Remaja 15 tahun terjebak jual diri di Telegram, trauma rogol jadi punca! Itulah kisah hitam yang kini menggemparkan masyarakat apabila seorang gadis remaja di Kelantan dilaporkan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi berkenaan selepas melalui pengalaman pahit sebagai mangsa rogol.
Menurut laporan Kosmo!, perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat selepas ibu kepada remaja terbabit tampil membuat laporan polis baru-baru ini.
Bermula Sebagai Mangsa, Berakhir Dalam Trauma
Pada awalnya, remaja berusia 15 tahun itu hanyalah seorang mangsa rogol. Namun akibat tekanan jiwa, rasa kecewa dan hilang keyakinan diri, dia akhirnya terjerumus ke kancah pelacuran atas talian. Tawaran khidmat seks tersebut dipercayai berlaku melalui aplikasi Telegram yang semakin popular dijadikan platform sulit.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat
“Khidmat itu memang berlaku. Pada awalnya, remaja terbabit merupakan mangsa rogol. Mungkin disebabkan rasa kecewa, benda ini berlaku. Namun kita masih siasat sama ada faktor kesusahan hidup atau aspek lain yang mendorong dia berbuat demikian,” jelas Datuk Mohd. Yusoff.
Ads
Siasatan Polis & Campur Tangan JKM
Buat masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk mengambil keterangan daripada ibu bapa remaja tersebut. Kes ini turut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan mangsa masih di bawah umur dan memerlukan perlindungan serta kaunseling untuk pemulihan emosi.
Difahamkan, pihak berkuasa sedang meneliti sama ada faktor ekonomi dan kesusahan hidup turut menjadi punca remaja ini memilih jalan singkat yang berisiko.
Pengajaran Buat Semua
Kisah ini membuka mata kita bahawa jenayah rogol bukan sekadar mencederakan fizikal, malah meninggalkan parut emosi yang mendalam hingga merosakkan masa depan seorang remaja. Trauma yang tidak dirawat boleh menjadikan mangsa mengambil jalan yang lebih gelap tanpa sedar.
Ads
Masyarakat, terutama ibu bapa dan guru, perlu lebih peka terhadap perubahan tingkah laku remaja. Mereka yang pernah menjadi mangsa jenayah seksual memerlukan sokongan psikologi, bimbingan berterusan dan perlindungan, bukannya dibiarkan sendirian berdepan luka yang mendalam.
Kes remaja 15 tahun terjebak jual diri di Telegram, trauma rogol jadi punca ini harus dijadikan peringatan bahawa setiap mangsa rogol berhak mendapat pembelaan, rawatan emosi dan jalan keluar yang lebih baik. Hanya dengan sokongan keluarga, masyarakat dan pihak berwajib, remaja sebegini mampu diselamatkan daripada terus hanyut dalam kancah penderitaan.
Bermula 31 Ogos 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad, di bawah inisiatif baharu kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan SARA Untuk Semua, dan boleh dibelanjakan di lebih 4,100 kedai terpilih di seluruh negara.
Tapi persoalannya macam mana nak tahu duit dah masuk? Dan lebih penting, macam mana nak semak baki duit dalam MyKad? Jangan risau, semuanya akan Remaja kongsikan untuk korang!
MyKad Boleh Guna Sebagai Kad Touch ‘n Go (TnG)?
Ya, boleh! Tapi hanya jika MyKad anda ada logo Touch ‘n Go di bahagian belakang kad. Kalau ada, maksudnya MyKad korang boleh digunakan untuk sebarang transaksi yang menggunakan sistem Touch ‘n Go — termasuklah pembayaran tol, pengangkutan awam dan sekarang, untuk Sumbangan SARA RM100 juga.
📲 Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad
1. Semak Guna Aplikasi TnG eWallet
Langkah paling mudah dan cepat:
Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di App Store atau Google Play.
Log masuk dan pergi ke bahagian “TNG Card”.
Tekan “Add New Card”.
Masukkan nombor siri kad (MFG Number) dan nama anda.
Tekan “Submit” dan baki TnG MyKad anda akan dipaparkan.
🔍 Tip Penting: Kalau tak tahu nombor MFG MyKad, boleh dapatkannya di portal rasmi TnG:
💡 Nota Tambahan: Bagaimana Nak Guna RM100 Sumbangan SARA?
Duit RM100 akan dimasukkan terus ke akaun TnG MyKad korang.
Boleh digunakan untuk beli barang keperluan di kedai runcit dan pasar raya yang terpilih.
Transaksi guna kad MyKad sama macam guna kad Touch ‘n Go biasa hanya tap sahaja.
Inisiatif Sumbangan SARA ini jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Sebagai remaja yang aktif dan celik teknologi, penting untuk korang tahu cara semak dan manfaatkan bantuan yang diberi.
Jadi, pastikan MyKad korang aktif dan sedia untuk digunakan RM100 menanti untuk dibelanjakan dengan bijak!
Seramai 500,000 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia bakal menerima Baucar Buku Madani bernilai RM100 bermula 28 Ogos hingga 12 Disember 2025. Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hasil persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan media KPT, pemberian ini melibatkan pelajar di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Menariknya, pelaksanaan baucar ini akan dijalankan sepenuhnya secara digital melalui portal MySiswaPlace, yang menjadi platform sehenti untuk semakan kelayakan, penjanaan baucar, penebusan dan pembelian bahan bacaan.
gambar hiasan MySiswaPlace Via Utusan
Lebih best, MySiswaPlace menawarkan lebih 1 juta judul bahan bacaan daripada lebih 250 rakan niaga. Pelajar boleh memilih sama ada mahu membeli buku fizikal atau e-book mengikut keperluan masing-masing. Jadi, sama ada anda perlukan buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah atau sekadar buku santai untuk hiburan, baucar ini boleh digunakan.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah tepat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan belia. Dengan kos buku yang semakin meningkat, bantuan ini pasti memberi kelegaan besar terutama buat pelajar yang sedang mencari rujukan untuk tugasan dan peperiksaan.
Jadi, buat semua pelajar IPT, jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda menyemak kelayakan di portal rasmi MySiswaPlace dan gunakan baucar RM100 ini sebaik mungkin. Ingat, ilmu adalah pelaburan paling bernilai untuk masa depan anda.
Baru-baru ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memulakan projek rintis yang melibatkan pengambilan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis untuk akan ditempatkan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terpilih di seluruh negara.
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan di laman Facebook, langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif proaktif pihak MARA untuk memastikan disiplin di MRSM lebih diperkukuh dan sentiasa terjaga serta bertujuan mencapai matlamat ‘sifar buli’ di institusi berprestij tersebut.
Kredit Foto: Sabah Media
“Cadangan ini telah saya bangkitkan dalam Majlis MARA dan telah dipersetujui sebulat suara. Buat permulaan ini, projek rintis (pilot) akan dimulakan dengan melibatkan beberapa MRSM bagi melihat dan mengkaji keberkesanan inisiatif ini”
“Kerjasama juga akan dilakukan dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan,” tulisnya menerusi perkongsian yang sama.
Kredit Foto: Facebook Polis Diraja Malaysia
Menurutnya, Bahagian Pendidikan Menengah MARA juga akan bertanggungjawab menyediakan garis panduan secara terperinci dan jelas berkenaan terma-terma rujukan (TOR) dan bidang tugas warden yang bakal dilantik.
“Inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” jelasnya.
“Ini juga bagi memastikan matlamat MARA untuk ‘SIFAR BULI’ di MRSM benar-benar mampu direalisasikan,” ujarnya lagi.
Kredit Foto: Kosmo
Sementara itu, keputusan ini turut mendapat sokongan yang positif daripada masyarakat, terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan alumni MRSM, yang melihatnya sebagai langkah terbaik untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelajar.
Projek ini bukan sahaja memberi peluang kepada bekas pegawai tentera dan polis untuk berkhidmat semula, tetapi membuka peluang untuk mereka memberikan impak positif kepada generasi muda serta menunjukkan komitmen MARA dalam memastikan suasana yang kondusif bagi pelajar MRSM berkembang dengan penuh potensi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Izzahan Isman, bekas pelajar tahfiz tajaan MARA, menamatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Amerika Syarikat dengan CGPA 3.72 serta meraih pelbagai anugerah akademik dan kepimpinan.