Bagai tiada kesudahan! Jika semasa Perintah Kawalan Pergerakan kita tidak disajikan dengan berita kemalangan atau perlumbaan haram tetapi sebaik kerajaan memberi kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aksi-aksi ini dapat dilihat di media sosial. Bukan setakat perlumbaan haram tetapi aksi pemandu mabuk yang membuat onar juga kerap disajikan.
Namun aksi 90 orang remaja yang mengatur perlumbaan secara haram dan merempuh anggota polis yang bertugas membuat sekatan malam tadi menyaksikan kesemua remaja tersebut bermalam di lokap polis.
Laporan Harian Metro menyebut, anggota polis di cedera di lengan kiri, belakang dan kaki akibat dirempuh kira-kira 10 motosikal ketika melakukan sekatan jalan raya (SJR) melalui Ops Samseng Jalanan di Jalan Lingkaran Tengah, Kluang, 12 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit bersama lima pegawai dan 25 anggota lain mengepung laluan di sekitar di Stadium Kluang selepas menerima laporan 90 remaja berusia 17 hingga 30 tahun menunjukkan aksi dengan menunggang motosikal secara merbahaya di sepanjang jalan berkenaan.
Beliau berkata, kehadiran polis disedari kumpulan remaja berkenaan menyebabkan mereka bertindak nekad melarikan diri daripada kawasan kepungan dan SJR dilakukan.
Ads
"Anggota berkenaan tidak sempat mengelak menyebabkan dilanggar penunggang motosikal sebelum cedera.
"Bagaimanapun, semua 90 remaja membabitkan 74 motosikal berjaya ditahan sebelum diarahkan menolak kenderaan masing-masing sejauh empat kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ads
Mohd Abduh berkata, pihaknya turut menahan enam kereta digunakan oleh sebahagian remaja berkenaan yang datang ke Jalan Lingkaran Tengah untuk menjadi penonton aksi rakan sebaya mereka.
Ads
Beliau berkata, semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 269 Kanun Keseksaan (KK) dan Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
"Operasi bermula 12 tengah malam tadi itu berakhir 6 pagi selepas semua penunggang serta pembonceng motosikal yang ditahan sampai ke IPD Kluang.
"Sehubungan itu, ibu bapa diingatkan supaya bertanggungjawab memantau pergerakan anak masing-masing agar tidak melakukan perkara tidak diingini di luar rumah.
"Tindakan kumpulan remaja ini bukan hanya menyusahkan diri mereka sendiri, malah membabitkan keselamatan dan perasaan orang ramai," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut bab kebersihan, ramai yang pasti bersetuju mengenainya. TIADA KOMPROMI bab-bab kebersihan nie.
Geli bukan bila tengok rumah tidak dikemas, tandas berkarat tidak dicuci dan lebih teruk dapur macam tongkang nak pecah. Itu belum lagi bab di situlah makan dan disitulah juga tidur.
Pernah trending di media sosial di mana tuan rumah menyuarakan keadaan rumah mereka seperti dalam neraka kerana terlalu kotor bila penyewa keluar dari rumah tersebut. Nak mencucinya satu hal, kos yang dikeluarkan satu hal dan lebih malang penyewa bertindak keluar dalam keadaan begitu banyak tunggakan bil air dan api.
.
.
Trending di twitter mengenai seorang gadis cantik dari luar negara yang dikenali sebagai Zahra yang amat terkenal di platform TikTok dikecam netizen Malaysia (kuat membawang betul korang nie) apabila memaparkan keadaan dalam keretanya yang bersepah-sepah.
Ini termasuk sampah makanan, habuk, pakaian dan kasut yang bersepah-sepah sekaligus menjadikan ia ruang untuk netizen mengutuk, MUKA LAWA, PENGOTOR TERUK.
— 🏳️🌈meinmokhtar 🏳️🌈 #CampurLGBT (@meinmokhtar) February 4, 2020
Macam-macam kutukan diterima oleh TikTok famous ini yang pernah menghadiri Grammy Awards yang mana netizen Malaysia ternyata tidak dapat menerima keadaan dalaman keretanya.
Amboi, laju korang mengutuknya hingga jadi trending di Twitter.
.
.
Namun di sebalik kutukan berjemaah itu, Zahra ternyata terkejut apabila begitu ramai rakyat Malaysia mengambil berat mengenai keadaan dalam keretanya. Malah personaliti cantik ini siap memberitahu mahu datang ke Malaysia satu hari nanti.
So, apa kata korang? Dapat terima ke muka cantik tapi kereta sebegitu kotor begini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada lebih kurang 17 hari lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri.
Walaupun kita tidak dibenarkan ziarah menziarahi di musim perayaan nanti ia tidak membataskan kita membuat persiaran raya kan. Feel nak raya tu tetap sama kan?
Persiapan hari raya di Istana
Hal tersebut samalah seperti KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang turut sama sedang ‘berjuang’ di dapur istana mengadun biskut raya.
Melihat entri terbaru baginda di Instagram, memang cukup meriah kuih raya Permaisuri Agong ni. Tunku Azizah turut memaklumkan bahawa membuat biskut raya sendiri merupakan tradisi keluarganya yang akan mengajak anakanda-anakanda perempuan turut serta melakukan persiapan lebaran nanti.
Menurut baginda Permaisuri lagi, sejak dari kecil bondanya sudah mempraktikkan perkara tersebut dan amalan membuat juadah serta biskut raya untuk persiapan aidilfitri terus dilakukan walaupun sudah berumahtangga sehinggalah sekarang.
“Kami adek beradek memang di didik oleh Bonda lagi kecil , di bawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri , tidak pernah order.”
“Saya teruskan tradisi itu apabila saya mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong. Setiap Raya , saya buat sendiri semua dan sekarang saya sedang didik anak dara saya.”
Rata-rata netizen memuji sikap Permaisuri Agong
Mereka turut memuji didikan yang dilakukan oleh baginda kepada anakandanya dan turut mendoakan agar kerabat diraja ini terus diberikan kesihatan serta keharmonian yang baik.
Tak ketinggalan yang memuji kuih Tunku Azizah nampak menarik dan menyelerakan
Satu lagi kes COVID-19 terbaru yang berlaku di Damansara, IKEA telah memaklumkan bahawa pada 6 November 2020, salah seorang pekerja sambilan di IKEA Damansara disyaki positif COVID-19. Individu terbabit kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa yang menunggu untuk melakukan ujian swab.
Menurut laporan, pekerja sambilan itu terakhir sekali datang kerja pada 30 Oktober 2020. Sebagai langkah pencegahan yang proaktif, IKEA Damansara bertindak untuk menutup premis mereka bermula 7 November 2020 untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian, sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti adalah menjadi keutamaan IKEA. Pihak mereka akan terus melakukan tugas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai. Langkah-langkah yang dibuat termasuklah memastikan pelanggan mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis, penjarakan sosial dan menyemak suhu badan pelanggan di semua pintu masuk.
Kredit foto: onestoplist.com
Orang ramai juga sekali lagi dinasihati agar mengikut SOP yang diberikan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.
Sama-samalah kita berdoa agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan segera.
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.