Orang lain yang nak nyanyi malam ni, kami pula yang nervous!
Akhinya setelah berbulan menunggu, malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) kembali lagi untuk mengangkat prestij muzik tanah air.
Kalau dah namanya AJL, tak sah kalau tak ada kontroversi nakal. Dan untuk edisi ke-33 ni, ia telah bermula sejak pemilihan 12 buah lagu yang akan berentap lagi apabila tiada satu pun pencalonan yang terdiri daripada kumpulan ataupun band.
Rata-rata kesemuanya penyanyi solo, duet mahupun trio. Pemilihan lagu yang cuba untuk memberikan ruang agar genre lain boleh bersaing di kalangan genre balada juga menjadi salah satu topik hangat.
Anyway, kita dah pun ada senarai penuh lagu yang akan berentap, tak payah nak ungkit cerita lama. Kita fokus je kepada pencalonan malam ni dan siapa yang diramal akan membawa pulang trofi tersebut.
Bukan hanya netizen yang sibuk ingin lakukan ramalan dan berikan sokongan, rakan selebriti pun turut serta.
Antaranya termasuklah Shalma Aina, Bella Astillah dan Aprena Manrose yang memuat naik video cover bagi kesemua lagu yang bertanding.
Ads
Kalau korang masih ingat pada tahun lalu, Neelofa juga pernah melakukan ramalan untuk AJL32 dan kesemua ramalan Top 3 pada waktu itu TEPAT!
Neelofa melalui Twitter telah meramalkan Jampi (Hael Husaini), Sejati ( Faizal Tahir – dibawakan oleh Azmi Caliph Buskers) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli). Dan ternyata kesemunya menang pada malam itu.
Pada AJL 31 pula, Neelofa turut beranggapan Dayang Nurfaizah akan muncul sebagai salah seorang pemenang melalui Lelaki Teragung dan – whoa – memang betul lah!
Ads
Hhm, untuk AJL 33 kali ini, macam mana pula ramalan Neelofa..?
Antara lagu yang dipilihnya ialah Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah), Bunga (Ara Johari), Sampai Bila (Misha Omar), Bunga (Altimet – dibawakan oleh DeFam) dan Hajat (Hael Husaini).
Secara peribadinya, ada beberapa lagu ramalan REMAJA juga di dalam senarai itu. Tapi jangan lupa, kita ada 7 lagi saingan sengit daripada penyanyi senior, bekas pemenang AJL dan daripada penyanyi underdogs sendiri.
Korang rasa, siapa akan menang malam ni??
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ura-ura stor muzik terkenal Malaysia, Rock Corner akan ditutup sudah lama kedengaran.
Sejak beberapa tahun yang lalu, demam muzik digital dan online streaming telah ‘membunuh’ perniagaan fizikal dunia hiburan. Sama ada filem, muzik, drama bersiri dan apa saja yang berkaitan dengannya, hakikatnya lebih ramai orang sekarang yang telah beralih arah kepada dunia digital.
Dilema ini turut dirasai Rock Corner, salah satu stor muzik yang paling digemari ramai sejak era 90-an. Penulis sendiri banyak membeli kaset dan CD daripada stor ini sejak kecil.
Malangnya, Rock Corner bakal menutup stor terakhir
mereka di The Gardens, Kuala Lumpur
pada 2 September ini.
Rock Corner berkata mereka cuba untuk mengekalkan kewujudan stor fizikal sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi satu-persatu cawangan Rock Corner terpaksa ditutup.
“Kami menutup cawangan KLCC dan Mid Valley. Kemudian pada tahun lalu, tiga cawangan ikonik kami di The Curve, Bangsar Village dan Subang Parade pula terpaksa ditutup. Ya, masih ada pembeli yang inginkan produk fizikal, tetapi disebabkan penurunan jualan serta harga sewa yang tinggi, kami perlu menutup stor terakhir di The Gardens ini.
