
Sebuah lagi kejayaan yang diraih oleh anak tempatan, Muhammad Salihin Mohd Sabri telah berjaya menyelesaikan kursus Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Colorado baru-baru ini.
BACA: Dua Kadet Malaysia Siap Sedia Daftar Diri Ke Akademi Tentera AS
Berita yang membanggakan rakyat Malaysia ini telah dimuat naik di akaun Facebook rasmi U.S Embassy Kuala Lumpur.

Menerusi laman Instagram, Salihin meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membantu serta menyokong usahanya selama ini.
View this post on Instagram
Menjadi individu keempat di Malaysia yang berjaya menamatkan kursus di United States Air Force Academy, remaja berusia 23 tahun ini seakan tidak percaya dan jelasnya dia sudah bersedia untuk berkhidmat di Tentera Udara Diraja Malaysia.


Kejayaannya ini juga dihadiahkan kepada allahyarhamah ibunya yang telah meninggal dunia. Salihin berharap agar kejayaan ini dapat membanggakan arwah ibunya juga.

Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada Muhammad Salihin Mohd Sabri atas kejayaan yang diperoleh ini. Semoga lebih ramai anak muda mendapat inspirasi dan lebih berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang sama.
Sumber: (1)