Juara dunia lapan kali, ratu squasy negara Nicol Ann David telah pun menerima penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat yang membawa gelaran Doktor oleh Heriot-Watt University Malaysia.
Majlis Penganugerahan tersebut telah diadakan bersempena Upacara Konvokesyen Pusat Sains Sosial, Universiti Heriot-Watt Malaysia pada hari Sabtu, 12hb Februari 2022.
Nicol turut memuat naik berita gembira itu di laman instagramnya.
Ads
Ini adalah satu penghormatan untuk saya menerima ijazah kedoktoran kehormat dari Universiti Heriot-Watt Malaysia atas sumbangan saya kepada sukan dan sokongan terhadap impak pendidikan positif dalam memperkasakan kehidupan. Saya amat gembira menerima anugerah yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang amat saya kagumi. Terima kasih kepada provost Profesor Mushtak Al-Atabi.
Bermain skuasy secara profesional selama lebih 20 tahun, Nicol David turut berkongsi beberapa nasihat kepada masyarakat bahawa menurutnya kehidupan tidak pernah lurus ke hadapan. Kita akan sentiasa menghadapi halangan dalam setiap langkah yang diambil. Tidak ada jalan yang betul dalam hidup, keindahan adalah mencari kekuatan dalam diri untuk meneruskan kehidupan apabila keadaan menjadi sukar. Kerja keras akan sentiasa membuahkan hasil untuk mencapai impian anda.
Tambahya lagi, jauhi orang yang tidak memberikan galakkan kepada anda. Beliau berharap agar lebih ramai orang menyimpan impian yang besar dan bukannya sentiasa mencari hujah mengapa mereka tidak akan berjaya. Mempunyai persekitaran yang positif akan menjadi satu perbezaan besar dalam laluan anda untuk mencapai impian.
Ads
Akhir sekali, jadilah orang yang baik. Sentiasa ingat tidak kira betapa berjayanya anda, sentiasalah mempunyai sifat belas kasihan kepada orang sekeliling.
Itu adalah antara kata-kata hikmat yang telah dikongsi oleh lagenda skuasy negara yang boleh dijadikan inspirasi buat seluruh masyarakat. Tahniah diucapkan kepada Datuk Nicol David dan semoga kejayaannya ini dapat diikuti oleh para remaja di luar sana.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bunyi ketukan pintu yang menghantui penduduk di kawasan Sabak Bernam masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Diberitakan sehingga ke hari ini penduduk dihantui ketakutan kerana dari pemerhatian rondaan termasuk CCTV mendapati tiada “indvidu” muncul sebaliknya hanya bunyi ketukan kuat di pintu rumah masing-masing.
Di fb Solo Ambush, individu yang kerap pergi ke lokasi-lokasi dikatakan berhantu di seluruh negara (malam tadi beliau ke Tasik 1000 wajah menyaksikan 19 ribu komen dari peminat-peminat dunia misteri). Dalam pada itu ada yang meminta Solo Ambush datang ke kawasan Sabak Bernam untuk merungkai misteri bunyi ketukan di pintu penduduk ini.
Dalam pada itu, di fb miliknya Solo Ambush juga ada menulis mahu segera ke lokasi tersebut dan meminta persetujuan dari JKK di sana termasuk kebenaran rentas negeri dari pihak polis untuk membantunya ke lokasi tersebut (pastinya puluhan ribu peminat dunia misteri tidak sabar mengikutinya dalam siaran langsung jika Solo ke sana kelak).
Dalam pada itu, REMAJA menghubungi Kiyai Haji Wijaya bin Haji Rahman yang terlibat dalam dunia perubatan Islam dan cukup berpengalaman luas termasuk pernah dipanggil pihak jabatan agama untuk mengalihkan kubur-kubur lama bagi memberi laluan pembesaran jalan.
Ditanya bunyi misteri ketukan pintu ini biasanya apa, jelas Kiyai Haji Wijaya, ia disebut Hantu Kum-Kum atau di negara seberang disebut Hantu Jadi-Jadian.
Untuk pengetahuan korang, kisah hantu ini pernah popular sekitar 70-an dan pernah menggemparkan penduduk di Johor dan biasanya ia dikaitkan dengan dakwaan wanita yang ingin kelihatan cantik selama-lama tapi sudah melanggar pantang larang hingga membuatkan wajahnya menjadi buruk dan hodoh. Malah pihak Astro juga pernah menerbitkan kisah misteri hantu misteri ini di dalam slot drama mereka. Ketukan itu dikatakan berbunyi Assalamualaikum Kum..Kum dan ia cukup menakutkan bagi mereka yang pernah lahir tahuh 90-an kerana cerita itu dimomokkan ketika mereka masih kecil.
Tambah Kiyai Haji Wijaya, hantu Kum-Kum ini biasanya akan mengetuk pintu rumah dengan kuat. Namun tidak semua individu dalam rumah yang sama akan mendengar bunyi ketukan kuat tersebut. Hanya orang-orang tertentu sahaja.
Pagarlah rumah dengan ayat kursi
Dalam pada itu, Kiyai Haji Wijaya turut meminta penduduk agar melakukan usaha dengan “memagar” depan pintu rumah dengan ayat Kursi. Ini kerana ayat Kursi di dalam surah Al Baqarah ayat 255 itu disebut sebagai “Penghulu segala ayat Al-Quran” yang mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.
Terjemahan bagi ayat Kursi membawa maksud : Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNy. Tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)
Jelas Kiyai Haji Wijaya, bacalah ayat Kursi ini di samping garam kasar (agak-agak jumlahnya). Selepas habis membaca ayat kursi itu, berselawatlah Nabi sebanyak tiga kali dengan sekali nafas sahaja sebelum dihembuskan ke garam tersebut.
Garam itu perlulah ditaburkan di hadapan pintu rumah. Ia sebagai tanda rumah sudah “dipagar” dan makhluk halus tidak akan datang mengganggu, insya Allah,” jelasnya.
Jin dan syaitan itu wujud
Apa pun, kewujudan jin dan syaitan ada disebut oleh Allah di dalam Al-Quran khususnya kisah Nabi Sulaiman :- وَحُشِرَ لِسُلَيْمَـٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ وَٱلطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ Maksudnya: “Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing." (Surah Al-Naml : 17)
Begitu juga Allah menceritakan akan kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia. Firman Allah: يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيْطَـٰنُ كَمَآ أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ ٱلْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَٰتِهِمَآ Maksudnya : “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup)”(Surah Al-‘Araf : 27)
Walaupun kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar kita ia bukan bermakna syaitan dan jin tidak wujud. Kewujudan mereka tidak dapat dilihat oleh kita. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT:
إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ Maksudnya : “…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka…” (Surah Al-‘Araf : 27) Sheikh Tohir Ibn ‘Asyur menyebut bahawa sebahagian ahli ilmu menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa syaitan tidak mungkin untuk dilihat. Akan tetapi bukan begitu maksud ayat tersebut. Ianya membawa makna bahawa mereka melihat kita dalam keadaan kita tidak boleh melihat mereka. Kalaupun kita tidak boleh melihat mereka itu tidak bermakna kita tidak boleh melihat mereka selama-lamanya. Tidak dapat melihat mereka pada waktu sekarang tidak boleh menafikan kewujudan mereka secara mutlak. (Rujuk Tahrir Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid, 3/26) (sumber laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan). Gambar: Sinar Harian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.
Education Malaysia Beijing (EMB) dalam kenyataannya berkata, Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan berjaya mempamerkan aksi debat yang cemerlang dan melayakkan diri ke peringkat akhir mewakili daerah Beijing selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.
“Usul ‘Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar?’ membuktikan kesungguhan kedua-duanya berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan cemerlang.
“Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekaligus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini,” katanya.
Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan dan rakan seuniversitinya mengungguli juara debat bagi kategori pelajar antarbangsaBangga dapat mengharumkan nama Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) yang diwakili oleh mereka berempatSaat debar sebelum diumumkan sebagai pemenang
Pertandingan terbabit berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu menyaksikan pasukan debat terdiri daripada wakil 16 universiti terkemuka di daerah Beijing yang datang dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.
Mengulas lanjut, EMB berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan penuntut Malaysia.
“Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.
“Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini,” katanya.
Setelah lama rakyat United Kingdom dan wilayah di bawah takluknya berteka teki tentang kesihatan Putera Philip akhirnya baginda telah disahkan menghembus nafas yang terakhir setelah gering berbulan lamanya hari ini. Baginda yang diputerakan pada 10 Jun 1921 akan menyambut hari kelahirannya Jun nanti.
Dalam satu kenyataan rasmi Istana, “Dengan rasa dukacita yang mendalam, Yang Mulia Ratu mengumumkan kematian suaminya yang tercinta, Yang Mulia Putera Philip, Duke of Edinburgh dengan tenang pagi ini di Istana Windsor. Pengumuman lebih lanjut akan dibuat tepat pada waktunya. Keluarga DiRaja akan bersama dengan orang-orang di seluruh dunia untuk meratapi pemergiannya.”
Putera Philip setia menemani isteri baginda, Queen Elizabeth II ke mana-mana acara sebelum mengambil keputusan bersara pada tahun 2017.
Sebelum ini Putera Philip telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII di hospital London pada 17 Februari setelah kesihatannya merosot. Istana kemudian mengesahkan bahawa baginda dirawat kerana jangkitan.
Kemudian, pada 1 Mac, baginda dipindahkan ke Hospital St. Bartholomew, juga di London, yang mana para doktor terus merawat jangkitan tersebut dan juga melakukan ujian untuk memantau keadaan penyakit jantung yang sudah dihidapi baginda. Selepas pembedahan, baginda dikeluarkan dari hospital pada pertengahan Mac untuk berehat di Istana.
Perkahwinan baginda berdua dikurniakan empat orang cahaya mata. Charles, Anne, Andrew dan Edward.
Dikenali dengan gelaran rasmi Duke of Edinburgh, baginda adalah putera Inggeris yang paling lama berkhidmat setelah mengahwini isterinya. Baginda mengahwini Queen Elizabeth (ketika itu Puteri Elizabeth) pada tahun 1947. Perkahwinan baginda berdua ketika itu menjadi satu momen manis biarpun dunia masih bergolak akibat kerosakan Perang Dunia II.
Dalam tujuh dekad perkhidmatannya, Putera Philip sering menemani Ratu dalam sebarang acara kerajaan, dan melakukan ribuan penampilan solonya sendiri. Untuk pengetahuan pembaca baginda dilahirkan sebagai Putera kerajaan Greece dan Denmark sebelum meninggalkan negaranya ketika berusia 18 bulan disebabkan pergolakan yang berlaku di negaranya ketika itu.