
Kejayaan sebenar bukan hanya diukur dengan berapa banyak A yang kita dapat dalam peperiksaan.
Ia juga tentang bagaimana kita mengimbangi hidup; baik dari segi akademik, sukan, dan juga kebolehan untuk memimpin. Muhammad Asif Mohd Fahmi, seorang graduan cemerlang dari Institut Pendidikan Guru (IPG), membuktikan bahawa semua ini adalah mungkin jika kita mempunyai tekad dan disiplin yang kuat.
Pada usia 23 tahun, Asif baru sahaja menerima Anugerah Emas Istiadat Konvokesyen IPG Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-14, sebagai tanda pengiktirafan atas pencapaiannya yang luar biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa & Anak Tamat Pengajian Bersama, Kongsi Kejayaan di Pentas Konvokesyen UMPSA

Tetapi, pencapaian Asif bukan hanya dalam akademik. Dia juga aktif dalam sukan, memegang jawatan penting, dan berjaya menjadi contoh kepada rakan-rakannya tentang bagaimana untuk menyeimbangkan pelbagai aspek kehidupan.
Bagi Asif, kejayaan sebenar adalah apabila kita dapat menjadi individu yang seimbang—bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga aktif dalam aktiviti luar kelas seperti sukan dan kokurikulum.
“Saya mahu melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam sukan dan kegiatan lain,” kata Asif, yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Jasmani.
Sebagai seorang pelajar yang aktif, Asif berpegang pada prinsip bahawa kejayaan datang apabila kita memberi tumpuan kepada semua aspek kehidupan kita, bukan hanya satu. Dengan pendekatan ini, dia berharap dapat mendidik generasi muda yang bukan sahaja pandai dalam pelajaran, tetapi juga kuat fizikal dan emosi.
Selain itu, salah satu kunci kejayaan Asif adalah pengurusan masa yang sangat baik. Sebagai pelajar yang terlibat dalam sukan, memegang jawatan kepimpinan, dan menuntut ilmu dalam masa yang sama, Asif memerlukan jadual yang padat.
“Saya akan susun jadual harian saya sehari sebelumnya. Pagi saya fokus pada latihan, petang saya akan bermain bola sepak, dan malam pula saya siapkan kerja sekolah,” katanya lagi.
Bagaimanapun, perjalanan Asif tidak selalu mudah. Untuk mencapai kejayaan ini, dia terpaksa membuat beberapa pengorbanan. Misalnya, semasa cuti panjang, Asif memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa di kampus menyelesaikan tugasan, walaupun rakan-rakannya pulang ke rumah untuk bercuti.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, sokongan daripada keluarga, terutamanya ibu dan ayah, memberikan Asif semangat untuk terus berjuang.
“Saya cuma pulang seminggu, selebihnya saya habiskan masa di kampus untuk menyiapkan kerja.
“Saya sangat bersyukur kerana ibu dan ayah selalu ada untuk memberi sokongan moral,” katanya dengan penuh rasa terima kasih.
Kini, setelah berjaya menamatkan pengajian, Asif bersedia untuk meneruskan perjuangannya sebagai seorang pendidik. Dengan pengalamannya yang luas dalam sukan, akademik, dan kepimpinan, dia berharap dapat memberi inspirasi kepada murid-muridnya untuk menjadi individu yang holistik, bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga aktif dalam pelbagai aktiviti luar.
ARTIKEL BERKAITAN: Tekad Ubah Nasib Keluarga Selepas Kehilangan Tempat Bergantung Ketika Usia 13 Tahun, Hasrat Mahu Jadi Ahli Perniagaan Berjaya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia Kini Ada Timbalan Perdana Menteri, Tahniah!

Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri pada hari ini, Malaysia secara rasminya kini memiliki seorang Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beliau terus mengekalkan jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan.
Sambil itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.
Kedua-dua perlantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dengan itu, kini skop keselamatan negara akan diketuai Hishamuddin dan beliau juga akan membantu dalam perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Setelah kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjalankan mandat tanpa seorang figura Timbalan Perdana Menteri selama satu tahun setengah, perlantikan yang berlaku secara tiba-tiba ini adalah demi memperkukuhkan pengurusan pentadbiran negara diketuai oleh Perdana Menteri.
Ia juga demi memenuhi keperluan rakyat ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi sekarang. Diharap dengan perlantikan ini, kesejahteraan rakyat dan negara secara amnya lebih terurus dan sistematik.
Tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishamuddin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khas Buat ‘August Babies’, Boleh Naik Menara Berkembar Petronas ‘Free’!

