Berita

Que Haidar Kongsi Foto ‘Sado’, Dedah Rahsia Workout Disiplin

Share

Baru-baru ini, pelakon Que Haidar mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa foto tubuh ‘sado’ di platform TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, aktor filem Kampung Pisang itu dilihat memuat naik gambar ‘mirror selfie’ ketika berada di gimnasium.

“Life is too short,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

Tak hairanlah ruangan komen dibanjiri dengan pujian netizen terhadap penampilan aktor berusia 45 tahun itu yang kini lebih berstamina dan fit. Malah, ada juga yang sempat meminta jadual senamannya.

“Bang, share jadual workout please,” tulis seorang pengguna TikTok.

Tidak lokek berkongsi, Que terus mendedahkan rahsia rutin kecergasannya yang penuh disiplin.

“Dalam seminggu satu hari cuti. Sehari sekurang-kurangnya dua jam.

“Kalau ada masa buat dua jam pagi, dua jam malam. Clean diet, no sugar, no salt, no oil, carbo spaghetti kosong.

“Protein dari putih telur rebus, ayam, ayam, ayam, daging, ikan. Protein supplement abang pakai brand Padu Gear… memang padu,” jelasnya.

Perkongsian tersebut sekali gus membuatkan ramai kagum dengan transformasi Que. Malah, ada yang menganggapnya sebagai inspirasi untuk terus berusaha mendapatkan tubuh idaman.

“Tidak mudah, bukan tidak mungkin. Selamat kembali crush,” tulis seorang pengguna.

“Inspirasi betul la bang,” tulis beberapa netizen teruja,” komen pengguna lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath