Putera George umur 12 tahun sudah tahu bakal jadi Raja England, satu tanggungjawab besar yang diwarisi sejak lahir. Walaupun usianya masih muda, pewaris muda ini semakin menunjukkan kematangan dan aura kepimpinan yang menonjol dalam setiap penampilannya.
Putera George, anak sulung kepada Putera William dan Kate Middleton, kini mula menjadi perhatian dunia menjelang fasa remajanya. Sambutan ulang tahun kelahirannya ke-12 pada 22 Julai lalu bukan sekadar meraikan usia, tetapi juga simbol langkah awalnya sebagai pewaris takhta kedua selepas bapanya.
Momen Diraja Yang Tarik Perhatian
Antara momen penting yang membuktikan kematangan George ialah ketika menghadiri majlis minum petang bersama Raja Charles di Istana Buckingham pada 5 Mei lalu. Mengenakan sut gelap dengan tali leher biru, George dilihat yakin bertanya soalan bernas kepada tetamu veteran Perang Dunia Kedua. Gelagat ini mencerminkan keberanian, keyakinan dan ketenangannya – kualiti yang jelas ada pada seorang pemimpin masa depan.
Ads
William dan Kate secara perlahan-lahan memperkenalkan tanggungjawab diraja kepada anak sulung mereka. Dengan cara ini, George membesar dengan kesedaran tentang masa depannya, tetapi pada masa yang sama tetap dibesarkan sebagai seorang kanak-kanak biasa.
Didikan Moden & Kehidupan Normal
Berbeza dengan tradisi diraja sebelum ini, George bersama adiknya Puteri Charlotte dan Putera Louis dibesarkan dalam suasana moden. Mereka bersekolah di Lambrook School, bukan di sekolah asrama eksklusif seperti generasi terdahulu. William dan Kate memilih untuk memberi anak-anak pengalaman hidup yang lebih normal – dihantar ke sekolah, bermain sukan, dan menikmati rutin keluarga seperti anak remaja lain.
Ads
Walaupun kerap dilihat di acara rasmi termasuk di Wimbledon dan di balkoni Istana Buckingham, George tetap mempunyai minat seperti kanak-kanak lain. Beliau meminati bola sepak dan sering bersorak di tepi padang bersama bapanya. Aura “normal kid” ini menjadikan George lebih relatable di mata rakyat.
Ads
Pilihan Pendidikan & Masa Depan
George dijangka menamatkan pengajian di Lambrook tahun depan, dan Eton College – sekolah terkenal yang pernah menjadi alma mater Putera William – kini disebut-sebut sebagai destinasi pendidikan seterusnya. Namun, William dan Kate menegaskan bahawa mereka mahu George menikmati zaman kanak-kanak sepenuhnya sebelum dipikul dengan beban tanggungjawab berat.
Buat masa ini, gelaran rasmi seperti “Prince of Wales” masih belum diberikan kepadanya. Menurut sumber istana, William mahu anaknya memahami takhta sebagai takdir, bukan beban. Dengan Raja Charles masih menjalani rawatan kesihatan, perbincangan tentang masa depan monarki semakin hangat, tetapi Putera George tetap diberi ruang untuk membesar dengan bebas.
Inspirasi Kepimpinan Sejak Muda
Kisah Putera George menjadi bukti bahawa sifat kepimpinan boleh diasah sejak awal dengan pendidikan yang baik, sokongan keluarga, serta pengalaman hidup yang seimbang. Pada usia 12 tahun, beliau bukan sahaja pewaris takhta tetapi juga simbol generasi muda yang mampu memimpin dengan yakin dan penuh inspirasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun tidak begitu mahir, ibu kepada seorang cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia banyak belajar daripada para pempengaruh muda yang sering berkongsi tutorial hijab di media sosial.
“Sebenarnya menurut Fazura secara peribadi, saya tak mahir sangat untuk gayakan tudung tau. Macam saya sendiri untuk stailkan hijab, bolehlah macam biasa yang saya buat, kadang kala adalah lilit-lilit sedikit dan sebagainya.
“Jadi jika nak berikan tip tutorial tudung saya untuk para Gen Z di luar sana, dalam diam sebenarnya saya banyak belajar daripada anda semua tau,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, Fazura turut mendedahkan bahawa dia sering menggunakan platform seperti Instagram dan TikTok untuk mencari inspirasi cara menggayakan tudung.
“Kalau saya nak gayakan tudung, saya akan scroll di Instagram dan TikTok ‘tutorial tudung, macam mana nak pakai’.
“Saya akan tonton video adik-adik saya ini bagaimana cara mereka gayakan hijab,” jelasnya.
Bagi Fazura, kreativiti para pempengaruh muda dalam menggayakan tudung sangat mengagumkan, selain dia memberi pujian terhadap gaya mereka.
“Jadi, adik-adik pempengaruh di luar sana itu, anda sangatlah kreatif bagaimana anda gayakan tudung. Tak perlukan stylish seperti mana saya perlukan hijab stylish.
“Bagi saya, gayakanlah bagaimanapun tudung anda selagi mana anda nampak cantik dan nampak yakin,” katanya,” tuturnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, bermula malam ini kita akan kembali menemui bulan Ramadan Al-Karim, insyaAllah.
Inilah masanga untuk kita mula mempertingkatkan ibadah dan mengubah rutin serta gaya hidup kita; dengan harapan kita akan kekal istiqomah sesudah berakhirnya bulan Ramadan
Usah tunggu sehingga 10 malam terakhir. Sebelum tiba waktu itu, inilah masanya untuk kita sama-sama melengkapkan diri dengan lima cara basic ini.
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur di pentas final Terbuka Jepun apabila tewas kepada regu utama dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo baru-baru ini.
Perlawanan akhir kejohanan berstatus Super 750 itu menyaksikan Pearly-Thinaah gagal menyaingi kehebatan pasangan China tersebut dalam dua set terus, dengan keputusan 15-21 dan 14-21 dalam masa 45 minit permainan.
Kredit foto: Shuttlehard
Selain itu, persembahan pasangan ranking ketiga dunia itu kelihatan tidak konsisten sejak set pertama lagi, apabila corak permainan mereka tampak teragak-agak dan gagal memecah dominasi Sheng Shu-Tan Ning.
Walaupun cuba bangkit pada set kedua dengan strategi lebih agresif, namun pengalaman serta ketenangan pihak lawan ternyata menjadi pemisah, sekaligus menafikan impian Pearly-Thinaah untuk menjulang gelaran kedua musim ini.
Biarpun kecewa dengan keputusan tersebut, Pearly-Thinaah masih mampu berbangga dengan pencapaian mereka yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$33,250 (RM141,182) sebagai naib juara kejohanan pada kali ini.
Kredit foto: Badminton Association of Malaysia – BAM
Sementara itu, kemenangan penuh bergaya menyebelahi Sheng Shu-Tan Ning yang membawa pulang ganjaran utama bernilai AS$70,300 (RM298,500), sekaligus memperkukuh rekod kemenangan mereka ke atas Pearly-Thinaah kepada sembilan daripada 12 pertemuan.
Sekadar info, pencapaian ini juga menyamai kejayaan beregu lagenda negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang turut muncul naib juara Terbuka Jepun pada edisi 2008. Ini juga satu penanda aras penting buat Pearly-Thinaah dalam mengukuhkan lagi nama mereka dalam sejarah badminton negara.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penampilan Lisa BLACKPINK Met Gala 2026 mencuri perhatian dunia dengan busana avant-garde penuh kristal Swarovski yang elegan, artistik dan sarat simbolik di karpet merah Met Gala.