Kali terakhir Malaysia mengirimkan wakilnya ke pentas Miss Supranational adalah pada tahun 2018. Ketika itu negara diwakili oleh gadis berdarah India, Sanjna Suri yang berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 25 terbaik daripada 72 peserta keseluruhan yang menyertai pertandingan itu.
Kini untuk tahun 2022, akhirnya takhta yang dipegang oleh Sanjna Suri selama empat tahun berpindah tangan kepada gadis cantik dan manis, Melisha Lin. Dia bakal mewakili Malaysia ke Poland untuk merebut mahkota pertandingan berprestij ini.
Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik tempatan, Melisha dipilih dari kalangan mereka yang menghantar pernyertaan dan disenarai pendek sebagai finalis top 2 bersama seorang lagi peserta, Vinthiya Vasu. Mahkota Miss Supranational Malaysia 2022 menjadi miliknya, apabila dia memperoleh keputusan undian paling tinggi.
Kemenangan gadis dengan ketinggian 177cm ini diumumkan pada 14 Mei 2022 oleh Dr. Sean Wong yang merupakan pemegang francais pertandingan itu bagi Malaysia menerusi siaran langsung Facebook syarikatnya hyperlive.tv.
Ads
Menurut Dr Sean Wong lagi, organisasinya telah memilih dua peserta terbaik dan memberikan rakyat Malaysia kesempatan untuk mengundi siapakah peserta yang paling mereka mahukan sebagai Miss Supranational Malaysia yang baharu.
Walaupun kemenangan Melisha Lin diumumkan secara dalam talian, satu majlis eksklusif akan diadakan pada bulan Jun akan datang untuk memahkotakannya. Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Dr Sean Wong di laman Instagramnya, majlis tersebut akan diadakan di butik perhiasan kemas, Ceres Jewels Kuala Lumpur.
Berusia 24 tahun, Melisha merupakan graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran daripada University of Greenwich. Sebelum ini dia pernah menyertai pertandingan Suprastarsearch 2021 dan bergelar finalis.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam pertandingan Miss Supranational adalah pada tahun 2015 menerusi perwakilan Tanisha Demour Kaur, ketika itu dia berjaya menjadi peserta 10 terbaik. Adakah Melisha akan mengulangi sejarah ini? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan jenama asal Sweeden ini, sejak mula memasuki Malaysia pada September 2012 jenama ini menjadi pilihan fesyen terkini mampu milik kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan Remaja. Menarik tentang H&M, jenama ini membawakan kelainan apabila berkolaborasi bersama pereka terkemuka antarabangsa yang kebanyakannya menawarkan busana pada harga yang tidak semua mampu miliki.
Menerusi kolaborasi ini, mereka yang mahukan gaya terbaik namun pada harga yang munasabah, sekurang-kurangnya mampu merasa ‘air tangan’ pereka fesyen ternama. Bermula pada tahun 2004 dengan koleksi Karl Lagerfeld x H&M, konsep ini telah mencetuskan fenomena dalam dunia fesyen. Peminat-peminat fesyen sanggup beratur di luar butik sehari awal sebelum penjualan koleksi semata-mata mahu menjadi antara orang pertama memiliki koleksi eksklusif tersebut.
Antara jenama dan pereka fesyen yang pernah mengisi senarai kolaborasi ini antaranya Stella McCartney, Lanvin, Sonia Rykel, Kenzo, Alexander wang dan ramai lagi. Terbaru memasuki tahun 2021, H&M mengumumkan yang pereka fesyen asal Ireland, Simone Rocha bakal duduk di kerusi kolaborasi terbaru. Mengujakan! Idea fesyennya yang moden dan segar membuatkan ramai ternanti-nanti.
Look at the cute hairpin! Love. Sumber gambar: H&M
Dalam satu kenyataan yang disiarkan news24.com, pereka fesyen berusia 35 tahun ini berkata, “Saya sangat teruja untuk bekerjasama bersama H&M bagi koleksi istimewa ini. Ia merupakan sambutan kepada gaya signatur jenama saya dan juga pengaruh yang telah membentuk saya.
