Menerusi pengumuman yang dilakukan di akaun Facebook serta Twitter rasmi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, dua orang kadet terlatih negara telahpun dipilih bagi menyertai Akademi Ketenteraan AS pada tahun ini.

Pengumuman yang dilakukan semalam membabitkan Mohamad Khairel Adha Mohd Khairee dan Nicholas Ong Young Xen yang berjaya menempah tempat dalam akademi ternama itu setelah bersaing dengan calon-calon berkaliber dari seluruh dunia.

Catat mereka, saban tahun, beribu-ribu calon baik lelaki mahupun wanita bersaing untuk diterima masuk ke Akademi Tentera AS.

Pada tahun ini, Mohamad Khairel Adha bakal menyertai Akademi Tentera Udara AS manakala Nicholas pula akan mendaftarkan diri dalam Akademi Tentera Laut AS.

IKLAN

“Sertai Kedutaan ASS dan duta Brian McFeeters pada majlis keberangkatan pemuda #Malaysia! Selamat maju jaya kepada mereka yang akan memulakan pengalaman hanya sekali seumur hidup!”

Kedua-duanya akan terlibat dalam sebuah majlis keberangkatan ke Amerika Syarikat yang dijadualkan berlangsung pada 9 Jun ini bermula jam 9 pagi. Majlis tersebut juga boleh disaksikan secara langsung menerusi laman Facebook tersebut.

IKLAN

Meninjau ke bahagian komen muat naik tersebut, rata-rata respon yang diterima berbaur nada bangga dan inginkan mereka berdua untuk berjaya sepanjang berada di akademi kelak.

Kata Stephen Sesaiah, “Tahniah kepada anak-anak muda ini. Saya pasti kamu akan banyak belajar daripada peluang ini. Harapnya satu hari nanti, anak-anak saya juga boleh memohon menyertainya.”

Manakala, baik Khairel dan Nicholas berterima kasih kepada semua pihak yang pernah membantu mereka untuk sampai ke tahap ini dan diberikan peluang keemasan seperti ini.

IKLAN

“Dari lubuk hati saya, saya ingin berterima kasih di atas ucapan tahniah dan doa kalian. Mesej-mesej kamu akan saya kenang selamanya,” kata Nicholas.

Dua Kadet Malaysia Siap Sedia Daftar Diri Ke Akademi Tentera AS
Sumber Foto : Facebook Khairel Adha

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai seorang lagi anak muda Malaysia iaitu Amirul Adiq yang berjaya menamatkan pengajian dari Akademi Tentera Udara AS pada tahun 2018. Mungkin Amirul boleh memberikan sedikit sebanyak pesanan kepada Khairel dan Nicholas. Hehe..

ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah Amirul Afiq! Graduan Malaysia Terbaru Dari Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI