Putera Sulung Nora Danish Berjaya Tamat Pengajian Di Kolej Tuanku Ja’afar, Majlis Graduasi Disambut Bersama Bekas Suami

Share

Aktres jelita tanah air, Nora Danish berkongsi momen membanggakan apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Hakim baru sahaja menamatkan pengajiannya di Kolej Tuanku Ja’afar.

Menerusi beberapa InstaStory yang dimuat naik, Nora berkongsi detik-detik manis sewaktu menghadiri majlis graduasi Rayqal, yang turut disertai oleh bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Menariknya, suasana harmoni turut dapat dirasai apabila keluarga bekas mentua Nora turut hadir memberikan sokongan kepada Rayqal.

Malah, Nora dan Jejai juga dilihat meluangkan masa bersama anak-anak mereka selepas tamat majlis tersebut.

Untuk yang mungkin tidak tahu, Nora dan Jejai pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal yang kini sudah pun berusia 17 tahun. Namun, perkahwinan itu berakhir pada 10 Julai 2008.

Nora kemudian berkahwin kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl. Bagaimanapun, perkahwinan keduanya juga berakhir dengan perceraian pada tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath