Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Australia mencuri perhatian dunia selepas keberaniannya berenang hampir empat jam meredah ombak besar demi menyelamatkan keluarganya yang terperangkap di laut.
Kejadian luar biasa ini melibatkan seorang remaja 13 tahun selamatkan keluarga dalam situasi yang boleh meragut nyawa, apabila mereka dihanyutkan arus deras di perairan luar pantai Australia Barat.
Austin Appelbee ketika itu bersama ibunya, Joanne Appelbee, 47, serta dua adiknya menaiki kayak angin dan papan dayung di perairan luar pantai Australia Barat pada Jumaat lalu.
Namun keadaan bertukar cemas apabila angin kencang tiba-tiba melanda, menyebabkan mereka dihanyutkan semakin jauh ke tengah laut tanpa sebarang alat komunikasi.
Tanpa sebarang bantuan segera dan dengan arus laut yang semakin kuat, keluarga itu menyedari mereka berada dalam bahaya besar.
Keputusan Sukar Seorang Ibu
Dalam situasi genting itu, Joanne terpaksa membuat keputusan paling sukar dalam hidupnya meminta anak sulungnya berenang sejauh kira-kira empat kilometer ke darat untuk mendapatkan bantuan.
“Ini boleh jadi sangat serius dengan cepat,” kata Joanne, mengimbas kembali detik cemas itu.
Austin pada mulanya cuba menuju ke darat menggunakan kayak angin, namun terpaksa meninggalkannya apabila ia mula dimasuki air. Lebih mengejutkan, dia juga menanggalkan jaket keselamatan kerana merasakan ia menghalang pergerakan renangnya.
‘Saya Terus Berenang Walaupun Ombak Besar’
Menceritakan pengalamannya kepada stesen penyiaran tempatan ABC, Austin berkata dia terlalu penat, namun tidak memberi ruang kepada tubuhnya untuk mengalah.
“Saya memang tercungap-cungap, tapi saya tak fikir sangat pasal penat. Saya cuba fikir benda-benda gembira,” katanya.
Ads
Remaja 13 tahun selamatkan keluarga itu berkata antara perkara yang bermain di fikirannya ketika melawan ombak besar tanpa jaket keselamatan adalah watak kanak-kanak kegemarannya.
“Saya ingat Thomas the Tank Engine… saya cuba kekalkan fikiran yang positif, bukan benda buruk yang boleh ganggu fokus saya,” katanya.
Namun ujian Austin tidak berakhir sebaik kakinya menjejak pasir pantai. Selepas hampir rebah keletihan, remaja itu berlari sejauh dua kilometer untuk mencari telefon dan meminta bantuan kecemasan.
Sementara itu, ibunya bersama dua lagi anak Beau, 12, dan Grace, 8 terpaksa bertahan di laut selama hampir 10 jam, hanya berbekalkan jaket keselamatan dan sebuah papan dayung.
Bertahan Dengan Harapan Di Tengah Kegelapan
Joanne berkata mereka cuba kekal positif sepanjang tempoh menunggu.
Ads
“Kami menyanyi, bergurau dan anggap ia seperti satu permainan… tapi bila matahari mula terbenam, ombak jadi semakin besar dan menakutkan,” katanya.
Beliau menyifatkan lapan setengah jam terakhir sebagai saat paling mencemaskan yang pernah dilalui mereka sekeluarga.
Pasukan penyelamat akhirnya menemui Joanne dan dua anaknya sekitar jam 8.30 malam, kira-kira 14 kilometer dari lokasi asal mereka memasuki air di Quindalup, menurut polis.
Austin pula terselamat dengan kecederaan minimum, hanya memerlukan tongkat sementara akibat sakit pada kaki selepas berenang berjam-jam.
Ads
Polis Puji Keberanian Luar Biasa
Pihak polis memuji tindakan remaja 13 tahun selamatkan keluarga itu yang disifatkan sebagai penentu nyawa ahli keluarganya.
“Keberanian dan keazaman remaja ini tidak boleh dipuji dengan kata-kata. Tindakannya telah menyelamatkan nyawa ibu dan adik-beradiknya,” kata Inspektor Polis James Bradley.
Joanne mengakui amat berbangga dengan anaknya.
“Untuk terus bertahan selama itu… dia memang luar biasa. Saya dan ayahnya sangat bangga,” katanya.
“Yang penting kami masih hidup. Saya masih ada ketiga-tiga anak saya. Itu sahaja yang mattered.”
Sumber : Sky News
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan privasi, tanpa berkongsi kisah seharian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Vivy mengakui banyak penambahbaikan dalam hidupnya selepas mengaktifkan mood privasi pada akaun media sosialnya.
Selain itu, usahawan berusia 37 tahun itu juga menegaskan bahawa dia percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, sebelum ini dilaporkan terlibat dengan pertuduhan pecah amanah yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Namun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab penuh atas kejadian tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia baru-baru ini kembali menjadi tumpuan apabila turun beraksi di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 yang akan berlangsung di Adidas Arena, Paris bermula hari ini. Apa yang lebih mengagumkan, kemunculan semula pemain berusia 27 tahun itu dinanti-nantikan selepas berehat panjang akibat kecederaan buku lali sejak Mac lalu.
