Pelakon, Ramona Zamzam tampil bersuara susulan segelintir selebriti dan pempengaruh yang telah memberi kenyataan rasmi mereka selepas tersenarai dalam celebrity blockout 2024.
Luahan tersebut dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi coretan panjang lebar di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Menerusi perkongsian tersebut, Ramona didakwa ‘memerli’ individu dengan mendakwa segala yang dimuat naik berkaitan isu Palestin dan peperangan yang berlaku di Gaza adalah tidak ikhlas, selain hanyalah pedulikan wang sahaja.
“Segelintir daripada anda tidak pernah pun berkongsi mengenai perkara ini. Sekarang dah masuk senarai blockout baru terhegeh-hegeh nak muat naik.
Ads
“Tetapi, anda tahu tak… saya tak percayakan awak. Awak tak ikhlas dan tak pernah peduli. Sekarang baru nak cakap fasal Gaza, sedangkan selama ini anda boleh menggunakan platform ini untuk bercakap mengenainya.
“Oh well, anda bukan antara mangsa yang dibunuh dan dibom. Apa yang anda peduli hanyalah wang dan glamor,” katanya.
Pada masa sama, Ramona turut menegaskan kepada netizen agar menyekat secara profesional kepada mereka yang terlibat, bukanlah melontarkan perkataan yang kurang baik terhadap mereka di media sosial.
Ads
“Dan netizen pun, tak perlulah nak maki dan kecam di platformnya. Jika anda ikhlas dengan niat anda dan ingin sekat mereka, lakukan secara profesional. Be civilized for god’s sake.
“Sama seperti anda semua boikot jenama minum terkenal itu, tetapi pandu lalu pergi prank pekerja di sana. Untuk apa? Sedar tak betapa bodohnya perkara itu? Terpaling sucikah kau pergi kacau orang yang sedang bekerja. Defeat the whole purpose!” coretnya panjang lebar.
Ads
Terkini di media sosial, warganet telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Ramai nama artis dan pempengaruh yang terpalit dan disenaraikan dalam #celebrityblocklist.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pemenang anugerah Grammy bagi lagu lagenda, Gangsta’s Paradise dan rapper kegemaran ramai, Coolio telah meninggal dunia pada usia 59 tahun.
Lapor New York Times, rapper itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di sebuah kediaman rakannya dekat Los Angelas. Pengurusya Jarez Posey bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Coolio atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr.
Coolio semasa memenangi anugerah Grammy pada tahun 1996.
Lapor TMZ pula, Coolio dipercayi sedang melawat seorang rakannya dan pergi ke bilik air. Apabila beliau tidak muncul-muncul, rakannya yang memanggil nama Coolio berulang kali telah ke bilik air itu dan menemui di lantai.
Pemergian ini telah mengejutkan ramai rakan selebriti dan warga Hollywood yang tampil memberikan penghormatan mereka menerusi media sosial sebaik sahaja berita tersebut diumumkan pagi tadi.
Pelakon Dangerous Minds (yang menggunakan lagu Gangsta’s Paradise sebagai runut bunyi filem), Michelle Pfeiffer di antara insan terawal yang meluahkan rasa sedihnya terhadap pemergian Coolio.
“Amat sedih apabila mendengar berita pemergiaan artis berbakt @coolio. A life cut entirely too short,” catatnya sambil menempel klip video Gangsta’s Paradise, Michelle turut membintangi video muzik tersebut.
“Seperti yang kamu tahu, saya bertuah dapat bekerjasama dengannya dalam Dangerous Minds pada 1995. Beliau memenangi satu anugerah Grammy untuk lagu cemerlangnya.
“Saya juga merasakan lagu tersebut adalah salah satu sebab mengapa filem tersebut berjaya. 30 tahun kemudian, saya masih teruja mendengar lagu itu,” tambahnya lagi.
Melissa Joan Hart pula memuat naik foto dirinya bersama Coolio sewaktu rapper tersebut membuat kemunculan istimewa dalam salah satu episod Sabrina the Teenage Witch.
