Ramai Yang Setia Dari Curang. Kajian Bukti Lelaki Malaysia Nombor 1 Di Asia Paling Setia

Share

C.U.R.A.N.G

Inilah perkara yang paling ditakuti oleh semua pasangan terutamanya bagi kamu kaum perempuan. Sudah banyak kisah yang kita baca bagaimana lelaki yang dianggap baik, lemah lembu serta manis mulutnya telah berlaku curang kepada pasangan mereka.

Malah, sejak kebelakangan ini, REMAJA banyak mendengar keluhan di media sosial tentang kes lelaki yang mencurangi pasangan mereka termasuklah di kalangan selebriti tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Semua Lelaki Kacak ‘Buaya’ & Gemar Curang, 8 Selebriti Ini Buktikannya

Foto Via Pexels

Namun, siapa sangka lelaki Malaysia antara yang paling setia di ASia. Ini dibuktikan melalui satu kajian berasaskan satu kaji selidik yang dijalankan oleh aplikasi janji temu atas talian yang popular di Asia, Just Dating.

Kajian tersebut menunjukkan peratusan curang di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi itu antara yang paling rendah di benua Asia.

Lelaki Paling Setia 

Hasilnya, rakyat Malaysia mendapat jolokan negara yang paling setia dari aplikasi terbabit berdasarkan keputusan soal selidik itu.

Kajian tersebut turut mendapati 50 peratus responden lelaki memilih untuk memaafkan pasangan mereka yang berlaku curang.

Manakala, 70 peratus pengguna wanita dari Malaysia akan segera angkat kaki untuk keluar dari hubungan sekiranya pasangan mereka tidak setia.

Indonesia pula menduduki tempat kedua kerana 40 peratus pengguna dari negara itu mengakui pernah mengkhianati pasangan masing-masing.

Sebanyak 50 peratus pungguna dari Thailand pula mengaku pernah menduakan pasangan membuatkan negara itu menduduki tempat ketiga.

BACA LAGI: 7 Inspirasi Trend Warna Rambut 2023, Rose Gold Hingga Warna Violet – REMAJA

Sumber : (1) (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN