Terbaru, bintang terkenal K-Pop, BTS Jungkook sekali lagi membuktikan pengaruh luar biasanya apabila menjadi artis solo pertama di dunia yang mencatat lebih 300 bilion tontonan bagi hashtag peribadinya di platform TikTok.

Menurut laporan daripada portal hiburan Allkpop mendedahkan pencapaian ini amat mengagumkan walaupun Jungkook atau pemilik nama sebenar Jeon Jungkook (28) dikatakan jarang memuat naik kandungan baharu sejak Disember 2023.

Meskipun kurang aktif di media sosial, akaun TikTok peribadinya kini memiliki 22 juta pengikut, meningkat dua juta dalam tempoh hanya lapan bulan. Setakat ini, akaun tersebut menampilkan 19 video, dengan tiga daripadanya melepasi 100 juta tontonan manakala selebihnya mencecah lebih 50 juta tontonan.

Raih 300 Bilion Tontonan Hashtag! Jungkook BTS Catat Rekod Dunia Terbaru Di TikTok Raih 300 Bilion Tontonan Hashtag! Jungkook BTS Catat Rekod Dunia Terbaru Di TikTok

Ads

Dalam pada itu, antara video paling popular adalah klip tarian lagu R&B berjudul ‘Yeah!’ yang turut menampilkan penyanyi legenda Usher. Sementara itu, cabaran tarian ‘Smoke’ dari program Street Woman Fighter 2 juga turut menjadi video dengan jumlah tanda suka tertinggi, iaitu sebanyak 16.92 juta.

Pada masa yang sama, rekod hashtag “#jungkook” yang mencecah 300 bilion tontonan mengukuhkan lagi status Jungkook sebagai ikon global dalam dunia digital, menjadikan beliau artis solo pertama yang meraih pencapaian ini di TikTok.

Bukan sekadar di TikTok, pengaruh pelantun lagu ‘SEVEN’ dan ‘Still With You’ itu turut meluas ke platform lain seperti di YouTube rasmi topik miliknya yang kini mempunyai 3.83 juta pelanggan, tertinggi dalam kalangan artis solo K-pop.

Ads

Raih 300 Bilion Tontonan Hashtag! Jungkook BTS Catat Rekod Dunia Terbaru Di TikTok

@jungkook Yeah! with@Usher Raymond #StayTuned #StandingNextToYou ♬ Yeah! (feat. Lil Jon & Ludacris) – Usher

Pada masa yang sama, di Instagram pula, akaun terbaru beliau yang didaftarkan atas nama ‘mnijungkook’ yang dibuka semula pada 15 Julai lalu telah berjaya mengumpul lebih 10.5 juta pengikut dalam masa kurang sebulan.

Ads

Dari segi muzik, lagu ‘SEVEN’ yang dilancarkan pada 2023 turut mencatat kejayaan luar biasa apabila bertahan selama 106 minggu di carta Billboard Global 200 dan 107 minggu di carta Global Excl. U.S.. Pencapaian ini menjadikan Jungkook artis solo Asia pertama mencapai rekod tersebut.

Terdahulu, pada Julai lalu BTS mengumumkan mereka akan kembali sebagai OT7 dengan album baharu dan konsert jelajah dunia menjelang 2026, sekaligus menandakan era baharu buat kumpulan tersebut selepas semua ahli tamat khidmat ketenteraan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads