
Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika sebelum ini rakyat Malaysia memuji keprihatinan Yang di-Pertuan Agong turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan, kini situasi yang sama dilakukan oleh anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Menurut instagram House of Pahang, kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik.
Walaupun dalam keadaan hujan lebat, Tengku Hassanal tetap turun membantu dan melihat keadaan mangsa.
Rata-rata netizen memberi pujian dan menyifatkan bahawa Tengu Hassanal memiliki sifat keprihatinan yang sama seperti ayahanda beliau.




Difahamkan juga, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga terjumpa dengan kemalangan di Maju Expressway ketika berangkat ke Putrajaya pagi semalam.
Keprihatinan seperti ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat kerana sesungguhnya ia mampu meringankan beban mangsa yang ditimpa kesusahan.
Semoga Allah merahmati Tuanku dan kesemua ahli keluarga. Daulat Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cemerlang Depan & Belakang Lensa, Bekas ‘Figure Skater’ Ungguli Tempat Pertama Dalam Pertandingan Fotografi Sukan Dunia Olimpik

Bukan sahaja berbakat di hadapan kamera, bekas pemain luncur figura dari Malaysia ini turut membuktikan bakatnya di belakang lensa apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan fotografi sukan dunia sempena Olimpik Musim Sejuk di Beijing baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : Dari Kelindan Lori Ke Dunia Penerbangan

Menurut sumber WeirdKaya, Annice Lyn merupakan peluncur figura berbakat yang pernah mewakili negara suatu ketika dahulu sebelum mengambil keputusan untuk terjun ke dunia fotografi dengan lebih mendalam.
Sebagai bekas peluncur negara, dirinya beralih daripada peranan olahraga yang digalasnya selama ini untuk muncul selaku jurugambar sukan musim sejuk itu. Dirinya yang dahagakan pengiktirafan antarabangsa turut gembira apabila foto yang diambil ketika acara sukan itu berjaya memenangi anugerah tempat pertama.
Memulakan Ogos dengan berita baik, Annice menyuarakan rasa rendah diri dan penghargaannya apabila memperoleh pingat Emas dalam Kategori Sukan Musim Sejuk bagi Anugerah Fotografi Sukan Dunia 2023 di Beijing 2022.
Bertanding dengan lebih kurang 700 jurugambar dari lebih 70 negara lain, tangkapan emas Lyn tidak lain dan tidak bukan ialah atlet Alexandra Trusova dari Pasukan ROC di acara sukan berprestij itu.
Bercakap kepada WeirdKaya, dia menyelami detik keemasan itu dengan lebih mendalam, “Foto Alexandra Trusova telah diambil semasa persembahan gala pamerannya meluncur dengan latarbelakang lagu Wonder Woman nyanyian kumpulan A Call to Stand.
Antara momen berharga yang ditangkap oleh Annice.
Menurut insan berbakat itu lagi, kemenangan ini mempunyai harga yang istimewa baginya kerana ia bukan sahaja tentang menghidupkan semula sukan yang pernah diwakilinya tetapi juga memecahkan prejudis terhadap jurugambar dari negara tropika.
Kemenangannya menjadi inspirasi, menggesa lebih ramai jurugambar Asia Tenggara, lelaki dan wanita, untuk memecahkan rekod tersebut.
Antara momen berharga yang ditangkap oleh Annice di sukan Olimpik musim sejuk itu.
Sekadar info, pada 2015, kecederaan malang telah memaksanya untuk bersara awal dari dunia sukan luncur. Namun halangan tersebut tidak menghalangnya dari mengenepikan minatnya apabila Annice mengubahya menjadi peluang untuk beralih ke bidang fotografi sukan. Secara tidak langsung, kariernya kini menjadi medium untuknya terus menyumbang bakat kepada cinta pertamanya iaitu sukan luncur figura.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: WeirdKaya, Instagram Annice Lyn
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjara Dua Tahun Dan Denda RM10,000, Buat Yang Degil Merokok Di Kedai Makan Mulai Januari 2020

Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..
Amaran kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Korang akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2020.