Gangsta’s Paradise yang masih dianggap sebagai lagu terbaik sepanjang zaman telah menduduki tangga pertama dalam carta Billboard Hot 100 untuk tiga minggu dan memenangi anugerah Grammy bagi kategori Persembahan Rap Solo Terbaik pada tahun 1996.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 17 Januari lalu, pelakon berbakat besar, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata ketiganya iaitu bayi perempuan pada jam 1.25 pagi.
Genap sebulan kelahiran ahli keluarga baharu, terkini, pelakon drama popular Hati Perempuan itu tampil mendedahkan wajah cahaya matanya itu menerusi sebuah hantaran baharu di entri Instagram miliknya.
Dalam perkongsian video tersebut, Mia buat kali pertama dengan menunjukkan rupa paras bayinya yang ketiga itu selain memberi nama Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi, hasil persetujuannya dengan suami yang juga pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi.
“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian klip video pendek berkenaan sekaligus dibanjiri pujian daripada para warganet dan rakan selebriti selain mendoakan yang baik-baik buat puteri kecilnya itu.
“Waalaikumsalam.. Comelnya dia… Sama eh nama kita,” komen seorang pengikutnya.
“Allahuakbar! Comelnya… segala puji bagi Allah.. semoga yang baik-baik untuk anak ini, Puan Mia semoga sentiasa dilindungi Allah,” komen juga pengikut lain.
“MasyaAllah. Semoga Imaani membesar dengan sihat dan bijak,” titip doa seorang peminatnya menerusi ruangan komen.
Sekadar informasi, Mia dan suami tercinta mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayt Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bermula semalam, peminat kumpulan K-pop Big Bang terpaksalah bersabar menanti momen comeback kumpulan tersebut setelah salah seorang daripada ahlinya, Kwon Ji-yong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon. mula menyertai latihan ketenteraan.
Selepas rakannya, T.O.P terlebih dahulu menamatkan latihan ketenteraan pada tahun lepas, kini tiba pula giliran G-Dragon sebagai seorang warganegara lelaki di Korea Selatan untuk menyertainya.
Berita ini membuatkan kebanyakan daripada fans tegarnya bersedih kerana terpaksa menunggu tempoh yang agak lama bagi penyanyi dan komposer itu membuat kemunculan semula.
Turut kelihatan dalam foto terakhir G-Dragon di media sosial ialah ibu bapa dan kakak kepada ketua kumpulan Big Bang itu.
Beberapa keping foto menunjukkan G-Dragon pada hari pertamanya semalam. Kini, G-Dragon yang terkenal dengan fesyen rambut berani dahulu sudah memotong rambutnya pendek dengan stail buzzcut.
Hey, walaupun rambutnya pendek tapi masih nampak handsome okay!
G-Dragon sewaktu baru tiba di kem latihan White Skull di Gangwon, Korea Selatan.
Walaupun datang serba hitam, kami pasti pakaiannya semalam terdiri daripada jenama mewah!
Walaupun dia cuba untuk merahsiakan kehadirannya di kem latihan ini, namun sudah pasti foto seperti ini akan dicari oleh fans tegarnya.
Semasa baru tiba untuk pendaftaran.
Fans rata-rata memberikan kata-kata semangat seperti “Jaga kesihatan” dan ” Jaga keselamatan diri” pada caption foto yang dimuat naik oleh mereka.
Malah, ada juga di antara mereka yang setia berdiri di hadapan kem latihan untuk menunggunya. Turut ada di situ ialah pengurus T.O.P dan pengurus Seungri.
Buat waktu ini, G-Dragon akan menyertai tempoh latihan asas selama 5 bulan sebelum memulakan tugas sebagai ahli tentera. Dia hanya akan menamatkan sesi tersebut pada November 2019.
Sebelum ke sana, G-Dragon sempat menghabiskan masa bersama kesemua ahli Big Bang. Selebriti lain seperti CL dan Yang Hyun Suk juga ada menyampaikan pesanan kepadanya di akaun media sosial mereka.
Sebelum ini, pelakon Korea seperti Joo Won dan Ji Chang Wook juga pernah menjalani latihan mereka di kem sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.