So guys, korang ada masa sehingga 2 September ini untuk membeli CD, DVD, Vinyl, DVD Blu-Ray dan produk lain di Rock Corner pada harga yang cukup murah. Jom tengok apa yang ada:
Album Artis Korea & Jepun
2 CD untuk RM10
Piring Vinyl
Diskaun 60%, bulan lalu 50%
CD Lain-Lain
RM10 je setiap satu.
Fon Kepala BEATS & Jenama Lain
Diskaun 50%
DVD
RM5.00 setiap satu. Bagi DVD Blu-Ray pula, Rock Corner menjual 5 untuk RM100.
Happy Shopping korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas dua tahun berlakunya pandemik COVID-19, nampaknya tahun ini semuanya sudah kembali seperti dahulu kerana kita sudah berada di fasa endemik.
Setelah sekian lama kebanyakan aktiviti dihadkan, terutamanya dalam bidang hiburan, kini dikhabarkan ramai selebriti luar negara bakal ke Malaysia untuk menganjurkan konsert. Pasti ramai yang excited dan tidak sabar menantikan kemunculan bintang pujaan mereka.
Terbaru, kumpulan kpop wanita popular Blackpink dikhabarkan bakal menganjurkan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mac tahun depan.
Menurut laporan media, konsert kedua Blackpink di Malaysia ini dianjurkan seiring dengan pelancaran sebuah album baharu yang akan dilancarkan sekitar bulan hadapan. Sekaligus, mereka bakal mengumumkan siri konsert jelajah dunia di negara-negara terpilih dalam masa terdekat.
Terdahulu, kumpulan yang dianggotai Kim Jisoo, Lisa Manobal, Kim Jennie dan Rosé itu pernah mengadakan konsert di Malaysia pada Februari 2019 selama dua hari berturut-turut bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.
Difahamkan juga, ramai lagi penghibur terkenal dijadualkan akan hadir ke Malaysia termasuk Billie Eilish, Boys Like Girls, Calum Scott, Russ, Lany, Boy Pablo, Keshi dan Jay Chou.
Nah, mesti ramai yang sudah tidak sabar menantikan kedatangan selebriti-selebriti popular ini kan? Sama-sama kita nantikan update terbaharu tentang penganjuran konsert mereka di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan festival Songkran di Thailand?
Jika di Malaysia, kita teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan perayaan Natal sepanjang tahun. Di Thailand pula, masyarakat sana serta pelancong asing tak sabar untuk menantikan festival air terbesar di dunia iaitu Songkran.
Songkran menandakan mulanya tahun baru dalam kalendar masyarakat Thai. Ia selalunya disambut pada dari 13 hingga 15 April kerana itulah waktu paling panas di sana.
Setiap tahun, penganjur akan melakukan sesuatu yang lebih rare dan berskala besar agar semua orang puas menyambutnya. Tak hairanlah ramai memasukkan Songkran ke dalam bucket list mereka.
Tapi korang tahu tak, festival Songkran ini bukan saja disambut di Bangkok. Ia juga meriah di bandar lain seperti Krabi, Phuket, Chiang Mai dan Pattaya.
Apa yang menarik sangat di sana? Jom kita lihat.
BANGKOK
Silom Road: Sepanjang 5 kilometer, beribu orang akan membawa pistol air dan gigih mencari mangsa seterusnya. Antara highlight di sini adalah ‘pesta air’ oleh trak bomba menggunakan hos air.
Khao San Road: Di Silom, mungkin korang masih boleh selamatkan diri daripada basah dengan berdiri di pejalan kaki. Namun di Khoa San, memang tiada siapa yang akan dibiarkan kering!
CHIANG MAI
Songkran sebenarnya juga disambut dari sudut agama oleh masyarakat Thai. Upacara agama paling meriah adalah di Chiang Mai. Pada hari pertama Songkran, gambar Buddha dan kereta berhias akan berarak dari jambatan Narawat dan berakhir di Wat Prasingh.
Hari kedua pula, mereka akan berkumpul di sungai Mae Ping untuk mengutip pasir bagi acara keagamaan.
Selasai dua hari itu, acara ‘main air’ akan berlangsung di old town di mana, beberapa buah pentas akan didirikan untuk sekumpulan penari.
Di setiap pentas, mereka akan bermain air dan buih sabun sehingga ada yang menggelarnya ‘Foam Party’.
PATTAYA
Songkran di Pattaya disambut lama sedikit berbanding Bangkok dan Chiang Mai; iaitu pada 13 hingga 19 April. Ia kemudian diikuti dengan acara ‘Wan Lai’ yang bermaksud ‘hari seterusnya’.
Apa yang membuatkan Songkran menarik di Pattaya adalah adat orang lelaki yang mengangkat wanita ke dalam laut untuk ‘sucikan diri’. Di sana juga diadakan Muay Talay (permainan sukaneka di atas air) dan ratu cantik ‘Miss Songkran’.
=======================
Songkran ini dengarnya macam ‘liar’ dan menyeronokkan, betul? Namun jangan tak tahu, terdapat beberapa do’s and don’ts yang wajib korang ikuti. Kalau tak ikut, susahlah semasa berada di sana.
Jangan jiruskan air sejuk berisi ais atau air sesejuk ais kepada orang lain.
Walaupun Songkran ialah acara basahkan diri, jangan keluar ke tengah jalan dengan pakaian bikini! Cukup sekadar menyarung baju T atau baju tanpa lengan. Elakkan baju berwarna putih.
Simpan pasport, dompet dan telefon bimbit di dalam beg kalis air dan letakkan di hadapan badan.
Naiki kenderaan awam kerana mustahil korang boleh memandu di jalan raya pada waktu ini.
Beli kad sim Thai agar mudah untuk google acara Songkran yang ada di bandar masing-masing.
Jangan basahkan golongan sami dan kanak-kanak.
Jangan jiruskan air kepada penunggang motorsikal.
This is a no-no..
Bagi yang merancang untuk menyambut Songkran April ini, apa kata korang book je pakej murah bermula sekarang.
Pakej AirAsiaGo.com bernama ‘Songkran Early Bird’ ini amatlah berbaloi jika ingin ke sana untuk 3 hari dua malam.
Tawarannya serendah RM332 untuk tiket penerbangan dan penginapan 2 malam sama ada di Bangkok, Krabi, Phuket, Chiang Mai dan beberapa lokasi lain.
Dah buat booking ke Thailand? Jangan lupa untuk masukkan booking details di aagobigloyalty.com untuk redeem 2x BIG Points daripada AirAsiaGo sebelum 20 Februari. Bagi pengguna apps AirAsiaGo.com, masukkan kod promosi [songkran10] untuk korang nikmati diskaun tambahan 10% untuk tempahan hotel.
Tawaran ‘Songkran Early Bird’ ini bermula dari 22 Januari sehingga 4 Februari untuk percutian dari 25 Februari ke 30 April. Log masuk https://goo.gl/D72z8c untuk menempah.
Peraduan Special REMAJA X AirAsiaGo
Sebab kami sayang korang, jadi REMAJA ingin tawarkan baucar penginapan RM300 setiap seorang untuk 16 pemenang bertuah hotel bersama AirAsiaGo di Thailand sempena festival Songkran tahun ini.
Jawab soalan di bawah dan hantarkan jawapan beserta butiran peribadi secara DM ke instagram @majalahremaja.
Soalan 1
Apakah 2 jalan raya popular di Bangkok semasa festival Songkran?
Soalan 2
Nyatakan TIGA jenis peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang festival Songkran.
Slogan
Saya nak ke _______________ (nama bandar) di Thailand untuk menyambut festival Songkran pada tahun ini kerana…
(Tidak melebihi 20 patah perkataan)
=======================
Jangan lupa untuk hantarkan sekali butiran diri:
Nama penuh:
Nama panggilan:
Alamat:
Nombor Kad Pengenalan:
Nombor Telefon (HP):
Akaun Instagram:
Akaun Facebook:
Peraduan bermula dari 26 Januari sehingga 2 Februari 2018. Semua butiran peribadi adalah untuk simpanan pihak Majalah Remaja dan tidak akan diguna pakai bagi tujuan asing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!