Sempena dengan ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas, sepanjang bulan Merdeka ini.
Untuk penebusan tiket, anda hanya perlu membawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan sahaja kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos.
ARTIKEL BERKAITAN: Berita Baik! Anda Boleh Mula Gunakan Kad Debit & Kredit Di Plaza Tol MEX Mulai Sekarang

Selain itu, anda juga perlu mengesahkan tarikh dan masa lawatan dengan kakitangan di bahagian kaunter kerana tempahan slot perlu dirujuk mengikut kekosongan.
Terma Dan Syarat
- Tawaran ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos sahaja.
- Tiket tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau mana-mana servis dan produk.
- Tiket kemasukan ini hanya sah pada bulan Ogos sahaja berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
- Tiket kemasukan hanya boleh ditebus secara ‘walk-in’ sahaja.
- Tidak boleh menukar tarikh slot dan waktu jika sudah membuat tempahan.

Jadi kepada ‘August babies’ sekalian, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas Menara Berkembar Petronas secara percuma ya!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram PETRONAS Twin Tower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anggun Dalam Balutan Hijab, Bekas Ratu Cantik Bercerita Tentang Penghijrahannya Kepada Islam

Nama Jasmine Umali menjadi popular pertengahan tahun ini apabila dia mengumumkan penghijrahannya memeluk agama Islam. Dia yang aktif dalam dunia ratu cantik merupakan peserta top 16 Miss Universe Phillipines 2021.
Sebelum ini, bekas ratu cantik popular asal Manila ini memuat naik dalam satu hantaran instagram potongan ayat Al-Quran siap dengan kapsyen tertulis perkataan tawakul yang mana dalam bahasa melayu bermaksud tawakal.
Seiring itu dia juga meletakkan di profil Instagramnya dengan pengenalan diri sebagai revert siap dengan emotikon wanita berhijab. Untuk pengetahuan pembaca, revert bermaksud kembali kepada agama asal iaitu Islam.

Dalam Islam sendiri umatnya percaya bahawa seluruh manusia pada asalnya beragama Islam namun masing-masing memiliki takdir dibesarkan dalam agama yang dianuti kedua orang tua. Oleh sebab itu apabila mereka memeluk Islam, saudara baru ini digelar revert iaitu kembali kepada fitrahnya.
Mungkin ramai tertanya bagaimanakah permulaan dia mula menerima Islam sebagai satu pegangan di dalam kehidupan.
Terbaharu, gadis berusia 25 tahun ini akhirnya berkongsi bagaimana dia boleh menemui cahaya Islam sebelum berhijrah dan sekaligus tekad mengenakan hijab sebagai Muslimah sejati.

“Mengimbau kembali ke 2017. Momen ini mungkin merupakan panggilan pertama saya kepada Islam. Ia adalah penerbangan pertama saya dan 6 hari persinggahan sebagai pramugari antarabangsa. Ini kali pertama saya mencuba abaya dan tudung juga. Walaupun saya tidak belajar banyak tentang Islam pada masa itu, ia pastinya membuka mata.
“Selepas beberapa hari, syarikat penerbangan tempatan kami menutup penerbangan ke Abu Dhabi dan saya adalah salah seorang pramugari bertuah yang dapat menikmatinya.
Sejak itu, saya sering terbang ke destinasi timur tengah yang lain dan saya menyukainya. Alhamdulillah kini saya faham bahawa Allah swt membimbing saya ke jalan ini,” ujarnya penuh makna.
BACA JUGA: “Minta Deposit Booking Balik…”, Rico Rinaldi Akui Lakukan Hijrah Dan Pengorbanan Dalam Kerjaya
Menyifatkan penghijrahannya sebagai satu proses pembelajaran, Jasmine yang tampil sopan berhijab turut menyatakan yang dia mengagumi kemesaran yang maha Esa.
Kongsinya lagi, “Semoga Allah SWT memudahkan kita, membersihkan fikiran kita, meletakkan kegembiraan dalam hati kita, meningkatkan iman kita, mengangkat darjat kita di luar jangkaan dan membimbing kita ke mana pun kita pergi.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit foto: Instagram Jasmine Umali
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

