
Selepas sekian lama dikenali sebagai pelakon dan model, Ramona Zamzam kini mula mengorak langkah ke dunia keusahawanan apabila menceburi bidang bisnes produk kecantikan khusus untuk wanita.
Meskipun aktif mengusahakan jenama kecantikannya, Ramona tidak menolak bahawa dunia lakonan tetap dekat di hati.
“Ramona akui hati saya masih dalam dunia lakonan, bidang ini adalah cinta sebenar saya. Dalam bisnes pula, saya baru belajar dan banyak lagi yang saya perlu tahu.
“Pada waktu itu, saya memilih untuk lakukan kedua-duanya. Bukan sekarang ini ketepikan lakonan, tapi ada hal yang penting lagi untuk saya dahulukan,” katanya kepada Remaja.
Tambah Ramona, salah satu faktor utamanya memilih untuk menghasilkan produk kecantikan, khususnya make up remover, adalah kerana pengalaman sendiri yang begitu dekat dengan dunia solekan.
Menurut Ramona lagi, pengalaman dan peningkatan usia turut membentuk kefahamannya terhadap penjagaan wajah dan kesihatan kulit.
“Kini, bila usia dah meningkat dan lebih tahu mengenai produk kecantikan dan kesihatan.
“Buat wanita di luar sana, anda perlu ada make up remover kerana kalau tak menjaga wajah, kulit anda boleh breakout,” ulasnya.
Mengulas lebih lanjut mengenai motivasinya dalam menceburi bidang perniagaan, Ramona menekankan bahawa semuanya bermula daripada satu perkara iaitu minat yang mendalam.
“Kenapa memilih bisnes, ia kerana passion. Saya percaya apa yang kita buat semuanya hanyalah kerana passion, bukan hanya sebab wang dan trend tapi sebab
passion.“Passion ini disebabkan kerana saya dah alami kulit wajah yang teruk. Bila kita, para wanita, ada masalah sebegitu, secara automatik kita kurang yakin dengan diri,” katanya mengakhiri temu bual.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.