Ramai yang suka makan mee segera. Selain lebih mudah disediakan, ia hanya mengambil masa kurang dari lima minit untuk kita menikmatinya. Malah sejak dulu lagi, bahaya mee segera banyak dikongsikan di media sosial namun makanan ini tetap menjadi pilihan orang bujang khasnya bagi menahan lapar.
Bacalah perkongsian dari Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara memasak mee segera ini dengan teknik yang betul seperti dikongsikannya. Tetapi adalah lebih baik kita menikmati makanan lebih berkhasiat dari mee segera dengan memakan makanan lebih berkhasiat.
Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mee segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain yang boleh didapati.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.
Ads
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Ads
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE :
Ads
1. Rebus mee di dalam periuk air. 2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet. 3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api. 4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee. 5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering. Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
MSG ialah 'Mono Sodium Glutamate' sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita. .
*1 – Perasa
*2 – Pewarna
*3 – Penaik
*4 – Penstabil
*5 – Pemanis
*6 – Pengawet .
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita. #HealthDrZubaidi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernahkah anda merasa malu yang teramat sehingga membuatkan muka anda berubah merah semerah buah tomato?
Bagi kebanyakan individu normal, keadaan seperti diatas adalah perkara biasa sekiranya secara tidak sengaja melakukan sesuatu perkara yang memalukan di khalayak ramai. Dan ia pula bukanlah satu keadaan yang berlaku setiap hari pada kebanyakan kita.
Namun tahukah anda bahawa bagi para penghidap penyakit malu patologikal, mereka terpaksa menghadapi keadaan tersebut setiap hari dalam hidup mereka? Ya. Dan ia amatlah perit! Apa itu Social Anxiety Disorder (SAD)?
Malu patologikal adalah satu masalah psikologi berkait rapat dengan masalah Social Anxiety Disorder (SAD) atau dalam bahasa kebangsaan kita panggil sebagai Gangguan Kebimbangan Sosial. SAD juga dikenali dengan nama fobia sosial atau social phobia.
Orang yang mempunyai masalah SAD ini berasa terlalu takut sekiranya mereka melakukan sesuatu yang bodoh dan memalukan di hadapan orang lain seperti blushing secara spontan atau wajah menjadi merah disebabkan oleh perasaan malu secara tiba-tiba walaupun dengan melakukan perkara yang dianggap tidaklah memalukan langsung.
Penghidap masalah ini akan berasa takut untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling. Mereka akan berasa fobia dan merasa gusar untuk berinteraksi dengan masyarakat kerana mereka takut dengan persepsi buruk orang lain terhadap mereka. Masalah ini adalah masalah kronik dan tidak akan sembuh dengan sendiri melainkan dengan terapi tingkahlaku kognitif dan melalui pendekatan terapi ubat-ubatan jika perlu.
Prevalens
Masalah ini sebenarnya bukanlah perkara ganjil dan rare. Ia biasanya berlaku pada golongan wanita namun golongan lelaki juga tidak terkecuali. Keadaan ini berlaku hampir sebanyak 12% daripada populasi.
Diagnosa
Anda akan didiagnos mengalami masalah ini apabila ;
Rasa takut berterusan lebih daripada 6 bulan setiap kali berada dalam kelompok orang ramai.
Kebimbangan yang ekstrem sehingga mengganggu fungsi dan kehidupan seharian si penghidap.
Gejala-gejala ini bukan disebabkan oleh masalah perubatan.
Selain itu, terdapat satu lagi kaedah yang digunakan iaitu ;
MINI-SPIN (Mini Social Phobia Inventory)
– Amat sensitif dalam 90% pengesanan kes SAD yang mengandungi beberapa soalan psikologi yang perlu dijawab oleh pesakit.
Punca
SAD adalah masalah psikologi yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti;
Genetik
Pengalaman masa lampau :
-Penderaan emosi dan fizikal pada kanak-kanak
– Sikap ibu bapa yang terlalu mengawal
– Buli
Amygdala (satu bahagian otak yang mengawal respon ketakutan) – yang bertindak terlebih aktif daripada normal
Gejala
– Para penghidap masalah ini sangat mudah untuk merasa malu walaupun untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya dimalukan. Ianya termasuklah;
Makan di khalayak ramai
– Bercakap dengan individu berlainan jantina
– Wajah mereka mungkin sahaja tiba-tiba bertukar kemerahan walaupun dengan hanya mendukung anak kecil atau ketika membantu seorang nenek tua di jalanan
– Bertemu dengan individu berpengaruh, terkenal dan disegani
– Apa sahaja aktiviti yang membuatkan si penghidap menjadi tumpuan orang ramai seperti sesi pembentangan dan pengucapan awam yang memerlukan si penghidap naik ke pentas
Bahkan, hanya dengan berada dalam kelompok orang ramai sahaja sudah mampu membuatkan si penghidap merasa malu dan tidak senang duduk seperti dalam majlis kenduri kahwin dan sebagainya ibarat cacing kepanasan.
Contoh-contoh di atas hanyalah cebisan dari beratus lagi situasi yang tidak masuk akal untuk si penghidap itu merasa malu. Namun begitu, tidak semua penghidap akan mengalami kesan yang sama pada setiap situasi. Masing-masing akan menunjukkan reaksi yang berlainan bagi situasi berlainan.
Apa yang membuatkan situasi itu semakin parah adalah orang-orang sekeliling dengan mudah dapat melihat betapa si penghidap tidak mampu menyembunyikan perasaan malu mereka. Ini kerana si penghidap akan menzahirkan tanda-tanda malu seperti muka menjadi merah padam (blushing), gugup, tidak berkeyakinan, berpeluh-peluh, pucat, terketar-ketar dan mulut kering.
Apa yang perlu diketahui adalah, gejala-gejala yang disebutkan tadi akan timbul secara spontan tanpa dapat dikawal oleh si penghidap walaupun mereka berusaha sedaya upaya mengawalnya. Gejala-gejala ini akan timbul dan berterusan selama beberapa saat sehingga minit bergantung pada situasi.
Semakin memalukan, maka semakin lama gejala itu berterusan dan akan hilang dengan sendiri apabila si penghidap berasa tenang atau fokus kepada perkara lain yang boleh membuatkannya lupa kepada ransangan berkaitan.
Walaupun gejala timbul hanya beberapa ketika, namun ianya cukup menyeksakan buat si penghidap apatah lagi apabila orang sekeliling perasan akan perubahan pada riak wajah si penghidap dan ditambah pula dengan soalan-soalan sumbang seperti,
“ kenapa muka kau tiba-tiba merah?”
“ kau malu dengan siapa?”
“ tengok tu muka dia dah merah, mesti dia ada perasaan dengan awek tu!”
“ ko ni loser la bro, sikit-sikit malu hahahaha ”
Hal inilah yang akan membuatkan si penghidap menjadi fobia dan dilihat sebagai seorang yang suka menyendiri dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Mereka risau akan memperbodohkan diri sendiri di hadapan orang lain dan menjadi resah bila memikirkan apabila wajah mereka tiba-tiba bertukar merah pada waktu yang tidak sepatutnya. Perasaan fobia ini dikenali sebagai erythrophobia atau chronic blushing.
Perkara ini sesungguhnya satu bebanan buat si penghidap kerana bukan sahaja memberi tekanan emosi malahan boleh membantutkan potensi diri mereka dek kerana rasa rendah diri, tiada keyakinan dan merasa takut dengan pandangan serong masyarakat terutama ahli keluarga dan sahabat handai.
Rawatan Malu Patologikal
Terdapat banyak pilihan rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit. Namun, kesembuhan adalah bergantung pada komitmen pesakit itu sendiri kerana rawatan ini memerlukan masa yang agak panjang untuk menunjukkan kesan. Antaranya ialah ;
1. Rawatan Psikologi –
• Terapi tingkahlaku kognitif seperti latihan kemahiran sosial
• Interpersonal psychotherapy (IPT)
Terdapat 3 fasa dalam rawatan ini iaitu ;
Fasa pertama : Pesakit harus melihat penyakit ini sebagai satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan diri.