“Sebagai seorang pereka fesyen dan juga pelanggan, saya merupakan peminat kepada konsep kolaborasi yang dilakukan H&M. Paling saya suka semestinya kolaborasi bersama Alber Elbaz, Margiela dan Comme de Garcons. Ia satu perasaan yang luar biasa untuk berada bersama senarai alumni hebat ini.”
Koleksi ini akan merangkumi rekaan busana yang gaun bercorak, busana berkait, outerwear, t-shirts kasual dan juga aksesori termasuk rekaan signatur aksesori mewah dan juga sepatu bertatah mutiara. Apa yang pasti ia merangkumi rekaan untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Bakal dilancarkan pada 11 Mac 2021, sama-sama kita nantikan bilakah tarikh koleksi ini akan sampai ke Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan wanita anggun berhijab ini, sejak dari popularitinya yang memuncak sebagai pempengaruh media sosial sehinggalah menjadi seorang pelakon dan hos yang popular, setiap gerak dan gerinya menjadi perhatian.
Baik dari cara dia mengenakan solekan hinggalah stail yang digayakan, boleh dikatakan dia sentiasa menjadi rujukan para hijabi yang mahu tampil sepertinya.
Khabar terbaru, Mira Filzah telah meminjamkan pesonanya dalam satu kolaboratif ikon fesyen bersama jenama terkenal lokal, Lilit. Ini merupakan kolaboratif bersama ikon fesyen pertama tahun ini bagi jenama popular tersebut.
Koleksi yang diinspirasikan daripada personaliti pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah ini menampilkan rangkaian rekaan pakaian santai yang disuntik dengan corak cetakan yang unik serta tampilan warna-warna lembut yang pastinya sesuai dengan semua jenis tubuh.
Lilit sebagai jenama lokal yang terkenal dengan rekaan sopan dan selesa memastikan setiap satu rekaan dalam koleksi kolaboratif bersama Mira Filzah ini menapak pada bumi yang nyata dengan penyampaian mesej secara kreatif menerusi stail yang boleh di sesuaikan kala keterbatasan pergerakan disebabkan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan.
Jadi siapa kata PKP membataskan gaya, ceriakan hari anda dengan stail yang menarik seperti selebriti kesayangan ramai ini.
Sumber gambar: Lilit
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orangnya cantik, bijak dan berketerampilan, itulah yang sesuai digambarkan kepada Maya Hejnowska yang merupakan juara baharu Unduk Ngadau 2021. Pelajar dalam jurusan muzik di Universiti Malaysia Sabah ini telah berjaya mengalahkan 20 peserta lain untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM68,830.00.
Dalam temubual bersama Astro Awani, dia berkata, “Syukur kepada tuhan kerana saya tersenarai dalam kelompok Top 21. Bila sudah tersenarai, cabarannya bermula apabila saya ada tugasan dan peperiksaan di peringkat universiti.
“Walaupun terpaksa bergelut dengan masa, saya perlu bijak menguruskan masa agar emosi tidak terganggu. Syukur semuanya berjalan lancer dan dinobat sebagai ratu pula.”
IBU SUMBER KEKUATAN
Salah satu faktor kejayaan seseorang semestinya disokong oleh insan yang banyak berjasa. Bagi Maya ibunya merupakan seorang yang banyak menyumbang kepada apa yang telah dicapai.
Gadis kacukan Kadazan-Poland ini berwajah segar. Sumber gambar: Instagram Maya Hejnowska
“Ibu saya sangat cekal. Dia wanita hebat dan dia membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Dia tidak pernah mengeluh atau mengadu. Semua dibuatnya dengan terbaik. Ketika saya nampak dia dari atas pentas, saya rasa mahu menangis,” ujarnya.
Untuk pengetahuan pembaca pertandingan Unduk Ngadau merupakan acara tahunan yang telah dilakukan bermula tahun 1960 lagi. Ia dilakukan sempena dengan Pesta Kaamatan dan menurut sejarah Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun.
Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...