
Selepas menyaksikan Fittri menjadi dewi pertama meninggalkan gelanggang pada minggu lalu, episod ketiga pencarian Dewi Remaja 2025 kembali dengan cabaran yang cukup mencabar fizikal dan mental para finalis.
Dengan semangat baharu dan tekad untuk terus kekal dalam pertandingan, sebelas finalis menyahut tugasan minggu ini yang pastinya menggugat keberanian mereka!
Atas permintaan ramai, cabaran ‘Dark Hosting’ kembali mewarnai pentas Dewi Remaja musim ini! Lebih menarik, para finalis ditemani oleh juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol yang pernah melalui cabaran sama tiga tahun lalu.
Setiap finalis perlu mengatasi rasa takut dan menyiapkan cabaran pengacaraan di sebuah banglo tinggal lama yang dikenali sebagai Rumah Penanggal. Suasana misteri di lokasi kali ini pastinya menguji tahap keberanian mereka, memang seram habis!
Seperti biasa, juri tetap Kamal Adli dan Nabila Huda tidak teragak-agak memberi teguran dan pandangan jujur terhadap prestasi finalis.
Kamal menegur dua finalis, Elisa Chew dan Ellysa Ramlee yang berani namun kurang bersedia dalam penyampaian tugasan mereka.
“Elisa & Ellysa, awak bagus dan sudah berani untuk masuk ke dalam rumah banglo itu untuk merakam konten. Tetapi ia tidak bermaksud awak dah lengkapkan tugasan yang diberikan. Saya rasa video dan footage awak tak lengkap dan itulah yang membuatkan konten itu tidak sampai.”
Sementara itu, Nabila pula memberikan komen seakan sama buat Teya.
“Untuk Teya, saya tahu awak faham dengan cabaran pada minggu ini. Kadangkala kita nampak kita dah buat yang terbaik untuk cabaran ini tetapi ia tak sampai dan kami tidak dapat apa yang kami harapkan daripada awak.
Dalam pada itu, Tracie yang muncul sebagi alumni Dewi Remaja dan juri jemputan bagi episod ketiga ini juga berkongsi pandangannya tentang prestasi para finalis.
“Ketika berada di sana, saya nampak kesungguhan kesemua dewi yang ingin memberikan yang terbaik untuk cabaran ini.
“Cuma, ada segelintir daripada mereka yang belum lagi mencapai standard yang diinginkan. Sebenarnya, content penting dalam cabaran kali ini. Ada yang terlalu memikirkan skil pengacaraan di hadapan kamera tanpa memikirkan kandungan pengacaraan mereka.”
Dalam masa yang sama, Nelysa Kay tidak dapat menahan sebak apabila gagal memberikan persembahan terbaik akibat rasa takut.
“Ah, setiap episod menangis… saya amat terkilan dengan diri saya untuk episod ini.
“Saya sebenarnya sejak awal sudah ada ideauntuk buat story line, itulah yang membuatkan saya terkilan sebab tak dapat nak sampaikan apa yang saya mahu kerana saya sangat takut.”
Episod ketiga ini turut menyaksikan detik tegang apabila juri tetap
Kamal Adli dan Nabila Huda menegur sikap segelintir finalis yang tidak meletakkan soal disiplin di set penggambaran sebagai satu keutamaan.“Tak kisahlah call time jam berapa sekali pun, ikut sahaja. Bahkan semua kru dan produksi pun boleh sampai awal di set. Saya mohon jangan tunjuk attitude ini awal-awal.”
Nabila turut menasihati para finalis agar sentiasa beringat tujuan mereka berada dalam pertandingan ini.
“Anda semua kena fikir semula kenapa anda berada di sini. Finalis perlulah ikut sahaja apa yang telah ditetapkan produksi. Ingat semula apakah sebab anda semua mahu masuk dalam Dewi Remaja.”
Selepas penilaian dilakukan, tiga finalis dengan markah terendah diumumkan terdiri daripada Elisa Chew, Ellysa Ramli dan Teya.
Debaran semakin terasa apabila Ellysa dan Teya diumumkan berada di kedudukan bottom 2 dan dikejutkan apabila kedua-duanya diumumkan tersingkir serentak selepas juri mencapai kata sepakat.
Menurut Teya, dia sudah menjangka keputusan itu.
“Saya dah agak saya tersingkir minggu ini kerana saya tak masuk pun ke dalam rumah banglo itu. Walaupun dah deliver mesej di luar tetapi saya tetap tak masuk sebab saya terlalu takut.
“Tidak mengapa, ini bukan penamat perjalanan saya dalam industri seni ini. Saya percaya kepada rezeki.”
Ellysa pula menerima keputusan dengan hati terbuka.
“Saya masuk Dewi Remaja dengan senyum dan saya keluar pun dengan senyuman juga. Saya sangat bersyukur dapat peluang ini. Dapat masuk top 12 finalis pun saya dah sangat bersyukur dan ia adalah rezeki yang sangat besar buat saya. Mohon doakan yang baik-baik sahaja buat saya.”
Kini, hanya sembilan finalis yang kekal meneruskan perjuangan ke minggu keempat pencarian Dewi Remaja 2025.
Apakah pula tema cabaran minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan!
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
SEMBILAN pemenang saguhati barangan eksklusif redONE.
CARA PENYERTAAN
Jawab soalan di bawah pada setiap minggu.
Peserta yang menjawab secara lengkap soalan-soalan terkumpul dan melampirkan slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.