Fasa kedua : Ahli terapi bekerjasama dengan pesakit untuk mengenalpasti punca dan membantu dalam memberi galakan agar pesakit membina hubungan sosial yang rapat dengan orang lain.
Fasa ketiga : Menilai sejauh mana peekembangan terapi. Bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia sebenar.
Kesimpulan
Dari Abu Mas’ud Al-Badri r.a berkata bahawa Rasul bersabda: “Sesungguhnya diantara kata-kata kenabian terdahulu yang masih teringat oleh masyarakat adalah: ‘Jika kamu sudah tidak memiliki rasa malu maka kamu akan berbuat semahumu’.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
Setiap dari kita sememangnya memiliki sifat malu iaitu sifat fitrah bagi manusia. Tanpanya, seseorang individu itu akan berani melakukan apa-apa sahaja walaupun perbuatan itu bertentangan dengan nilai-nilai norma sebagai seorang manusia bertamadun bersesuaian dengan beberapa lagi hadis lain dari Baginda Nabi S.A.W. Sumber : The Diagnosa Original.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masuk tahun 2025, trend fesyen dan kecantikan kembali bergelora dengan kebangkitan gaya rambut pendek yang menjadi kegemaran ramai, terutama di kalangan remaja. Gaya rambut french bob yang ‘fresh’, remaja, serta periang, dari Gracie Abram yang trendy pasti menjadi ikutan.
Rambut bob juga serta-merta boleh membuatkan kamu berasa dan kelihatan lebih muda kalau digayakan dengan betul. Bahkan, menampilkan garisan rahang, membuatkan kamu nampak lagi seksi menggoda.
Potongan yang lebih pendek juga boleh membawa kepada rambut yang sihat, dengan membuang sebarang rambut hujung yang bercabang. Yang best, nak rias pun tak makan masa yang lama.
Jom ubah penampilan korang tahun 2025 ini, Ada berani?
Kita semua tahu rakyat Malaysia sememangnya kreatif belaka dan memiliki idea-idea baru untuk dikeutarakan setiap hari.
Tak percaya? Layari sahaja ke platform TikTok dan kami jamin, korang pasti dapat mencari video-video yang menampilkan kreativiti warga tempatan. There is – just – too many of them.
Bagaimanapun, ciptaan baharu yang satu ini memang lain daripada yang lain.
Jenama minuman air pilihan ramai, Spritzer dengan kerjasamanya dengan jenama hijab popular, TudungPeople telahpun memperkenalkan koleksi selendang dengan paten flora edisi terhad daripada botol plastik – yes – yang dikitar semula.
Percaya atau tidak, setiap selendang yang telah tersedia sejak 24 Mei 2023 ini menggunakan lapan botol plastik yang dikitar semula untuk menghasilkan material fabriknya.
Selain selendang, Spritzer dan TudungPeople juga turut menghasilkan pengikat rambut ‘scrunchie’ daripada bahan kitar semula sama.
Sekali imbas, sukar untuk mempercayai ia diperbuat daripada botol plastik. Rekaannya menggambarkan imej flora hutan huang dengan warna biru firus sebagai latar. Kelihatan motif bunga orkid, paku-pakis dan daun monstera menghiasi kedua-dua produk.
Bukan itu sahaja, setiap seledang juga didatangkan dengan beg saku yang boleh diguna semula bagi menyimpan selendang korang itu.
Setiap helaian selendang dan bag saku dijual pada harga RM179, manakala scrunchie pula pada harga RM25. Korang juga boleh mendapatkannya secara set pada harga RM184. Barulah lengkap penampilan!
Menurut Spritzer, idea kerjasama dengan TudungPeople ini adalah selari dengan usahanya menuju ke masa depan yang lestari dengan mengalakkan amalam lestari seperti mengitar semula.
Sebagai syarikat yang terkenal dengan air mineral yang kaya dengan silika, Spritzer juga ingin mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan semua itu hanya boleh terjadi sekiranya kita terus memelihara alam sekitar.
Berminat? Haa, dapatkannya di laman sesawang rasmi TudungPeople dan Spritzer.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...