Menurut Astro Awani, perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.
Merokok dari Jauh
Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kementeriannya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.
Untuk info, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Hmm…tapi kalau perokok tegar masih nak merokok juga di tempat awam tahu la penulis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah Inspirasi Zion Clark, Atlet Gusti Yang Dilahirkan Tanpa Kaki

Zion Clark namanya mungkin asing bagi rakyat Malaysia, namun beliau merupakan penceramah motivasi, pengarang buku, atlet dan juga merupakan content creator yang hebat.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Atlet Cantik Pelarian Olimpik 2020 ‘Buka Mata’ Dunia, Kisah Istimewa Beri Inspirasi
Seorang pemuda yang dilahirkan tanpa separuh badan, iaitu tanpa pinggang hingga ke kaki, ternyata mempunyai semangat dan impian yang luar biasa. Walaupun tidak mempunyai kaki, namun semangatnya untuk bergelar atlet tidak mematahkan semangatnya.

Di tengah-tengah keterbatasannya, lelaki itu meletakkan impian untuk menjadi ahli gusti gaya bebas di Sukan Olimpik. Pemuda bernama Zion Clark, 24 tahun, dilahirkan dengan kelainan genetik yang jarang berlaku yang jarang berlaku di dunia ini.
Gangguan ini dikenali sebagai sindrom Caudal Regression yang menghalang perkembangan bahagian tulang belakang disebabkan ibu kandungnya menyalahgunakan dadah semasa mengandung.
Lelaki yang tinggal di Amerika Syarikat menolak kekurangannya dirinya dan membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk mengejar matlamatnya. Walaupun begitu, ahli gusti kelahiran Ohio itu telah mengatasi segala rintangan dan pernah muncul dalam dokumentari Netflix yang menceritakan kisah hidupnya.
Sering Dibuli Ketika Kecil
Sejak kecil, Zion sering dibuli dan dibuli oleh kanak-kanak lain di rumah anak yatim itu kerana dia tidak mempunyai kaki. Memasuki usia 16 tahun, Zion diambil sebagai anak angkat dari rumah anak yatim oleh seorang ibu yang berdedikasi dan penyayang dalam menjaga dan membesarkannya.
Semasa dia membesar dalam jagaan ibu angkatnya, Kimberlii, dia sentiasa menyokong dan memberikan kasih sayang secukupnya. Berkat sokongan Kimberlii terhadap minatnya iaitu olahraga, Zion kini semakin menghampiri matlamatnya untuk menjadi ahli gusti pro gaya bebas paling berjaya di dunia.
Zion berkata, “Saya mula bergusti dalam darjah dua. Ketika saya kecil, beberapa perlawanan pertama, saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan dan lawan saya begitu juga,” seperti dilaporkan oleh Daily Star sebelum ini.

Zion juga mendedahkan bahawa beberapa rakan bintangnya sering takut untuk bergaduh dengannya, kerana dia mempunyai fizikal yang sebegitu.
Clark membuktikan dia mampu berjaya walaupun dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU). Mempunyai senarai pencapaian yang boleh dibanggakan termasuk; Ahli Gusti All-American di Kent State, juara trek negeri dua kali, pemegang Rekod Dunia Guinness “lelaki terpantas menggunakan dua tangan untuk pecut 20m”. Di samping itu, Clark memegang gelaran untuk filem pendek paling lama ditayangkan di Netflix, yang memenangi dua kemenangan Sports Emmy.
Walaupun sudah mencapai pencapaian membanggakan diusia 24 tahun, Clark masih mempunyai misi dan rancangan besar untuk masa depan iaitu bersiap sedia untuk menjadi atlet Olimpik dan Paralimpik yang pertama di Sukan Olimpik yang sama di Paris 2024. Malah, Clark juga aktif menjalankan kerja-kerja amal, untuk membantu memperbaharui sistem penjagaan anak angkat, yang merupakan matlamat hidupnya.
Betul-betul memberi inspirasi kisah Zion Clark ini, ingat jangan pernah jadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk korang terus berjaya tau!
Dibawah ini video penuh yang korang boleh tonton :
Sumber : Forbes
BACA : Remaja 15 Tahun Diangkat Jadi Wira Negara, Keberanian Beri Inspirasi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