Menurut perkongsian Team LZJ di laman Instagram, Zii Jia tidak mahu meletakkan tekanan besar ke atas dirinya dalam kejohanan kali ini.
“Sudah agak lama dan Kejohanan Dunia akan menjadi kejohanan pertama saya selepas berehat panjang”
“Saya tidak mahu meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri sendiri. Saya hanya mahu menikmati kembali berada di gelanggang kompetitif dan yang paling penting, menamatkan kempen di Paris tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Kredit foto: IG Team LZJ
Pada masa yang sama, dalam satu pendedahan kepada BWF, pemain kesayangan negara itu mengakui tempoh lima bulan berehat memberi tamparan hebat bukan sahaja dari segi fizikal malah emosi.
“Sepanjang lima bulan itu, saya bukan sahaja berdepan kecederaan tetapi juga tekanan dan sudah tentu menghadapi sedikit kemurungan. Ini bukan sesuatu yang normal (berehat selama lima bulan),” ujarnya.
“Saya pernah berada dalam situasi, saya mahu berhenti bermain kerana semua kecederaan dan perkara yang membelenggu saya,” jelasnya lagi.
Mengakui berdepan cabaran mental, Zii Jia berkata beliau memilih untuk menjauhkan diri daripada media sosial dan dunia badminton buat sementara waktu. Sebaliknya, beliau menumpukan masa ‘perjalanan penyembuhan’ dengan aktiviti membaca, mengembara solo, terjun udara di Dubai serta melawat muzium seni di Abu Dhabi.
“Saya juga mengembara untuk segarkan fikiran. Saya agak obses dengan seni. Saya sedar melalui seni mampu mengekspresikan perasaan kita, bukan sahaja sisi indah tetapi kadangkala sisi gelap juga. Sebab itu saya kongsikan gambar-gambar tersebut,” tambah Zii Jia.
Terdahulu, pada Julai Zii Jia mencuri perhatian menerusi beberapa perkongsian gambar lukisan misteri di media sosialnya menimbulkan spekulasi mengenai keadaan emosinya ketika itu.
Kredit foto: IG Team LZJ
Kini, dengan semangat baharu, beliau berharap penampilan semula di Paris mampu membuka lembaran positif buat kariernya. Kejohanan Dunia ini bukan sahaja menjadi peluang untuk menguji ketahanan dirinya selepas kecederaan, malah platform penting untuk membina kembali keyakinan menjelang baki saingan musim ini.
Sekadar info, bekas juara All England 2021 itu sebelum ini dilanda kecederaan ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir pada Disember lalu. Kecederaan tersebut memaksanya menarik diri daripada beberapa siri kejohanan utama termasuk Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China, selain tersingkir awal dalam kejohanan Masters Orleans dan All England pada Mac.
Untuk perkembangan terkini, bagi aksi pembukaan pemain kelahiran Alor Setar itu dijadualkan menentang wakil Korea Selatan, Jeon Hyuk-jin yang berada di ranking ke-38 dunia.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MKN (Majlis Keselamatan Negara) akhirnya telah mengeluarkan kata putus dan mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikenakan kepada 6 daerah di negeri Selangor dan diantaranya adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dan berkuatkuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei.
Sumber: Astro Awani
MKN (Majlis Keselamatan Negara) telah menjalankan perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 13 Mei ini, hasil daripada pembentangan itu, kerajaan akhirnya telah mengeluarkan SOP buat Hari Raya Aidilfitri tahun ini..
Sumber: Sinar Harian
1. Takbir raya
Takbir raya di masjid/surau dibenarkan bagi kawasan PKP, PKPB, dan PKPP, kecuali bagi kawasan PKPD mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Namun, amalan takbir raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.
Sumber: Sinar Harian
2. Ziarah hari raya
Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah, dengan penjarakan fizikal.
Kawasan PKPB pula dibenarkan ziarah raya pada 1 hingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang.
Kawasan PKPP pula dibenarkan sehingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu masa dengan penjarakan fizikal.
Sumber: Berita Harian
3. Solat sunat hari raya di masjid/surau
Kawasan PKP, PKPB dan juga PKPP, solat hari raya dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak, mengikut ketetapan daripada pihak berkuasa agama negeri.
Bagi kawasan PKPD pula tidak dibenarkan untuk solat sunat hari raya.
Sumber: Sinar Harian
4. Ziarah kubur
Bagi penziarahan kubur di kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tetapi tidak boleh melebihi 6 orang bagi satu petak kubur dan tidak lebih daripada 30 minit.
Kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, bagi kawasan PKP dan PKPD, jamuan selepas solat sunat hari raya di masjid/surau, rumah terbuka hari raya, dan ziarah kubur adalah tidak dibenarkan, kecuali kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Bagi masjid atau surau, adalah lebih digalakkan untuk menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...