar itu digantikan dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dengan tumpuan di masjid-masjid.
Pihak yang merakam dan yang menularkan video Daniel juga disarankan untuk membuat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada remaja itu dan masyarakat umum demi menjernihkan keadaan.
“Mahkamah menyedari akan tempoh penjara yang telah dijalani oleh tertuduh selama 10 hari dan denda RM4,000 yang telah dijelaskan, namun demi masa depan tertuduh serta untuk mempunyai rekod kesalahan yang bersih, keputusan ini perlu disampaikan,” kata hakim Abd Halim Aman.
Daniel perlu melapor diri kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh tujuh hari dari hari ini dan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya Daniel tidak melakukan perintah itu, dia boleh dihadapkan semula ke mahkamah dan boleh dihukum mengikut peruntukan asal.
Ads
Berdasarkan hujah timbalan pendakwa raya, barisan peguam dan tertuduh serta nota catitan dan keterangan ketika prosiding, pihak mahkamah mendapati hukuman yang direkodkan adalah silap dan keterlaluan.
“Pada masa yang sama hukuman itu tidak menunjukkan bentuk pemulihan dengan fakta jelas menunjukkan tertuduh adalah pesalah pertama dan telah mengaku salah.
“Apa yang dilakukannya hanyalah cubaan mencuri dan tiada kerugian yang dialami pihak masjid,” jelasnya.
Rata-rata warganet menyifatkan hukuman ini adalah setimpal dan wajar bagi memberikan kesedaran buat si pelaku.
Ads
Ads
Semoga dengan hukuman dan kejadian yang berlaku ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada remaja tersebut.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mulia sunguh hati anggota Tentera Laut Thailand yang sanggup terjun ke laut demi menyelamatkan kucing yang ditinggalkan di atas kapal yang sedang tenggelam. Kapal tersebut pada mulanya telah terbakar berdekatan Pulau Koh Adang dan lapan kru kapal telah berjaya menyelamatkan diri.
Tentera Laut telah bergegas ke tempat kejadian bagi memeriksa bangkai kapal itu dan juga memastikan tiada tumpahan minyak berlaku. Namun apa yang mengejutkan mereka, setelah diamati terdapat empat ekor kucing sedang berpaut pada bahagian hujung muncung kapal yang telah separuh tenggelam itu.
.
Tanpa berfikri panjang, salah seorang tentera laut yang bertugas dikenali sebagai Thatsaphon Saii, 23, telah terjun ke laut dan berenang bagi menyelamatkan keempat-empat ekor kucing tersebut. Tiga ekor kucing dimasukkan ke dalam karung guni manakala seekor lagi telah berpaut erat di belakang tentera laut itu.
.
Keempat-empat ekor kucing itu telah dibawa ke pejabat penyelamat dan dijaga rapi. Semoga kucing-kucing tersebut berjaya menemui tuan baharu yang akan menyayangi ia sebaiknya.
Nampaknya ada satu berita baik untuk rakyat Malaysia apabila kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikenakan kepada pengguna.
Pengumuman ini dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Anyhony Loke Siew Fook yang memaklumkan bahawa kesemua saman AES sejak 2012 berjumlah 3.1 juta, membabitkan nilai RM435 juta dibatalkan.
Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan AES akan diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, mulai 1 September ini.
“Ia selepas kerajaan putuskan untuk tidak sambung kontrak dengan dua syarikat konsesi AES,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Menurut Loke, kerajaan akan membayar balik secara berperingkat RM555 juta daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang digunakan kerajaan terdahulu bagi membayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.
Pada 12 Jun lalu, Loke berkata, kerajaan mengkaji semula AES yang mana keputusannya akan dimaklumkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan. Sumber :- HARIAN METRO
Bila nampak saja tanda ini, pengguna jalan raya akan memperlahankan kenderaan masing-masing sebelum memecut kembali selepas melintasi kamera aes
Kamera AES yang sudah merakam lebih jutaan pesalah jalan raya yang membawa kenderaan laju dari had ditetapkan
Menurut semakan di Wikipedia, AES adalah satu usaha kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pengangkutan / Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaiki dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia yang dikira terlalu tinggi. JPJ menswastakan projek AES itu.
Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan ketika itu memaklumkan bahawa urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan kerana mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.
Kereta yang dipandu laju melebihi had yang ditetapkan akan dikenakan saman RM300. Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September 2012. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan. AES dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan dan bukan entiti persendirian.
Wow, so lebih baik ada AES atau tidak ya? Apa komen korang mengenainya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan Malaysia dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 March 2020. Dan sebentar tadi beliau mengesahkan perletakkan jawatannya dalam perutusan khas.
Beliau menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu amanah yang berat dan bukanlah satu kemegahan. Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memohon maaf atas kekurangan sepanjang pentadbiran beliau, selain mengaku redha dengan ketentuan Ilahi.
Katanya dalam perutusan khas hari ini, beliau menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu amanah yang berat dan bukanlah satu kemegahan.
“Saya ingin memohon keampunan daripada saudara saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.
“Saya dan rakan-rakan JM yang telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara saudari sekalian dalam tempoh krisis ini
“Namun sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana sini, jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf.
Segala perancangan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor ekonomi perlu dibuka semula bagi memastikan ekonomi kita pulih segera dan rakyat dapat menjana wang untuk menyara diri dan keluarga. Rekod kita mencatatkan kadar vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia.
Rata-rata rakyat sedih dengan perletakkan jawatan ini dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Ke -8 Malaysia ini. Terima Kasih Tan Sri keatas segala khidmat, jasa, bakti dan Pengorbanan anda sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia ….
PM yang sentiasa Tenang, Humble.. Semoga Allah SWT membalas semuanya dgn ganjaran kebaikan.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!